Lama betul Cik Sue tak layan steamboat,sejak dari Humaira lahir rasanya,tak sempat,malas nak bawa anak makan main masak-masak gitu sebab rasa leceh dan tak jumpa tempat best untuk layan steamboat hehehhe itulah alasannya.
Yeayyy akhirnya,dapat juga bersteamboat lepas balik dari mandi-manda di Bangi Theme Park hari tu,sedang elok la,balik mandi dengan perut lapar,balik rumah salin baju terus keluar makan.Kebetulan pula restoran ni dekat sangat dengan rumah,10 minit pun tak sampai,sukaaa la Cik Sue.Kami dinner malam tu di ASAP STEAMBOAT & GRILL,BANGI.
Parking luas,ruang selesa.
Kami sampai masa tu memang ngam waktu dinner dalam pukul 8 malam.Mula-mula sampai Cik Sue dah suka sebab kawasan parkingnya luasss,walau ramai juga la pelanggan masa tu tai kami masih dapat parking depan-depan kedai.Masuk je dalam ,wahhhh lapang restoran ni,sesuai sangat kalau datang makan dengan keluarga.Susun atur kerusi meja pun selesa untuk anak-anak bergerak,deko kedai juga nyamannn je mata memandang,pendek kata memang sesuai untuk mekan-makan bersama keluarga dan kawan-kawan.
Masuk je kami terus di sapa pelayan dan Cik Sue bagitau ada buat tempahan meja utuk dinner,bagitahu nama terus di bawa ke meja yang di sediakan.Kami dapat meja bulat,senang la sikit nak pantau si kecik ni dan selesa untuk kami.Dah dapatkan meja ,pelayan terus sediakan dapur untuk kuah steamboat dan grill,panggang-panggang lauk-pauk,dan pelayan terus bagitau diorang sediakan 3 jenis kuah iaitu Tomyam,Sup dak Kari.Unikya ada kuah kari ,jarang dengar steamboat guna kuah kari,tapi kami tak cuba,kami ambil kuah tomyam sebab Mr D dan adik nak kuah tomyam,Cik Sue okey je mana-mana pun,semua i layan hehehehe.
Menu yang pelbagai
Dah pastikan semua persiapan meja okey,tugas Cik Sue la pergi ambil bahan-bahan untuk rebus dan panggang,Mr D selalu memang akan jaga anak,sebab dia seorang yang tak pandai nak pilih nak makan apa,apa bini hidang dia ngap je hehehhe,senang cerita Cik Sue la yang pilih semua,aklau bagi dia pilih,nanti dok pening depan udang sotong bagai kang hahahhaha.
Banyak juga pilihan bahan kat sini,ada buffet makanan berat macam nasi goreng,nasi putih,sup tulang,bubur,kentang goreng,ayam goreng dannnnnn Cik Sue teruja nampak soft crab,memang itu la yang Cik Sue terkam,cicah pulak dengan sos pedas tu ,ranggup tul dan macam keropok pulak.Dua tiga kali juga la ulang pi amik hehehhe.
Bahagian lauk pula ada ayam,filet ikan (jangan risau tak de tulang dah,isi je diorang bagi heheh) daging kambing dan daging lembu.Untuk lauk-lauk ni,di perap dengan pelbagai perisa macam blackpepper,bbq dan garam kunyit. Jadi pilih je nak yang mana,dan yang mana sesuai untuk bakar dan rebus dalam kuah ye.Pilihan utama Cik Sue mestilah kambing bbq tuk panggang-panggang grill tu,memang kegemaran ni.
Bahagian seafood pun banyak pilihan dan segar-segar bahannya.Ada ketam,udang,lala,kerang,kepah,sotong,pepahat dan macam-macam hasil laut la.Pilih je mana berkenan ye.
Bahagian produk frozen pun tak kurang meriah,banyakkkkk sangat pilihan,anak-anak suka la yang ni kan,nak bakar pun sedap nak rebus pun okey,cicah pulak dengan sos,haaaa tersangkut terus kikiki.
Bahan lain ada pilihan mee,telur,sayur dan ada bahagian desert juga seperti aiskrim,air batu campur buah dan dadih.Oh ya,jangan risau ye,bahan ni semua akan sentiasa di tambah oleh pelayan bila habis,kalau tak de masa korang nak ambil tu,minta je dengan pelayan suruh tambahkan.
Sos istimewa Asap memikat selera
Untuk pengetahuan korang kat sini diorang sediakan macam-macam sos yang di letakkan dalam botol kat kaunter makanan buffet tu,korang boleh ambil untuk makan dan cicah dengan bahan yang di rebus atau di panggang.Cik Sue tertarik dengan sos istimewa restoran Asap ni,kalau dalam gambar kat atas yang bawah belah kiri tu,memang kenaaa sangat dengan selera Cik Sue,tak pasti ini sos yang di buat sendiri atau beli tapi kat botol di tulis sos Asap.Rasa dia masam-masam pedas macam sambal belacan pun ye tapi tak kuat rasa belacannya,haaa lebih kurang gitu la,kalau nak tahu kena datang cuba la.Cik Sue sukaaa sangat sambal ni sebab ngam betul bila cicah dengan kambing panggang tu.Aduhhh teringat-ingat pula huhuu.
Alhamdulillahhhh memang menepati selera Cik Sue la makanan kat sini,makanan sedap,selesa dan layanan mesra,nak makan pun senang hati.Dan seronok juga sebab boleh luangkan masa dengan keluarga makan dan borak-borak,si kecik tu pun bukan main seronok lagi dia.Siap habiskan 2 bekas dadih,buah dan makan mee tomyam tau,okey pulak dia walau tomyam tu agak pedas hehehehe tak bagi banyak la kuahnya,Cik Sue suapkan mee yang dah lembut tu je ngan sayur-sayur.
Memang sesuai sangat kalau korang nak buat gathering kawan-kawan ke,reunion ke atau makan-makan dengan family ramai-ramai,call je dan buat tempahan meja,kawasan parking luas,persekitaran pun tak sibuk,tenanggggg je nak makan.Alhamdulillah Cik Sue puas hati sangat,next time nak ajak kawan-kawan pula,dah la dekat sangat dengan rumah,kalau family datang boleh la bawa datang sini.
Jom layan video,jangan lupa subscribe youtube Cik Sue ye ;
Jom cepat call buat tempahan meja,dan kalau nak datang korang waze je LANGAT KATERING Insya Allah sampai,dari jauh dah nampak signboard kedainya.
Jom cepat call buat tempahan meja,dan kalau nak datang korang waze je LANGAT KATERING Insya Allah sampai,dari jauh dah nampak signboard kedainya.
Facebook: Asap Steamboat & Grill
Instagram: AsapSteamboatGrill
Alamat
Jalan Taman Sentosa, Desa Sentosa Fasa 2, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Telefon: 013-7668944
Waktu Operasi: 6 petang hingga 12 malam
Harga
Dewasa: RM42 seorang
Kanak²: RM21 seorang
12 Comments
aloh la sedapnya..:)
ReplyDeleteBanyak betul hidangan dia.. memang berbaloi dgn harga
ReplyDeleteaduh kak sue, tertgok masa tengah lapaarrr ni, hahahaha
ReplyDeleteAmboiiii yang baju itam tu makan tak hajakkk kakak nooo .. yang kecik pon sama .. yang tukang tulis ni pon sama tak hajakkkkk .. sedapnya layan steamboat wehhh selera molek tuuu .. nak g jugakss
ReplyDeleteTeringin nak makan sup dia jugak..macam menarik je
ReplyDeletenampak menarik la sue..nanti nak ajak family k.sal datang sini gak la.
ReplyDeletebleh arr try nanti.. nampak menarik
ReplyDeleteala lama tak makan steambot ni , sobss
ReplyDeletesalam kak sue..
ReplyDeletesedap nye steambot.pernh makan sekali je dulu..huhu
Sedapnyaaa! Yeay nak pergi lah nanti! ^_^
ReplyDeleteAda masa mesti nak singgah cuba sini. Nampak sedap.
ReplyDeleteramai share tempat ni, mesti sedap kan, boleh try ni
ReplyDelete