Nak spek murah? Cari William di Eye Pro Vision,Sungei Wang Plaza.

Siapa kawan-kawan Cik Sue sini pakai spek atau kacamata? Yang mana rabun tu memang wajib pakai kan? Susah la nak buat kerja atau aktiviti seharian bila mata dah kurang kualiti ni.Macam Cik Sue ni dulu tak de pun silau atau rabun,atapi sekarang bila check haaaa tingginya silau dan ada rabun dekat dah tapi tak tinggi lagi powernya.Kenapa jadi cam tu? sebab utama mengadap handphone dalam gelap terutama masa nak tidur dan mengadap laptop atau skrin komputer dalam tempoh masa yang lama.Kesihatan mata ni bukan melalui pemakanan je nak kena jadi, rutin kita pun kena jaga,jangan bebankan mata sangat.Berharga woooo penglihatan ni.

Bila dah wajib pakai spek ni mesti la ada kosnya kan nak kena keluar dari poket,dan selalunya tak murah,ada yang murah pulak kualiti ntah apa-apa lak,haihhhh.Kena pulak surirumah macam Cik Sue ni tak nak la bebankan Mr D tu,jaga dok tangguh-tangguh ,berbulan dok survey je lebih,belinya tak juga.


Orang kata kalau dah rezeki tak kemana kan? Kebetulan pula baru-baru ni tengok Mr Ben buat spek ,murah tapi berkualiti katanya,jadi marilah kita terjah,kot betul murah boleh la bodek Mr D hehehehe...Ambil kesempatan hari cuti Mr D Isnin lepas dari rumah mak di Sungai Buloh nak balik ke rumah,terus ajak dia singgah Sungei Wang Plaza,haaaa sini la letaknya kedai spek murah yang tengah viral tu,khabarnya pulak kualiti memang terbaik.Sekali Mr D kata bajet RM150 ke bawah je ada ni,haaa mari la kita cari kalau dapat.









Harga Murah,Kualiti Bagus

Dari jauh dah nampak banner harga RM65 untuk bingkai dan cermin,fuhhh berbunga-bunga rasa hati.Terus masuk dan tanya stafnya,Cik Sue di layan tuan kedai sendiri iaitu William,baik orangnya,peramah dan beri penerangan jelas sangat,sampai tak de soalan nak tanya hehheeh...


Apa yang William terangkan pada Cik Sue,kedai diorang ni bagi harga RM65 untuk bingkai dan lens atau cermin multicoated biasa,tu harga total tau.Bayar sebanyak tu dah dapat spek seketul.Murahkan? tapi Cik Sue ni nak cari yang sesuai dengan diri la,silau tinggi sangat dah ni,memandu malam-malam pernah la tersalah jalan sebab salah baca papantanda dan salah masuk susur,haaaa parahkan.Kekadang kereta depan dah dekat tapi tak nampak nak baca no plate kereta,memang mengganggu juga,tak berani dah drive malam-malam kalau suami takde.Satu lagi Cik Sue nak cari bingkai yang tahan lasak,fleksibel dan tak mudah patah kalau sekadar terduduk atasnya atau terpenyek.Maklumlah Humaira ni boleh tahan gak dia punya angin kuskus bila ngamuk,habis di tampar spek ibu dia ni.


Jadinya William terus tunjukkan cermin Alpha Blue 420 yang memang berkualiti dan terbaik untuk masalah mata Cik Sue ni,antara ciri lens/cermin jenis ini adalah :

-Khas untuk yang silau malam ketika memandu,silau dari lampu kereta.
-Sesuai untuk pelajar atau orang yang selalu menghadap skrin komputer,laptop dan handphone.
- 100% menghalang sinar biru dan ultra ungu (uv420)
-Tahan lasak dan tak mudah calar ( siap William demo ketuk segala tau,kalau korang pergi suruh je dia buat demo hehehe memang terbaik)
-Mudah di bersihkan,guna permanent marker boleh sapu je dengan tisu terus bersih.

testing guna permanent marker yang ada bingkai tu cermin biasa yang seketul tu Alpha Blue 420

Bila di lap dengan tisu yang Alpha Blue 420 terus bersih.

Dah tertarik ni dengan cermin atau lens Alpha ni,terus la tanya harga samada sama ke tak dengan RM65 tu,Cik Sue siap doa dalam hati harap-harap tak ebih bajet Mr D bagi tu.Ternganga sekejap bila William bagitau tambah RM60 je untuk cermin yang ini,terus rasa nak lompat bintang,mana nak dapat wei sepek murah tapi berkualiti macam ni,jadi total semua RM65 + RM60 =RM125 je untuk cermin Alpha Blue 420 ,ni harga sekali dengan bingkai tau.....gilerrrrr la.Terus rasa nak panggil kakak,ma,abah,atuk,nenek,adik abang datang buat spek kat sini kikiki.Haaaa senyum lebar suamiku,tak koyak poket dia hehhe.

Hampir 2000 Pilihan Bingkai yang menarik

 Ok dah buat keputusan nak ambil lens Alpha Blue 420 tu,sekarang nak pilih bingkai pula,fuhhhh rambang mata ada hampir 2000 jenis pilihan bingkai yang korang boleh pilih ye.Macam-macam design dan paten ada,nak yang ala-ala nerd budak skema,jenis yang hipster pelik-pelik,ala-ala kpop pun ada,eh macam-macam la.Lama juga la Cik Sue dok cuba bingkai yang sesuai,yang penting kena selesa la bila pakai,dannnnn yang tahan lasak serta fleksibel tak mudah patah.Terus William tunjukkan mana bingkai yang boleh lentur dan tahan lasak.Bagus layanan William ni memang terbaik,tanya je apa saja semua dia jawabkan.




Pening aihhhh hampir sejam juga la Cik Sue dok membelek.Alang-alang beli biar la yang elok dan selesa,Cik Sue ni pentingkan keselesaan kalau tak sedap pakai memang dok dalam bekas je la jawabnya.Dah jumpa design cantik cari pula yang tahan lasak,tapi memang boleh mabuk tengok design bingkai kat sini,up to date kata orang muda ngeee..



Lepas dah jumpa mana yang berkenan kita buat pemeriksaan mata pula untuk dapatkan bacaan silau kemudian baru pihak kedai siapkan spek yang Cik Sue pilih.Pemeriksaan pun teliti sangat supaya kita dapat yang terbaik untuk mata.



Dah siap pemeriksaan,William kata datang semula selepas sejam untuk ambil cermin mata,dalam hati Cik Sue ye ye je la boleh siap dalam sejam,tak pe kita tengok ye.Cik Sue terus tinggal pergi tandas dan solat Asar,ngam-ngam sejam William dah wasap bagitau dah siap, Wowwwwwww....memang pantas,baru ingat nak lepak kopi-kopi dulu dengan Mr D kat area situ.Terus la kami ke kedai ambil cermin mata,cuba pakai dan bayar semua.Memang terbaik la servis kedai ni,tip top,tapi mungkin kalau ramai sangat pelanggan lewat la sikit kan,biasa la tu,Cik Sue ni datang hari kerja tu pun masih penuh kedai cuma tak sampai tahap sesak la.Kalau hari minggu atau cuti umum boleh berlaga bontot kata staf kat situ hahahhah.


Pengalaman Cik Sue memang puas hati sangat-sangat dengan cermin mata ni,balik tu kebetulan dah malam lepas maghrib terus la pakai.Yesssss tak de lagi migrain dan sakit kepala bila sampai rumah akibat silau lampu kereta dalam perjalanan.Kekadang walau tak memandu pun Cik Sue malam tetap sakit kepala bila dok tengok lampu kereta,sensitif betul kan.


Haaaaa ni la cermin matanya,cam makcik-makcik sikit kan? hahahha tak pe lah,yang ni bukan untuk melawa,tuk pakai masa buat kerja dan memandu je,seharian tak pakai sangat pun tambah-tambah siang,rimas hehehee...Dah hampir seminggu pakai ni,Alhamdulillah sangat membantu kehidupan seketul Cik Sue ni.

Korang mana yang ada anak-anak sekolah yang perlukan cermin mata untuk belajar dan aktiviti seharian,mai la buat kat kedai ni,Insya Allah jimat kos dan dapat kualiti yang baik.Ye lah masa nak masuk sesi persekolahan baru ni mak ayah masing-masing dah koyak poket buat persediaan sekali lupa pula cermin mata anak kena ganti,datang je sini.Ye la kalau tak ganti susah pula anak-anak dah belajar kan,penting juga tu.

So korang boleh pergi ke kedai di alamat ini ye,atau ada apa-apa kemusykilan atau pertanyaan korang wasap je William tu Insya Allah dia akan layan,cuma lambat dengan cepat je la,bergantung kepada kesibukan dia,kot tak sabar call je la,senang hehehhe.

Alamat kedai :

EYE PRO VISION
GROUND FLOOR G111
SUNGEI WANG PLAZA ,JALAN BUKIT BINTANG,
55100 KUALA LUMPUR

atau boleh call William di talian : 016-3771304

p/s :
Dah dapat spek mata baru,Mr D yang senyum lebih lak,jimat ongkos,pas ni boleh la buat spek melawa plak ye bang kikikiki.

Post a Comment

6 Comments

  1. sayangnya jauh dr sni . hahah lisa silau .. teringin yang aplha tu

    ReplyDelete
  2. Kak Nina pun dah buat spek baru kat sini. Kualiti frame dan lens alpha blue 420 tuu memang terbaik laaa...

    ReplyDelete
  3. Cam best lens alpha blue tu.mura pun mura.bila la turn yaya nk p ni...hm

    ReplyDelete
  4. sesuai frame yang sue pilih tu..kena je dengan muka.

    ReplyDelete
  5. Waa nak wak spek jugokk laa hehehe

    ReplyDelete
  6. Akak nak buat jugak la...mata ni makin silau...dh la keja depan PC je...kena pergi jugak minggu ni

    ReplyDelete