Ceritanya Sabtu lepas,Cik Sue jemput adik bongsu di Presint 16 dan terus memandu ke Seri Kembangan dengan hajat nak ke pasar borong beli barang dapur dan lauk pauk sikit,stok dalam peti ais pun dah habis.Tengahari panas-panas,adik pula kata lapar dan dahaga,terus teringat dapat cendol pun sedap gak buat sejuk tekak kan? Kebetulan plak tengok Ben Ashaari ada post cendol sedap kawasan sini,terus Cik Sue waze je,kemudian ikut je jalan yang di beri.
Sekali dah sampai kat seberang jalan besar dekat Pangsapuri Indah di Taman Lestari Perdana,kalau dari simpang 3 Giant Seri Kembangan tu terusss je sampai pangsapuri tengok sebelah kanan,lokasinya bawah pokok sawit depan sikit dari Caltex.So Cik Sue terus je dan buat pusingan u depan sikit terus sampai di lokasi food truck cendol ni.
Mula-mula smapai dah bau durian,haihhhh menggoda betul la.Cik Sue ni memang hantu durian tau,tapi dok kawalll je tak mau makan banyak,sejak-sejak kena GDM (kencing manis waktu pregnant) hari tu terus insaf sikit nak makanberia durian mentah huhuuu,kena kawal la tua dah niii huhuu.Apa lagi terus cari kerusi kosong,cari port yang tenang,tapi memang best la sini,bawah pokok nyaman dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa,kalau la ada pangkin ka,makan kenyang-kenyang mau boleh lena hehehe.
Alhamdulillah pemilik dan pekerja ramah melayan pelanggan,tak tunggu lama terus ambil order dan tanya apa yang patut,bagus! Cik Sue terus order Cendol Durian la,tunggu apa lagi ehhehe tak lupa laksa juga,lapar wehhh.Adik bongsu pula order Cendol Jagung dengan Laksa,dia tak boleh makan durian lagi sebab nak makan ubat gusi bengkak,ishh rugiii rugiii hehehhee.
Kata owner selalunya isi durian tu di cerai-ceraikan dalam cendol baru senang nak makan,tak comot,tapi ni Cik Sue mintak biar seulas gitu,cantik skit hahhaha...tapi serius durian,dengan kuah santan dan air gula melaka tu memang padu,kalau nak korang boleh tambah pulut juga dalam cendol tu,fuhhhh terangkat,makan sejuk-sejuk lak,adehhh dok tulis ni pun terliur lagi.
Adik pulak order cendol jagung je,tapi sedap juga.Gabungan santan ngan air gula melaka tu memang ngam la,lemak-lemak manis,kekadang kalau orang jual nak jimat,santannya tak rasa sangat,cair je,tapi yang ni cukup rasa.
Laksa pula,Cik Sue bukanlah penggemar laksa-laksa belah utara dan Penang ni,dan tak pakar juga nak komen menu ni,tapi yang ni kuahnya agak sedap,tak la cair sangat,dan tak terlalu pekat.Rasa pun ngam je dengan bahan lain,tengok adik makan sekali hadap je dia sorang hehehhe licin tuuu.
Tengok la dak kecik ni pun,kemain menikmati cendol panas-panas tengahari tu.Siap nak makan sendiri,tak mau orang suap tu,separuh mangkuk cendol mak su dia ,dia kebas hehhehe.
Jom layan video nya :
Harga menu-menu kat sini pun berpatutan,sesuai dengan bahan yang di gunakan la ye.
Laksa - RM4
Cendol biasa - RM2
Cendol Kacang/jagung/ pulut - RM2. 50
Cendol special (kcg+jagung+pulut) - RM3.50
Cendol Durian - RM6-RM7
Cendol Double Special (special+Durian) RM7.50-RM8.50
Cendol big cup - RM4
Cendol kcg/jagung/ pulut big cup -RM4.50
Cendol special(kcg+jagung+pulut) Big Cup - RM5.50
Cendol Durian Big Cup - RM9.00
Cendol Double special (special+durian) Big Cup - RM10.50
Apa-apa korang boleh follow page fb diaorang untuk info :
Tel : 012-2973964
Ownernya pun mesra je dengan pelanggan,nak apa-apa mintak je ,insya Allah dia layan.Cik Sue siap tapau Cendol Durian dan Laksa untuk Mr D kat rumah dannnnn dia hadap sorang-sorang je tau,licin hehehehe...
10 Comments
Kak nina pun dah pekena Cendol Power ni... Memang power lah...!!
ReplyDeleteLaksa dia pun sedap! ♥♥
sedapnya cendol durian..huhuhu
ReplyDeleteSedap kan... iman ckp cendol sini the best !
ReplyDeletealololo semua tu feveret aida tu, sue.
ReplyDeletehadoi lah... 2-3 weekends, mr.asben tak free.
tanpa dia, aida x brape berani berjalan dgn anak2 aje.
tak secure rasa nyer.
da ckp dia dah ari tu, bila nak pekena cendol durian? hu hu hu...
ni ke cendol yang viral tu ?
ReplyDeletesedap ke..kena try ni..
ReplyDeleteCendol memang sedap dimakan dengan laksa..
ReplyDeleteLZ boleh makan cendol basic, belum pernah cuba cendol campur durian, tapai etc.
Sangat typical right.. hehehe
Memang power.. ok lah harga tak mahal..
ReplyDeleteaduh malam malam ni nampak cendol durian kak sue pulekk. terliur sudah!
ReplyDeleteadoii ngidam da niii
ReplyDelete