Bila dah ada anak kecil ni ,benda utama yang nak kena fikirkan adalah penjagaan merekakan? Macam pampers atau lampin pakai buang,susu dan produk penjagaan diri serta kebersihan.Bagi Cik Sue apa yang penting dalam pemilihan semua ni untuk Humaira tak kisah mahal atau berjenama yang penting sesuai dengan Humaira,selesa di pakai,tanpa bahan kimia yang memudaratkan ok je.
Pernah dengar produk bayi KIRA KIRA BABY tak? haa Cik Sue pun baru kali pertama ni tengok dan dengar,produk ni dari Jepun dan dah ada kat Malaysia ye.Mula-mula produk ni sampai,alahaiiii comelnya,Humaira pun seronok,siap dok tarik ke sana-sini bunjutnya.Jom kita tengok apa ada dalam bunjut comel tuk Humaira ni.
Bila buka je ada lampin pakai buang dan produk penjagaan bayi untuk Humaira dan Alhamdulillah dah gunakan,produk penjagaan tu wangiiii sangat,seronok Humaira waktu mandi.Lepas mandi ibu lak jadi geram asyik nak gomol je hehehhe.Ada Baby Lotion,Baby Top To Toe Wash dan Baby Nappy Cream serta 2 jenis lampin pakai buang ,satu jenis tape dan satu lagi jenis pants atau seluar.
Airy Soft Premium Tape Diapers
Jenis yang ini di reka mengikut garis pinggang dan menggunakan tape atau pelekat ye,ramai yang berkongsi di Facebook produk ni ,diapers ni memang selesa ,datang dalam pelbagai saiz dari Newborn hingga saiz yang agak besar,boleh rujuk Facebook mereka ye.Dannnnn Humaira dah cuba,Alhamdulillah sesuai,dan dia pun selesa.Corak pada diapers ni pun comel,geram tengoknya hehehhe.Malah siap ada penunjuk kelembapan,jadi tak de la kulit bayi naik ruam akibat lambat tukar diapers kan,tapenya pun berkualiti,kemas dan kuat gamnya.
Ultra Soft & Dry Premium Pants
Setakat ni Humaira tak pernah lagi pakai jenis pants macam ni sebab dia bersaiz kecil sikit aka kurus,jadi mudah terlondeh bila diapers dah berat hehehhehe.Jenis ini pun terdapat dalam pelbagai saiz ye,ikut kesesuaian anak anda.Nanti Cik Sue akan bagi juga Humaira cuba ,tunggu dia besar sikit lagi.Sebenarnya lebih mudah yang pants macam ni,senang nak pakaikan,tak de lasibuk nak tarik dak kecik ni suruh baring,pastu siap geliat bagai nak main je hehhehe.Bahan yang di gunakan pula lembut dan ada penyerapan 2 lapisan jadi lebih kering dan selesa kepada bayi.
Produk Penjagaan Bayi KIRA KIRA BABY
Comel je packagingnya,produk penjagaan bayi mereka ni di buat dari bahan organik dan selamat dari bahan kimia,sesuai untuk semua bayi,penghasilan dari inovasi teknologi Jepun :
1. Kira Kira Top to Toe Wash (400ml) berkesan untuk membersih dan mengekalkan kelembapan kulit bayi. Menggunakan ekstrak camelia japonica ia menjadikan kulit bayi lembut bila disentuh. Ia jugak mudah dibilas, jadi memang tak akan ada sisa sabun tertinggal pada kulit bayi.
2. Kira Kira Baby Lotion (380ml) yang mengandungi baobab organik memberikan khasiat kepada kulit bayi apabila disapu selepas mandi. Rumusannya berasaskan air yang sangat ringan dan tidak melekit, ia jugak dapat melembap dan menyerap cepat ke dalam kulit.
3. Kira Kira Nappy Cream (50ml) jugak diperkaya dengan kebaikan ekstrak chamomiledan shea butter yang membantu memulihkan, melegakan dan melembapkan kulit bayi. Ia jugak dapat melindungi kulit bayi daripada ruam lampin.
Suka Top To Toe dia,wangi je,kalau korang nak cuba bolehlah dapatkan,kat Shopee pun ada jual,search je Kira Kira Baby ye,atau untuk maklumat lanjut korang boleh buka Facebook mereka di www.facebook.com/kirakiramalaysia.
suka sangat diaaaa teruja tengok bungkusan kawaiii ni |
0 Comments