Tips bersahur secara sihat : Quaker Oat pilihan mudah dan cepat,

Sejak-sejak jadi ibu ni agak mencabar lalui bulan puasa sebenarnya,semua ibu-ibu pun macam tu kan.Tambahan ibu yang bekerjaya,mana nak masak makanan sihat untuk anak-anak,balik kerja pun dah pukul berapa,lepas berbuka mesti dah penatkan? Dapat baring dan tidur tanpa gangguan satu nikmat yang sangat-sangat di syukuri tu,tapi tak abis lagi dok fikir nak masak apa pula untuk anak-anak dan suami sahur nanti kan?

Sekarang Cik Sue memang memahami la apa perasaan ibu-ibu lain yang kalut dengan anak kecil waktu berbuka dan bersahur,serta masa nak memasak juadah.Dengan anak merengek la,tantrum la,apa pun tak siap nak berbuka dan bersahur,fuhhhhh boleh stress tau,memang mencabar jiwa raga di buatnya.Kena pula baruuuuu nak suap nasi sahur anak bangun merengek huwaaaa tercekik nak makan.Jadi sebagai ibu kena la bijak uruskan masa dan cara untuk memasak makan sihat,cepat dan mudah untuk keluarga dan diri sendiri.Kena pla yang menyusukan anak macam Cik Sue ni memang wajib bangun sahur dengan makanan berkhasiat supaya cukup nutrisi untuk susu anak nanti.


Tips Bersahur Yang Sihat

Jom Cik Sue kongsikan dengan korang tips-tips untuk bersahur secara sihat serta membekalkan tenaga untuk berpuasa.

1. Kurma-memang wajib ada terutama bulan puasa ni,tapi bulan tak puasa pun Cik Sue memang wajib ada kurma kat rumah.Makanan Sunnah kan,Kalau gastrik atau lapar sangat tak sempat makan apa,amik je kurma,Insya Allah tak sakit perut dan masuk angin. Sekurang-kurangnya makanlah 3 biji kurma sewaktu berbuka dan bersahur. Pada kurma itu zatnya memang tinggi dan banyak, jadinya ia memberi nutrisi dan tenaga yang berpanjangan kepada kita yang berpuasa sepanjang hari.

2. Air Kosong -Pastikan kita banyakkan mengambil air kosong dan air suam supaya segala proses di dalam badan berjalan lancar.Terutama ibu menyusu,memang kena minum air masak banyak untuk penghasilan susu badan.

3. Elakkan kafein-Elakkan dari minum minuman berkafein sewaktu bersahur kerana ia membuatkan kita cepat rasa dahaga.

4. Kurangkan Gula-Begitu juga dengan minuman dan makanan yang manis, ia juga membuatkan kita cepat dahaga, satu tips dari Prof Muhaya adalah menggantikan gula dengan madu sebagai manisan kerana ianya lebih selamat

5.Makanan Tinggi Protein - Sediakan menu makanan yang tinggi protein dan indeks glisemik yang tinggi, kerana ia membuatkan anda tahan lapat dengan lebih lama, contohnya ESP dari soya yang selamat dan tidak terubah suai genetiknya.

8. Sayur dan Buah- Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan semasa bersahur kerana ia membantu kita mudah lawas, membekalkan air secara semulajadi dan mencukupkan nutrisi yang kita perlukan sepanjang hari untuk kesihatan yang optima.

9. Makanan Tinggi Serat- Amalkan makanan berserat seperti oat dan bijirin.Makanan seperti ini baik untuk pencernaan dan boleh kenyangkan kita lebih lama daripada makan nasi tau.Haaa kalau kita perut orang Asia ni memang la tak lepas dengan nasi kan,tapi cubalah oat sekali mesti suka.Malah oat lebih mudah di sediakan.

Insya Allah bila kita amalkan tips bersahur secara sihat ni ,badan lebih bertenaga dan nutrisi untuk badan pun kekal di bulan puasa ni.

Bersahur Dengan Oat dari Quaker Oat.

Untuk Ramadhan kali ini Cik Sue cuba mendapatkan khasiat terbaik dari oat sebab masih menyusukan Humaira yang sangat-sangat kuat menyusu,jadi perlulah jaga pemakanankan.Kebetulan pula Mr D selalu kerja malam dan Cik Sue bersahur sendirian,memang kelam kabut la.Humaira pulak masa nak bersahur tu la dia nak merengek la,nak susu la,nak di tepuk la tidurnya.Haaa memang jadi mak kau hijau gak la pagi-pagi buta tu hehehe.

Jadi makan la apa je yang sempat dan mengenyangkan tapi kena pastikan juga berkhasiat untuk badan.Dengan oat memang pilihan paling cepat dan mudah la,ada 3 in 1 oat pun dah cukup,bancuh je dalam cawan dengan air panas,makan kurma dengan roti ke dah cukup tuk seharian tau.Sambil pegang anak pun boleh sediakan la,Humaira ni ngengada sikit nak berdukung je,kalau boleh masuk tandas pun nak ikut bila datang tantrum dia.


Cik Sue ni bukanlah peminat oat,tapi kalau campur nestum dan bancuh 3 in 1 tu selalu memang ada stok la kat rumah,untk masa-masa kecemasan.Hari tu masa mengandung,kadar gula agak tinggi dan dapat GDM (kencing manis masa mengandung),nurse nasihatkan amik oat untuk turunkan bacaan dan stabilkan balik,dan memang berkesan.Bila baca-baca banyak rupanya kebaikan oat ni.

Kebaikan mengambil Oat 


1. Boleh menurunkan kadar kolesterol dalam badan.
2. Membantu proses pencernaan dan mengenyangkan perut lebih lama.
3. Menyihatkan jantung dan organ dalaman.
4. Membantu seimbangkan kandungan gula dalam darah.
5. Kaya dengan Zat Besi.
6. Memberi tenaga berpanjangan.
7. Tinggi sumber protein dan serat.
8. Kaya dengan Magnesium.
9. Membantu menurunkan berat badan.
10. Kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral

Memang makanan "super grain" rupanya oat ni,lepas ni nak jadikan makanan wajib ada la kat rumah,banyak khasiatnya.Lagi-lagi bila umur dah bertambah ni kena jaga lebih sikit la bab-bab kesihatan badan ni,nanti nak jaga anak lagi,suami lagi kan.

Mula-mula makan oat dulu alahaiiiii tak sedapnya,memang tak boleh telan.Rupanya-rupanya banyak je cara dan resepi untuk makan oat dengan lebih sedap,Cik Sue suka cari resepi dekat Pinterest,banyak yang sedap-sedap dan mudah di buat.Contohnya macam overnight oat,muffin,bubur,kek dan maam-macam lagi sebenarnya.






Resepi Oat Bar Peanut Butter Mudah.


Selalu Cik Sue buat juga overnight oat tu dan kekadang makan dengan buah dan susu.Pernah juga guna oat buat bubur lambuk,sedap tauuuu malah lebih kenyang.Tapi kali ni Cik Sue cuba buat oat bar yang paling mudah untuk kudapan waktu lewat malam dan sebelum sahur.Jom tengok resepi mudah ni.




Bahan :
3 cup oat
1 cup peanut butter
1/2 cup madu

Cara : 
-Campurkan madu dengan peanut butter dalam periuk,nyalakan api perlahan dan gaul sebati prlahan-lahan.




-Bila dah sebati dan lembut ,masukkan oat gaul rata,sementara masib lembik masukkan dalam loyang dan tekan padatkan.
-Loyang tu lapikkan aluminium foil nanti senang nak keluarkan ye.


-Sejukkan dan keraskan dalam peti ais,agak-agak dah keras,keluarkan dan potong ikut saiz yang korang suka,boleh simpan dalam balang ye.




Oat Bar ni Cik Sue makan time-time lepas terawih sambil-sambil tengk tv,jadi nak tido selesa la sikit perut dan lepas sahur nak tunggu imsak tu amik sekeping dua,memang mengenyangkan,Kekadag kalau anak mengamuk,minum susu dan makan oat bar ni je masa sahur tambah 3 biji kurma,Alhamdulillah,boleh bertahan sampai Maghrib.Cubalah,mudah je 3 bahan sahaja,cara buat pun simple,tak perlu nak bakar atau lama tempohnya.


Lepas ni nak try buat resepi lain la pulak,jom korang makan oat utuk lebih sihat dan pilihan Cik Sue adalah QUAKER OAT semestinya.

Post a Comment

2 Comments

  1. uihhh, nampak sedap, dan mudah nak buat. nak try buat jugak la nanti!

    ReplyDelete
  2. rupanya macam-macam boleh buat dengan quaker oats ni

    ReplyDelete