Promosi Cuti Sekolah Di Best Western I-City,Shah Alam.

Hai semua, hai mak-mak ayah-ayah yang busy tak dapat cuti panjang sekali cuti sekolah tu,tengah serabut ke fikir mana nak bawa anak bercuti nanti? Haaa meh Cik Sue cadangkan ke mana sesuai korang bawa anak-anak bercuti yang tak perlukan cuti panjang,kurang kos dan dekat jer.

Pakej Stay And Splash di Best Western I-City Shah Alam


Sempena cuti sekolah yang akan tiba ni ,Hotel Best Western I-City ada menyediakan pakej menarik tau bermula 24 November hingga 31 December 2018.Korang boleh bawa anak-anak bersuka ria di sini,pakej penginapan 2 hari 1 malam untuk 2 orang termasuk sarapan serta tiket masuk ke I-City Waterworld yang hanya 4-5 minit je jalan kaki dari hotel ni,bestkan,tak yah pening nak fikir mana nak parking,jauh nak jalan,dah penat main air tu tak larat nak drive balik (Mr D la tu hahahha) terus je naik hotel rehat,best wooooo....kereta korang pun tak payah nak alih-alih,biar je kat parking hotel tu,nak makan restoran semua jalan kaki je dalam I-City tu,siap ada KK Mart lagi kalau nak beli apa-apa keperluan.Semua dalam satu kawasan,tak perlu dah drive ke sana sini ye.

Minggu lepas Cik Sue sempat melapangkan fikiran dan bersukaria di sini,memang sangat puas hati dengan penginapan dan kemudahan yang di sediakan.Anak dan suami seronok sangat dapat luangkan masa di sini,lagipun dekat je dalam 40 minit je dari rumah kami.



Melangkah masuk je kami dah di sambut mesra oleh staf hotel ni,urusan checkin pun mudah dan Cik Sue di ambil bilik Deluxe dengan katil tambahan untuk Humaira (ada caj ye) kalau korang tambah babycot untuk bayi free je,tapi sebab Humaira dah besar dan tak nak tidur dalam babycot dah,Cik Sue mintak je tambahan katil bujang.

Bilik Deluxe





Bilik sangat selesa untuk kami 3 beranak ni,kalau ada anak yag besar-besar korang boleh la request connection room dengan caj tambahan nanti,tapi masih lagi menjimatkan tau.Bilik-bilik lain pun best dan selesa,harga pun berpatutan sangat.

Bilik Superior





Bilik I-Suite 






Kemudahan lain di hotel 

Selain bilik yang selesa,kemudahan gym juga di sediakan di hotel ini,oh ya tak de swimming pool ye,nak berenang turun je ke Waterworld hehehe.Kalau korang ambil pakej #stayandsplash ni,dah ada 2 tiket masuk dewasa ke Waterworld I-City ye,kalau aak ramai bayar tiket anak-anak je.Sarapan pun best tau kat sini,menghidangkan menu-menu yang semuanya sedap-sedap,puas hati.

Gym 




The View Cafe @ Level 5

Cafe untuk bersarapan pula Cik Sue suka sangat konsepnya,open view dan luas,ada ruang terbuka,seronok anak-anak bermain sementara mak ayah makan,lebih bebas tak de la asyik terlanggar meja dan sempit nak bergerak,tapi ada juga meja di dalam berhawa dingin.



Hi Tea on Sunday 


Alang-alang dah menginap kat sini apa kata korang booking terus Sunday Hi Tea,sangat berbaloi,hidangan menu-menu yang pasti memikat selera.Cik Sue paling suka Char Kuey Tiaw yang di hidangkan,rasa kalau di layankan tekak ni mahunya menambah 4 5 6 kali hehehhe,nasib la segan orang dok tengok.












Untuk Hi Tea ni juga di sediakan ruangan untuk anak-anak beraktiviti seperti mewarna dan melukis,malah ada permainan dengan hadiah menarik dari pihak hotel.Memang tak rugi bawa keluarga menikmati Hi Tea ni bila korang menginap di sini ye.


Pelbagai Tarikan di I-City untuk seisi keluarga.

Masa Cik Sue menginap di Best Western I-City ni sempat luangkan masa menjelajah I-City,antaranya menikmati lampu-lampu dan permainan di City of Digital Light,Waterworld dan Snowwalk.Banyak lagi permainan dan tarikan menarik yang tak sempat Cik Sue dan keluarga jelajah,Insya Allah dh plan nak datang lagi bila-bila nanti.

Waterworld 



Snow Walk 



City of Digital Light 





Dah makin cantik dan banyak perubahan kat I-City ni,dulu zaman tahun 2006-2008 at de apa lagi dan tak secantik ini zaman-zaman Cik Sue bujang dan bekerjaya di Shah Alam ni,sekarang happening sangat seronok bawa anak-anak.

Jom jangan lepaskan peluang sempena cuti sekolah ni ,cuti dekat-dekat pun ok dah sebenarnya kan,ye la nak apply cuti lama-lama tak lepas pulak,bawa je anak kesini pasti diorang seronok.Promoso #stayandsplash ni sampai 31 Dec 2018 je tau,cepat-cepat grab promosi ni.

Apa-apa pertanyaan atau mahukan maklumat lanjut boleh dapatkan di link berikut ye :


Web : http://www.bestwestern-icity.my/

Facebook : https://www.facebook.com/bwicity/

Instagram : https://www.instagram.com/bwicity/

Telefon : 03 5521 9000

Email : enquiry@bestwestern-icity.my

Post a Comment

1 Comments