Dah lama tak buat aktiviti lasak dan ekstrim,maklumlah malas nak buat aktiviti outdoor sekarang.Kekadang tempatnya tak sesuai untuk bawa anak kecil macam Humaira,ye la budak kecik ni mana la boleh berenggang ngan "botol susu" bergerak dia ni hahhahah.Tambahan pula cuaca panas sekarang,agak malas nak dok luar bangunan kan,kang demam la selsema la.
Tapiiiiiiii,Isnin lepas Cik Sue dating ngan kawan-kawan kat Aeon Mall Shah Alam dan cuba "indoor extrem game" dalam bangunan je,ada penyaman udara dan selesa bawa anak,besttttt sangat tau.Korang pun patut bawa anak-anak,berbaloi bagi Cik Sue sebab harga tak cekik darah,masih mampu bayar tuk habiskan masa dengan anak-anak dengan lebih berkualiti.
Memandangkan kami pergi hari Isnin waktu orang kerja,jadi agak lapang dan tak ramai orang,memang puas hati la anak-anak main dan melasak,on the way balik semua tertidur dalam kereta keletihan,siap kena kejutkan bila sampai rumah hehehehhe.
Eh! Lupa lak nak bagitahu kat mana,kami bermain dan berseronok di Rocky Basecamp ,Tingkat 3 ,Aeon Mall Shah Alam. Ada dua tau,yang Rocky Basecamp tu ada playground biasa untuk anak-anak dan wall cimbing tuk dewasa dan kanak-kanak.Yang Air On Park (nanti Cik Sue cerita entry satu lagi ye ) tu pulak lebih kepada Edugames untuk kanak-kanak dan permainan interaktif VR untuk dewasa,jom tengok apa yang menarik.
Jom Memanjat di Rocky Basecamp
Harga masuk.
Mula-mula sampai,kami masuk sini dulu untuk sesi pagi.Tengok harga agak berbaloi untuk satu sesi selama 2 jam,puas dah tu main dan memanjat tuk orang tak professional macam Cik Sue ni hehehhe.
Harga ikut umur ye,pastu boleh pilih kalau tak bawa anak boleh bayar untuk climbing sahaja,atau kalau tak nak climbing boleh bayar playground tuk anak-anak je main kat dalam tu.Ada juga harga pakej untuk 10 kali masuk dan sebagai explorer lebih kurang macam kursus climbing la.Boleh tengok harga dalam gambar bawah ni ye.
10 Jenis dinding untuk memanjat.
Bagi aktiviti wall climbing ni di sediakan 10 dinding yang berbeza tahap kesukaran dan cabarannya,boleh cuba semua ye,dengan pengawasan staf bertugas.Oh ya,korang di sarankan bawa stokin ye kalau tak mahu beli kat sini,macam main boling la,kena pakai kasut khas dan stokin ye.Tapi ada je di sediakan kasut tuk sewa dan stokin tuk di beli kat sini. Dah siap pakai kasut semua,staf akan beri penerangan tentang cara memanjat dan tips keselamatan di sini,kena dengar baik-baik ye.Termasuk penerangan bagaimana nak pakai tali kabel untuk memanjat tu,kena tengok betul-betul ,susah nanti apa-apa jadi.Keselamatan di utamankan okeh.
Ada 2 wall cimbing untuk beginner atau yang baru-baru nak cuba.Bolehlah berlatih dulu kat sini,yang ni tak de tali sebab rendah je,bawahnya ada lapik kusyen ,kalau jatuh pun tak sakit sangat.Cik Sue dah cuba dan ok la,tuk panaskan badan heheheh ambil mood kata orang.
Dinding kedua pulak agak esktrim setinggi 15 meter dan perlukan staf tuk tarik tali naik ke atas,sebagai beban,kena pakai harnest atau tali ye,memang Cik Sue tak lepas la yang ni,gigil nengoknya hahahhah,Cik Sue setakat ketinggian biasa-biasa pokok atau rumah tu ok la,ni tinggi sangat memang tak la hehehe dengan tangan tak berapa kuat ni.
Fuhhhh gayat oiiii,memang tak mampu la,Qaseh pun naik sampai separuh je huhuuu.7 dinding seterusnya ok la,ada macam-macam gambar dan tahap,siap ada yang tangga terbuai-buai lagi,ada adventour gorilla dan macam-macam gambar.Cik Sue lepas yang menara dan padang bola hijau tu,yang lain tak larat dah hahahhaha,lenguh weh tangan tapi best sangat,nanti nak ajak Mr D la pegi sini lagi,hilangkan stress hehehehe
Tak sangka pulak Cik Sue masih mampu memanjat,sejak-sejak dapat anak ni,mana pernah bersukan ekstrim gini,setakat jogging panaskan badan tu je la.Kepuasan sangat tau bila sampai atas dan sentuh loceng tu hehehehe.Dan bila gelungsur ke bawah tu wahhhhh,seronoknya.Anak pun ternganga nengok ibunya hahahhaa.Oh ya,sambil korang memanjat tu anak-anak boleh main kat dalam playground dan ada staf tengokkan,dan tak boleh keluar dari situ suka-suka,jadi selamat ye,nak golek ke nak baring ke haaa dok dalam tu.
Oh ya,untuk anak-anak yang dah pandai memanjat pun boleh ye wall climbing ni,dari umur 4-14 tahun di kira junior atau kanak-kanak la,staf akan jaga dan guide diorang,Bagus tuk mereka,merangsang skill dan keyakinan diri.
ternganga Humaira hahahhaha |
bersama staf bertugas. |
Sementara mak pak memanjat ,anak-anak yang tak boleh memanjat tu bolehlah layan playground dalam tu,ada gelungsur dan mainan tuk mereka,ada mainan panjat-panjat juga.Memang leka la kat situ,Humaira sampai tak kacau ibu dah,ralit dok main.
Bagi Cik Sue memang berbaloi datang sini,tempat selesa,harga berpatutan dan mesra keluarga.Boleh jadikan aktiviti sekeluarga bila nak habiskan masa dengan anak-anak.Eh tapi ada satu lagi tempat best kat Aeon Shah Alam ni,ni lebih kepada anak-anak la.
Apapun kena patuhi peraturan keselamatan dulu ye,dengar taklimat dari staf elok-elok sampai faham,kalau tak faham tanya terus.Bawalah keluarga korang ke sini atau yang bujang-bujang pun kalau rasa nak main indoor ektrim game wall climbing ni,boleh la mai sini,tak kena hujan dan panas hehehehe.....kalau nak buat gathering pun ok gak ni,ajak kawan-kawan,dah penat main boleh turun makan kat food court level 2 ye.
Untuk maklumat lanjut:
Rocky Basecamp:
Website: http://www.rockybasecamp.com
Facebook: https://www.facebook.com/RBCShahAlamOfficial/
Instagram: https://www.instagram.com/rockybasecamp_malaysia/
Rocky Basecamp:
Website: http://www.rockybasecamp.com
Facebook: https://www.facebook.com/RBCShahAlamOfficial/
Instagram: https://www.instagram.com/rockybasecamp_malaysia/
1 Comments
oh,,inilah yang pangjat tinggi tu.. tak gayat ke?
ReplyDelete