Resepi Ayam Masak Kapitan


Dah lama tak tepek resepi kat blog ni huhuuu...selalunya lepas masak dan makan,kalau menu menarik sempat je taip sambil-sambil baring tengok tv,tapi sekarang memang payah nak pegang phone,Humaira dah makin addicted dengan phone jadi terpaksa kurangkan,jadi ibu ayah pun tak bolh pegang phone selalu depan dia.Tambahan sekarang dia dah pandai search sendiri kat youtube apa nak tengok,ajak makan mandi pun payah haihhhhh....sekarang kena tunggu dia tidur atau curi-curi je tengok phone,kalau tak ,dapat kat dia memang susah nak mintak balik dah la suka lempar-lempar bila ngamuk huhuuuu.Jadi kalau wasap lambat berjawab tu sila call ye,sebab bila call dia akan cepat-cepat bagi phone kat ibu hahhahahah.

Okeylah kali ni nak uh resepi Ayam Masak Kapitan.Kisahnya hari apa tah ,tak tahu nak masak apa untuk makan tengahari,ada stok ayam je dalam peti ais.Cik Sue kurang makan sikit kalau ayam ni,kalau lauk ikan atau daging haaa laju la,muak mungkin.Tak tahu nak masak apa,dok belek-belek la koleksi buku resepi yang bersepah dalam bilik tu,buku beli zaman-zaman anak dara ye la time tu tak glamer lagi search resepi kat fb internet bagai ni hahahhaaa.Tiap bulan mesti beli buku resepi atau majalah masak-masak hahahha.Jumpa la resepi yang agak senang ni,haaa cari yang senang-senang je.Ni Ck Sue salin dari buku tu ye,jadi [andai-pandai la olah dan agak ikut kesesuaian bahan yang korang ada.Jom Cik Sue kongsikan ye :

Resepi Ayam Masak Kapitan.

Bahan :
1/2 ekor ayam - di potong kecil
500ml santan
2 batang serai-ketuk
10 helai daun limau purut
3 sudu kerisik
500 ml air
minyak masak
garam gula

Bahan Kisar:
100gm bawang merah
100gm bawnag putih
100gm serai hiris
100gm cili kering
200gm kunyit hidup
30 gm buah keras
10 gm belacan

Cara memasak :
-Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
-Bila naik bau dan agak garing masukkan serai ketuk,daun limau purut,kerisik dan air.gaul rata dan biar masak sekejap.
-Masukkan ayam dan santan,perasakan dengan garam,biarkan mendidih hingga kuah pekat.
-Angkat dan sedia di hidangkan.

Cik Sue masak lauk ni lebihkan,kuahnya sedap wat cicah lempeng atau roti,sekarang Mr D malam-malam dah kurang makan nasi,jadi makan la lauk ni wat cicah.Dan selaluya kalau lebih lagi Cik Sue akan frozenkan untuk waktu darurat hahahhaha iaitu waktu anak tantrum tak sempat nak masak dan perut kebulur hehehhe.

Selamat mencuba.

Post a Comment

3 Comments