Berbuka puasa di temani Sang Aladdin dan lampu berkelipan di Best Western I-City,Shah Alam.


Geng2 kaki makan ehhhh mulut yang makan la

Fuhhh kejap je masa berlalukan,dah nak bertemu Ramadhan kembali.Maka meriahlah dengan buffet-buffet Ramadhan di segala hotel dan restoran atau tempat-tempat makan.Maka banyaklah kambing-kambing yang di golekkan di serata ceruk hahahhaah dah jadi sinonimkan sekarang buffet Ramadhan dengan kambing golek,kayooo tokey kambing ngeeee...

Merepek je la Cik Sue ni,ha meh sini nak bagitau korang satu tempat nak berbuka puasa dengan kawan-kawan ,keluarga,geng-geng study,geng-geng opis atau skandal korang ehhhhh...opsssss.Suasana berbuka dengan pelbagai juadah tradisi serta ruangan terbuka yang mana korang boleh feeling-feeling makan di bawah cahaya rembulan di langit dan cahaya neon yang cantik di paras bumi gituuuu.Best Western I-City membawa konsep Aladdin and The Malaysian Treasures untuk Ramadhan Buffet tahun ni.

Ruang Makan Selesa dan Open View.

Terletak di aras 5 bangunan hotel ni,korang di sediakan ruang makan tertutup dan terbuka,di mana kawasan terbukanya umpama taman dan boleh menikmati pemandangan indah waktu malam sambil menjamu selera.Ruangan di bahagian dalam kafe juga selesa untuk seisi keluarga.

ruangan yang selesa dan lapang



Susunan meja dan kerusi sangat memudahkan pergerakan dan selesa untuk bergerak,maklumlah nanti mesti ada yang datang bawa keluarga dan anak-anak kan.Cuma kena kawal jangan berlari-lari je,eh boleh nak lari-lari suruh je anak-anak main kat luar bahagian yang terbuka tu,memang sesuai,sebab ada rumput,ha main la golek-golek situ.Humaira dah 2 kali termasuk ni CikSue bawa datang sini,memang dia suka giler ruangan terbuka ni,tambah-tambah ada geng siap berlari-lari.

haaaaa rumput karpet,sila la golek wahai anak-anak


Best Western
cantik kan pemandangan malam di sini

Cik Sue juga suka kemudahan kat sini,surau dan tandas semua kat aras kafe tempat berbuka ni juga,keluar ke  kawasan terbuka tu sebelah kiri terus je,dekat dan selesa.Tak payah nak turun ataunaik ke aras lain nak cari surau tandas bagai,memang menudahkan,maklumlah bila dah makan bersembang ralit sangat kang jenuh nak berkejar cari surau.

Oh ya parking pula,memang mudah,masuk je besment hotel memang di sediakan untuk pengunjung hotel ini,boleh juga parking sekeliling bangunan kawasan i-city ni tapi jauh la sikit jalannya.

suka humaira Alladdin ni nak bergambar ,dia panggil sendiri tau hehhee


Tahun ini Best Western membawakan konsep Aladdin dalam suasana Malaysia,kata ketua chefnya ala-ala Aladdin zaman P.Ramlee gitu,zaman-zaan marjina la tu heheheh,dan menu pun tradisional Malaysia serta gabungan makanan antarabangsa lain juga.Nanti boleh la bergambar ngan Aladdin yang berlegar-legar ni,di lobi hotel pulak ada replika rumah melayu lengkap dengan pelita buluh dan lemang untuk menaikkan mood raya korang,haaa boleh la selfie-selfie atau gambar berkumpulan.

Lebih 160 Menu Lazat dan Memikat Selera.

Himpunan lebih 160 menu yang lazat menanti korang yang nak berbuka kat sini ye,Cik Sue yang cuba dulu ni pun mabuk nak pilih,macam-macam ada ha.sebut je nak makan apa.Insya Allah ada.
Menu berasaskan sup seperti Sup Kambing Berempah Mamak,Seafood Tomyam,Sup Loba Putih Udang Kering,Crabmeat and Corn Soup,Sup Mushroom,Lotus Roots and Herb,Soto Madura dan banyak lagilah.

ulam dan salad

dressing salad dan sambal


rendang dan kerabu

sambal

pilihan buah-buahan

8 pilihan kurma

keropok-feveret humaira

Hidangan lauk utama pula seperti Kari Kepala Ikan,Daging Masak Hitam,Mutton Varuval,Ayam Masak Berempah,Udang Sambal Tumis Petai,Baked Honey Pumpkin,Lamb Shoulder with Mint Creamy Sauce,Teriyaki Honey Beef,Irish Lamb Stew,Bamboo Clam with Chili,Steamed Fish Teochew Style dan banyak lagilah yang akan menggoda selera korang,kalau Cik Sue berbuka memang tak ambil nasi,ratah lauk je,kang ambil nasi memang kenyangla tak makan dah yang lain,rugi wooooo...

dari kiri atas -masak lemak cili api daging salai,masalodeh,labu masak lemak,sotong goreng rempah

atas dari kiri-potato grill,mongolian lamb,rendang minang kering,ikan steamed

ketam masak lemak dengan nenas

Dan semestinya nak berbuka puasa Cik Sue nak juga pemanis mulut terutama kuih-kuih melayu.Jangan risau kat sini memang ada seleksi pilihan pencuci mulut yang sedap-sedap dari tradisional sampai ke barat.Pilihan Cik Sue puding roti kuah kastardnya,sedappppp sebab kurang manis,ngam-ngam je manisnya.Ada puding-puding dan pastri juga dan coklat fountain,agak menggoda yang manis-manis ni tapi makan kena beringat ye jangan over.


pelbagai kuih-muih




Di ruangan luar pula ada stesen atau kiosk makanan yang korang boleh pilih,lebih kurang macam gerai la,antaranya Pasta station,Rojak,Abc,Otak-otak,Yong Tau Fu,Murtabak,Char Kuey Teow,Kebab dan macam -macam lagi.Bahagian bakar-bakar pula ada kambing golek,ayam ,daging panggang dan seafood bbq.Untuk anak-anak pula ada 2 tong aiskrim yang boleh di nikmati,memang suka la anak-anak kan.











Selain itu yang menjadi tarikan mesti la kiosk segar dari ladang ni,ni kat bahagian ruangan terbuka tu ye,korang boleh nikmati buah-buahan yang di hidangkan terutamanya raja buah la durian,yang ni kena makan kat luar je,jangan bawa masuk dalam,salah di sisi polisi hotel hahahahha,bau oiiiii hehehhee,ha makan la puas-puas ye kat luar tu.




Dari rasa tekak Cik Sue ni antara menu yang CikSue dah rasa dan pilih,nak cadangkan korang cuba Mongolian Lamb dia,pastu korang pi amik roti kebab kat ruangan luar tu atau roti perancis yang wat cicah mushroom soup tu wat cicah ngan Mongolian Lamb tersebut,walawehhhhhh marveles wei,memang sedappppp.Satay pun boleh tahan kuah kacangnya sedap dan satay lembut.

Tempahan Awal Lebih Murah

Haaaa dah plan ke tu nak berbuka dengan kawan-kawan dan family nanti,ok CikSue sarankan korang tempah awal-awal sebab boleh dapat harga murah dan kalau dengan pembelian 9 orang dapat sorang percuma,korang tontong la 10 orang tu,jimat bukan.

Harga :
Dewasa RM119 nett
Kanak-kanak/warga emas RM69 nett

Pembelian awal dari 13 March hingga 30 April 2019 dapat harga RM99 dewasa.

Sila lah buat tempahan segera ye.





Untuk tempahan boleh hubungi 03-55219000 atau enquiry@bestwestern-icity.my untuk groups booking atau sales@bestwestern-icity.my untuk tempahan.

Post a Comment

2 Comments

  1. scroll tengok banyaknyeee makanan. nyuum..
    open view n sunset memang combo yang best. cantik =D

    ReplyDelete
  2. alahai siap ada aladdin lagi!
    kita singgah n follow sini ya https://faradidi.blogspot.com

    ReplyDelete