Resepi Udang Mentega Dengan Telur Masin Yang Mudah.

Mesti ramai yang sukakan seafood macam ketam,udang masak butter,tambah pulak dengan telur masin wahhhh mau bertambah nasi,hari ni Cik Sue sempat masak Udang mentega dengan telur masin atau omputihnya Butter Prawn with Salt Egg.
Kebetulan ada beli udang besar separuh tapak tangan kat Hero,10 ekor je pun,cukup la makan berdua je hehhehe,beli banyak kang lama beku dalam peti ais dah tak sedap nak masak,hilang manisnya.
Jom tengok resepi cara mudah yang masak udang ni,resepi ni Cik Sue dapat dari buku apa tah,lupa dah,dok tulis dalam buku catatan je,meh la buat pulak.

Bahan : 
10 ekor udang saiz besar
1/2 sudu garam
1/2 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu tepung jagung
1/2 gelas susu cair
4 ulas bawang putih cincang
3 sudu mentega
2 biji telur masin,rebus dan hancurkan
Setangkai daun kari
Sedikit cili padi hijau di hiris
Garam dan gula secukup rasa

Cara : 
-Gaul udang dengan garam,serbuk kunyit dan tepung jagung,goreng sekejap dlm minyak banyak,cukup sampai udang bertukar warna tak perlu garing.
-Panaskan kuali,tak perlu letak minyak,api sederhana, masukkan mentega,bawang putih,daun kari dan cili api dan telur masin,agak layu,masukkan susu cair,biar kuah agak pekat.
-Masukkan udang,gaul rata,perasakan garam dan gula,Cik Sue tak letak garam dah sebab telur masin tu dah masinkan kuah.
Mudahkan? Sekejap je pun masak,sediakan dulu bahan-bahannya.Kalau Cik Sue boleh masak dengan anak dok kacau,korang tak de gangguan mesti lagi boleh hehehhehe....

Selamat mencuba.

Post a Comment

6 Comments