Huggies Dry Pants : Serapan Basahan Terpantas untuk Keselesaan Anak Anda

Menjadi  seorang ibu pastinya kita semua mahukan yang terbaik untuk anak-anak kan? ,Kalau yang masih kecil tu banyak yang ibu-ibu nak fikirkan. Makan,minum ,pakai,kesihatan,keselesaan dan semualah,penting ye semua ni supaya anak-anak kecil tak meragam dan ibu-ibu tak stress,bila mereka selesa dan dalam mood yang baik,ibu-ibu akan lebih tenang dan ceria.


Sama la macam Cik Sue ni,tambah-tambah Humaira dah makin besar,dah tahu mengamuk dan merajuk,dah tahu bebel walau dalam bahasa asingnya tu hehehe.Pantang ada yang tak kena atau rasa tak selesa,siap la dia merengek sepanjang hari ataupun suka sekarang baling-baling barang kalau tak di endahkan apa yang di bebel atau minta. Keletahnya sangat bijak dan tak terjangkau ibunya ni. Perkembangan barunya pula dah pandai kalau lampin pakai buangnya penuh,cepat-cepat dia sendiri amik tuala dan tarik tangan  ibu ke bilik air,haaaa tu maknanya dah tak selesa sangat la tu,dah berat dan muatan penuh hehhehe.Tambahan sekarang dia dah makan macam-macam dan minum banyak cecair selain susu ibu, air masak memang cecah la 1 liter sehari kalau mood dia baik,susu kotak lagi kan, memang cepat la lampin pakai buang dia penuh. Penting untuk Cik Sue menggunakan lampin pakai buang yang terbaik untuk dia.

Huggies Dry Pants Pilihan terbaik

Cerita tentang pilihan lampin pakai buang yang terbaik ni, sekarang Cik Sue tengah mencuba Huggies Dry Pants untuk Humaira.Setakat ni Alhamdulillah,Cik Sue puas hati dan suka dengan produk ni dan Humaira pun nampak selesa dan suka bila menggunakannya.Apa ciri yang membuatkan Cik Sue suka? 



1. Malaysia Fastest Absorbing Diapers Pant atau Lampin Pakai buang dengan serapan terpantas di Malaysia.

Memang di akui,cepat menyerap bila si kecil buang air,dan tak mudah bocor.Terutama waktu-waktu dia minum banyak air,atau ketika di luar rumah,bila penyerapan lebih cepat,kulit terhindar dari luam ruam lampin atau melecet dengan tindakbalas air kencing basah mereka.



2. 1000 Fast Absorbing Micro Holes1000 Lubang Mikro Pantas Serap

Lampin pakai buang Huggies Dry Pants mengandungi 1000 lubang Mikro pantas serap untuk penyerapan terpantas dan menjamin keselesaan anak kecil,  serta mengekalkan rasa kering pada kulit mereka serta menjaga kulit. Yang ni Cik Sue suka sebab Humaira ni memang tak boleh basah lama-lama,kulit punggungnya mudah kena ruam lampin atau melecet kemerahan dan gatal-gatal,tapi sejak guna Huggies Dry Pants ni,dah tak de semua tu,dia lebih ceria bila kulitnya lebih terjaga,ibu pun haruslah lebih happy anak tak meragam,kan?

Lihat paparan video ujian kepantasan serapan Huggies Dry Pants berbanding lampin pakai buang jenama lain di pasaran: 



Pantas kan? 



3. 5 Ciri Keselesaan terbaik -5 Way Comfort Fit 

Huggies Dry Pants ni juga ada mempunyai  5 ciri untuk kekalkan keselesaan iaitu kadar regangan dan kadar keanjalan lampin pakai buang yang sesuai dengan bentuk punggung bayi dan anak-anak kita.Ciri ini memang di reka untuk menjamin lampin tidak bocor dan kekalkan keselesaan bila memakai.

4. Bentuk Pants

Sejak guna Huggies Dry Pants ni Cik Sue seronok dan suka sebab memudahkan Cik Sue,maklumlah anak dah besar nak suruh duduk diam nak pakaikan lampin jenis strap atau tampal tu bukan mudah ye,dengan tarikan sana-sini,dia nak main macam-macam,tak sempat pakai dah terkencing haaaa haru jugak tu.Jenis pants ni senang,sambal berdiri pun boleh sarung je terus terletak elak dan tak bocor.Memang memudahkan.

Memudahkan bila malam hari 

Sebelum guna Huggies Dry Pants ni,malam-malam Cik Sue akan bangun tukar lampin pakai buang Humaira sekurangnya sekali di tengah-tengah malam,risau basah dan dia tak selesa lalu terganggu tidur dan bangun pagi nanti kulit dia melecet pula,kena pula dia makan dan minum banyak sebelum tidur,memang wajib la Cik Sue bangun tukar.Kalau takkkk,belum subuh lagi asyik merengek je la,tidur ibu pun terganggu,lepas tu stress haaaa yang tu tak mau.

Dengan Huggies ni bukan anak je tidur lena,ibu pun boleh tidur lena dan berkualiti,bangun pagi pun masing-masing mood dah ceria,baguskan? Lagi satu Cik Sue suka sebab bila keluar outdoor atau berjalan ke mana-mana,lampin pakai buang ni buatkan mood Humaira lebh stabil dengan rasa kering tu,jadi perjalanan atau aktiviti di luar lebih lancer tanpa anak meragam sepanjang masa.

Huggies Dry Pants ni dah ada di pasaran ye ,korang boleh bila di pasaraya terdekat atau boleh klik link ni http://bit.ly/2LgcBwt untuk  pembelian online.

Kalau nak tengok demo produk ni pula korang boleh klik link https://www.youtube.com/watch?v=KDkoHsx9ZJs


Untuk maklumat lanjut ibu-ibu boleh klik link di bawah ni ye :


Jom jadikan kehidupan ibu dan anak lebih ceria dengan memberi keselesaan dan yang terbaik untuk anak-anak.Anak ceria ibu gembira dan bebas stress,haaaa gitu la motto hidup Cik Sue .

Post a Comment

4 Comments

  1. Kalau budak budak dah melasak ni memang kena pakai pant. kalau pakai tape punye, tak jadi. Nak pakai kan pun payah.

    ReplyDelete
  2. Bagus betul huggies dengan teknologi baru ni, anak-anak mesti lagi selesa dan bebas dari masalah ruam

    ReplyDelete
  3. senang pakai yang pants ni. takut pakai yang jenis tape, asyik terbuka jer.
    ramai yang pilih Huggies sebab berkualiti kan.

    ReplyDelete
  4. Dulu masa anak2 kecik ada la jugak pkai Huggies ni ..

    ReplyDelete