Cuti
sekolah datang lagi,mak-mak ,ayah-ayah sekalian mesti dah rancang macam-macam
aktiviti kan untuk anak-anak penuhi masa cuti ni. Ada yang dah mohon cuti dari
bekerja juga nak bawa anak balik kampung atau bercuti dalam dan luar negara. Mungkin
anak-anak yang ada peperiksaan besar tahun ni tak ke mana-mana dok layan
tuisyen dan kelas tambahan kan. Mungkin yang mak ayah tak bercuti tu hujung
minggu je la ye keluar jalan-jalan atau pun pusing-pusing bandar je. Apapun
yang penting dapat luangkan masa bersama-sama satu keluarga ,walau kat mana
sekalipun,masa berkualiti tu yang pentingkan.
Hujung minggu lepas Cik Sue sempat balik rumah mertua,kebetulan bermula cuti sekolah, sepupu-sepupu Humaira kebanyakan balik rumah neneknya,dapatlah berjumpa dan bermain lepaskan rindu sekejap.Tapi memandangkan Mr D tak cuti, Ahad tu terpaksa la balik ke rumah kami. Sebelum tu sempat la singgah jalan-jalan cuci mata, window shopping di IPC Shopping Centre, sebelah IKEA Damansara tu.
Sejujurnya Cik Sue tak pernah masuk shopping centre ni walau selalu datang ke IKEA Damansara. Sebab dalam fikiran ingatkan ada kedai-kedai makan je kat situ, rupanya salah. Banyak je kedai-kedai dan outlet untuk shopping dan cari barang keperluan, malah sangat children friendly, mudah nak bawa anak kecil dan keluarga ke sini, kemudahan lengkap. Dari parking ada lif, dan senang jumpa surau, tandas, bilik susukan anak kecil semuanya lengkap.
Aktiviti di Mighty Mighty Squad
Sambil jalan-jalan tu terperasan poster Mighty Mighty Squad di Concourse Level G, IPC Shopping Centre ni, terus teruja nak tahu apa bendanya, kita orang terus pergi tengok, laaa rupanya tempat anak-anak bermain , ingatkan playground biasa-biasa je,tapi bukan. Ia lebih kepada permainan berhalangan untuk anak-anak menguji ketangkasan fizikal dan mental. Terus Cik Sue tanya staf kat situ macam mana anak sertai dan masuk bermain, Humaira pun dah tak sabar. Ada 2 cara untuk dapatkan pas sehari masuk sini:
1. Penyertaan percuma untuk ahli IPC Sma Club –Korang boleh daftar di i-Counter dekat PADINI, Level G, IPC Shopping Centre.
2. Korang shopping atau berbelanja minimum RM50 dalam IPC Shopping Centre tu dan dapatkan pass percuma di pintu masuk Mighty Mighty Squad ye.
Memandangkan Cik Sue tak sempat nak shopping lagi, dan Humaira dah tak sabar-sabar nak masuk main, teruslah daftar ahli kelab Sma Club tu, dapat la masuk. Rupanya Mighty Mighty Squad ni hanya ada sepanjang cuti sekolah ni sahaja ye iaitu sampai 31 March 2019 sahaja. Bukan main lagi seronok budak kecik tu, semua dia nak main, dapat pula mainan panjat-panjat memang kesukaan dia la, lasak ya amat. Ada bermacam permainan cabaran dan halangan untuk anak-anak cuba dan cabar diri dan setiap permainan ada fungsi untuk menaikkan dan merangsangkan lagi kemahiran anak-anak seperti memanjat, merangkak, melompat dan macam-macam lagi.Antara aktivitinya boleh tengok dalam gambar ni ye:
Aktiviti yang merangsang kemahiran dan keyakinan diri anak-anak.
Aktiviti begini sebenarnya memang penting untuk perkembangan system saraf dan motor mereka, di samping mengasah kemahiran bersosial dengan kawan-kawan baru. Memang bagus la cuti sekolah sertai aktiviti macam ni daripada mengadap gajet dan telefon je kan. Aktiviti kecergasan dan menguji minda gini memang bagus untuk kesihatan anak-anak, malah menjadi ereka lebih aktif serta sihat. Badan yang cergaskan menjadikan otak lebih cerdas.
Seronok tengok Humaira bermain dan bergaul dengan budak-budak lain kat situ,maklumlah dia kan dok rumah je dengan Cik Sue,aktiviti begini boleh dedahkan dia dengan kemahiran bersosial dengan kawan-kawan baru,bertolak ansur bermain bersama dan lebih berani bersaing.Oh ya,bila dah siap semua cabaran tu ,staf akan tick semua permainan yang berjaya,jadi boleh la bagi anak bawa balik ye.
Sambil-sambil mak-mak shopping, ayah boleh bawa anak main kat sini, tak de la diorang bosan dok melalak menangis menunggu mak-mak shopping. Mak-mak pun boleh shopping dengan tenangkan, boleh jadi “me time” gitu. Tambahan IPC Shopping Centre ni memang mesra keluarga dan kanak-kanak, memang sesuai dikunjungi seisi keluarga.
Jom la sempena cuti sekolah ni bawa anak-anak ke IPC Shopping Centre, bantu mereka mendaftar menjadi ahli IPC Sma Club dan bermain di Mighty Mighty Squad, hanya ada sehingga 31 March 2019 sahaja ye. Mesti seronok anak-anak habiskan masa di sini. Oh ya,bila dah selesai semua halangan dan cabaran, jangan lupa ambil sijil tau.
untuk maklumat lanjut korag boleh klik link kat bawah ni ye :
11 Comments
Wah seronoknya Maira .. banyak jugak permainannya . Ok la kan utk anak2. Mak pak pon blh tumpang gembira tgk anak2 ceria .
ReplyDeleteAlahhaiiii sukanya dia dapat main² ye kat sana....
ReplyDeleteBagus ni, sambil bermain sambil otak pun berfikir...
ReplyDeleteSyoknya.. tp x smpt nk terjah.
ReplyDeleteSeronoknya kalau g situ ai yang over nanti. Huhuhu
ReplyDeleteSelalu g ikea tapi lupa sokmo nak g sini
ReplyDeleteBgus la hai anak dara ni.. Macam askar dah.. Hehehe
ReplyDeleteWaahh bestnya. Dura dan dak2 tak pernah sampai lagi ke IPC ni huhu
ReplyDeleteseronok anak2 dapat join aktiviti macam ni. nak pulak kalau ada pertandingan mewarna, memang wajib join :)
ReplyDeleteWahh sakan enjoy Humaira ye, lebaq senyum tu.
ReplyDeletewah tentu anak2 suka kan.. mama pun baru tau tempat ni
ReplyDelete