Sabtu lepas kebetulan Mr D tak kerja siang,jadi Cik Sue tutup dapur la,suka hati je kan hehhe,ala surirumah pun nak rest dan cuti juga,tepu dah asyik ngadap dapur je dan fikir nak masak apa hari-hari,sesekali kena la dapatkan menu luar,keluar tengok orang juga, dok gitu?
Tapiiiii masalah juga nak pilih tempat makan ni,tau la Mr D ni cerewet sikit (ke banyak hahhaha) tak mau sesak-sesak ramai orang ,nak tempat selesa,nak makanan sedap...haaaa demand hokehhh lakiku.Dok fikir-fikir mana nak makan ,kebetulan Qaseh ajak jumpa di IOI Mall City,Putrajaya memang cantiklahhh boleh makan terus,Cik Sue pun dah lama tak datang sini jalan-jalan,malas sikit kalau sensorang luas sangat nak ukur mall dia hhahaha sakit kakiku.
Pusing punya pusing akhirnya Dapur Penyet jadi pilihan kami,kebetulan masih belum waktu sesak untuk makan tengahari,tak ramai sangat orang,sedang elok la kami masuk,banyak lagi meja kosong.Seronok Humaira jumpa abang Rayyan,dia dah cam muka sebab yang ni je la selalu jumpa hahahha.
Kedai bersih dan kemas.
Masuk je ruang makan ni Cik Sue suka,kemas dan bersih,laluan antara setiap meja pun tak sempit sangat haaaa Cik Sue cukup nyampah kalau susunan meja rapat-rapat tau dalam kedai makan,ai ni dah la lebar hahahha,anak plak tak diam susah nak jalan kalau sempit-sempit tau,kang kena orang jenuh kena jeling huhuuu...
Baby chair ada di sediakan dan lantai serta perabot semua bersih,satu lagi Cik Sue puji pekerja dan pelayannya cepat je bersihkan meja mana yang dah siap makan,dan pelayannya rajin layan pertanyaan Cik Sue walau tak berapa tahu tapi cuba juga jawab heheheh good try kikiki.Makanan di pesan pun tak ambil masa yang lama tuk dapat,kurang 15 minit lebih kurang.
Baby chair ada di sediakan dan lantai serta perabot semua bersih,satu lagi Cik Sue puji pekerja dan pelayannya cepat je bersihkan meja mana yang dah siap makan,dan pelayannya rajin layan pertanyaan Cik Sue walau tak berapa tahu tapi cuba juga jawab heheheh good try kikiki.Makanan di pesan pun tak ambil masa yang lama tuk dapat,kurang 15 minit lebih kurang.
Menu menarik dan sedap : Ayam Kampung
Jom tengok apa yang kami makan hari tu,meriah pula bila tengok gambar hehehe berbaloi la makan ala carte tuk 6 orang,sedang elok la.Kami order nasi dan masakan lauk panas,memang naik selera tambah-tambah ada sambalnya walawehhhh,tak angkat kepala makan,menambah nasi.Mana yang menu ayam tu semua ayam kampung tau,nama dan masakan je berbeza.
haa kauuu penuh meja,bukan makan sorang tau... |
Empal Bakar
Sedap,eh empal tu daging la,Cik Sue tak tahu la diaorang perap ke tak tapi rasa macam manis-manis berempah sikit ala-ala sate,bila makan cicah sambal tu,alahaiiiii masuk mulut sedapnyaaa,daging pun lembut tak liat,so Mr D suka sebab dia sangat pantang daging liat hahahha.
Ayam Kampung Penyet
Ayam kampung yang lembut dan sedap,kena dengan sambalnya,kriuk-kriuk gorengan (feveret Mr D,mesti berebut hahahah) tu alahaiii sedapnya makan dengan nasi panas,uihhh terliur pula sambil menaip huhuu,korang kena cuba yang ini.Oh ya sambalnya tak pedas sangat budak-budak boleh makan kalau yang ok la,cuba dulu.
Tauhu Goreng Bersalut Telur Kuah Kacang
Haaa yang ni Cik Sue dan Mr D suka,ala-ala pecal dan menu ni ada di cawangan Putrajaya sahaja ye dan di Singapura,harap maklum.Kuah kacang dia sedap wehhh nice sangat,tak de la ras kacang hangit atau terlebih rasa,ngam-ngam je,Cik Sue suka telur yang di goreng sarak ( macam sarang burung tu hehhehe). Ni Cik Sue rekemen korang cuba ,wajibbbb.Tetiba rasa nak try buat kat rumah bhahahah sejenis mek sue semua nak tiru kikiki.
Bawal Penyet
Selalu kalau penyet-penyet ni orang order pecal lele aka ikan keli penyet kan,memandangkan Cik Sue kurang gemar ikan keli,kita order bawal je la,eh sedap gak tau,manis je rasa isi ikan,garing di luar lembut isinya di dalam.Tapi Cik Sue je la makan,Mr D tak kawan ngan ikan hahahha,garing gorengannya.
Kangkung Goreng Sambal
Seperti biasa la gorengan sayur kan,tapi nama je sambal tak pedas pun,Humaira pun boleh makan hehehe,sedap juga kuahnya cukup rasa.Kangkung pun tak keras,sedap di padankan dengan ayam penyet tadi.
Ayam Kampung Berlado
Ni ayam kampung versi berlado pula,salah satu feveret Cik Sue la berlado tumbuk kasar gini,puas makan,sebab sambalnya tu terasa cili,tak de la tahap pedas giler,sedang-sedang je,ikut Cik Sue kalau boleh nak gigit cili sebiji-sebiji pastu sakit perut hahahha.Korang kena order juga yang ni tau jangan tinggal,wajib,tak lengkap kalau tak order,gitu hahaha.
Pilihan Minuman
Kitaorang order dua set minuman yang sama,ni minuman yang di rekemen kat sini ye :
Jus Alpukat
Teh 3 Layer
Milo Tabur atau Milo Dinosour
Cik Sue suka teh 3 layer tu sedang-sedang je manisnya ,setengah kedai kan buat manis meleting,walaupun i ni orang pantai timur dan manis orangnya tapi sekarang dah kurangkanmanis dalam minuman,lebihkan dalam senyuman hahahha.Jus Alpukat tu pun sedap tapi Cik Sue kurang gemar hihihi,haa yang milo tu memang alltime feveret la,tambah-tambah ada anak ni,itu je la Cik Sue orderan tuk dia tapi biasanya campurkan air masak,tapi kali i tak sempat dia dh sedut dulu aduiii.Dah pandai amik gelas tu rapatkan kat dia,dah besarkan huhuu.
sekali dia sedut dah separuh cawan aduiiii ibu yang kena marah ngan ayah tau grrrr |
Promosi Set Ayam Kampung
Oh ya ,berita baik untuk korang sekarang ada promosi set ayam kampung lengkap dengan air dan nasi tau,menu masakan ayam kampung tu korang boleh pilih nak yang mana.Hnaya RM17.60 sahaja untuk 1 set ,sorang makan dah kenyang ni.Senang nak bajet kan,kot malas nak fikir lauk-lauk pilihan lain yang bersusun tu,pilih je set ni,senang.
Alhamdulillahhh kekenyangan kami hari tu,Cik Sue puas hati dengn layanan dan kesedapan menunya,keseluruhannya memang memenuhi selera Cik Sue sefamily dan kawan-kawan.Bolehlah bawa keluarga korang atau nak lepak dengan kawan-kawan datang makan kat sini ye,sesuai untuk seisi keluarga.
Lokasi : Dapur Penyet IOI City Mall Lot LG 78A,
IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya,
Tel : 03 -89539600
Facebook : https://www.facebook.com/dapurpenyet
Insta : https://www.instagram.com/dapurpenyet/
7 Comments
dapnyo la..:)
ReplyDeleteSedapnyalah hai tgk juadah dia.. Hihihi
ReplyDeletedekat ngan umah.. nak terjah gak la
ReplyDeleteaduhh tengahari mcm ni cravinglah pulak huhu
ReplyDeleteSedap pulak tengok ni. .Suka makan nasi penyet ni.. Airbtu nampak semua sedap.. Kene cuba ni
ReplyDeleteMenyelerakanlah menu² dia, nanti nak pi cuba makan kat sinilah.
ReplyDeletetengok milo dinasour terus rasa haus ni...sedap belaka tengok makanan
ReplyDelete