Masaknya dah lama tapi baru ada masa nak simpan resepi kat sini tuk senang nak cari nanti,kalau tulis kat buku kang tah mana-mana pulak hilang,tambah-tambah sekarang Humaira suka conteng buku ibu,pantang nampak buku nota ibu huuuhuu.Ini kali pertama Cik Sue masak sendiri nasi dagang versi Terengganu original resepi dari mak adik ipar orang Bukit Payung ,Terengganu.Semua gara-gara masa trip family awal tahun hari tu singgah rumah dia ,mak dia hidangkan Nsi Dagang sedak yang amat ni,bertambah-tambah kami makan.
Jadinya sebab teringat-ingat,masa raya haji kat rumah mertua hari tu Cik Sue masakkan untuk makanpagi raya.dok wasap la adik ipar mintak resepi,gigih gi pasar borong cari bahan yang original dari Pantai Timur ,terutama rempah gulai ikan tongkol tu kena guna rempah khas dari Terengganu baru la rasa sama dengan mak dia buat,gigih laaaa Cik Sue cari kat kedai-kedai orang pantai timur.Guna rempah macam gambar kat bawah ni ye,ni packaging baru,dulu transparent paketnya.
Jom kita tengok resepinya ye :
Resepi Nasi
Bahan :
1 kilo beras wangi
200 gm kilo beras biasa atau beras perang
500 ml santan
5 biji bawang merah -di hiris
5 cm halia -di hiris
1 sudu teh halba
1/2 sudu teh garam
Cara :
1. Basuh beras wangi dan beras perang rendam 15 minit dan toskan.
2. Campurkan dua-dua dan kukus 30 minit 9tutup kukusan rapat-rapat eh.
3. Masukkan halba bawang merah dan haia,kacau rata.
4. Tuang santan yang di campurkan garam sikit atas nasi dan gaul sebati ,kukus semula 10 minit.
Atau pun korang boleh je masak guna rice cooker
Masukkan semua dalam rice cooker,gaul biar sebati masak macam biasa,pasti kan sukatan air sesuai ye.
1 kilo beras wangi
200 gm kilo beras biasa atau beras perang
500 ml santan
5 biji bawang merah -di hiris
5 cm halia -di hiris
1 sudu teh halba
1/2 sudu teh garam
Cara :
1. Basuh beras wangi dan beras perang rendam 15 minit dan toskan.
2. Campurkan dua-dua dan kukus 30 minit 9tutup kukusan rapat-rapat eh.
3. Masukkan halba bawang merah dan haia,kacau rata.
4. Tuang santan yang di campurkan garam sikit atas nasi dan gaul sebati ,kukus semula 10 minit.
Atau pun korang boleh je masak guna rice cooker
Masukkan semua dalam rice cooker,gaul biar sebati masak macam biasa,pasti kan sukatan air sesuai ye.
Resepi Gulai Ikan Tongkol
Bahan :
Ikan Tongkol -potong seinci,rebus dengan asam keping,garam dan gula melaka,dah masak,toskan /tapikan amik ikan sahaja
Bawang putih
Bawang besar
Lengkuas
Halia
Cili kisar
Kerisik
Jintan manis ( serbuk atau blend jadi serbuk)
Cili Padi
Belimbing buluh
Santan
Rempak Gulai Cap Rose
Rempah Masak Cap Rose
Gula melaka / Nise
Garam dan gula
Cara :
1. Kisar halus semua bawang dan halia,tumis bahan blend,masukkan cili kisar,rempah cap rose dan jintan manis,tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan santan,masukkan gula melaka /nise dan kerisik,biar mendidih,baru masukkan cili padi dan belimbing.
3. Akhir sekali baru masukkan ikan tongkol tadi,jangan kacau kuah kuat-kuat sangat kang hancur ikan,oh ya kalau nak tambah udang pun ok jugak,beli yangbesar-besar baru puas makan hehehhe.Biar mendidih jangan sampai santan nya berketul ye,kacau perlahan-lahan.Perasakan dengan gara dan gula biar seimbang masin dan manisnya ye.
4. Kuah nasi dagang ni sedap makan pekat-pekat baru nyakut org pantai timur kata hhehehe...biar je mendidih dengan api perlahan,agak dah pekat dan sebati,tutup api.
Baca juga Koleksi Resepi Ikan Tongkol yang sedap
Resepi Acar Jelatah
Bahan :
Mentimun-buang biji potong petak panjang 2 inci
Lobak Merah-buang kulit-potong 2 inci
Bawang merah-hiris
Halia -hiris nipis
Cili Merah -hiris nipis
Cuka Putih ( Cik Sue guna cuka epal)
Garam dan gula
Air suam separuh gelas
Cara :
1. Gaulkan semua perasakan dengan garam dan gula.
2. Ciksue suka sejukkan dalam peti ais sebelum makan.
Ok lah,selamat mencuba untuk yang ingin mencuba ye,moga bermanfaat untuk semua.
4 Comments
nasi dagang ni favourite saya tapi saya tak pandai masak nasi dagang.. hehehe..
ReplyDeleteboleh simpan resepi ni...feberet nasi dagang..buatnya tak pernah
ReplyDeleteSedapnya Nasi Dagang, dah ada resepi ni bolehlah cuba buat.
ReplyDeletesedapnya tengok..aduh..boleh cuba ni nnati..lama tak makan sayur tu
ReplyDelete