Berbuka dengan menu kambing di Cafe Cerita Kambing,Shah Alam.

Isnin lepas Cik Sue ada urusan di Shah Alam,dan sempat singgah di Cafe Cerita Kambing di Foodcourt Anjung 7,Seksyen 7,Shah Alam (belakang Unisel Shah Alam) untuk menikmati menu kambing yang Cik Sue jamin sedap dari dulu hingga kini.Dulu kedai mereka di Anggerik Mall sekarang dah pindah ke sini,haihhh dah la temoat di menggamit kenangan zaman bujang dulu,boleh nampak dari kedai ni rumah sewa lama hehehhe dan food court ni tempat kami selalu lepak balik kerja.





Mudah je nak kesini,waze atau search di google maps handphone korang Anjung 7,Seksyen 7,Shah Alam,Insya Allah sampai,landmarknya Unisel Shah Alam,kalau sesat pun sampai Unisel tu korang pusing la tawaf mesti nampak signboard Foodcourt Anjung 7.Ruang makan yang selesa dan luas,bila Ramadhan nanti diorang akan pasang khemah yang selesa untuk pelanggan.

Parking jangan risau,memang banyak .kalau penuh kat situ pun boleh parking di lot kedai mamak dan kedai-kedai sederet situ.Selalunya kawasan ni ramai pelajar dan pekerja office berdekatan la.Surau dan tandas pun ada kat foodcourt ni,jangan risau ye.

Menu memikat selera





Mula-mula melangkah masuk kedai pun Cik Sue dah tergoda tengok hidangan kuih-muih dan lauk- pauk tradisional diorang ni,memang memikat selera.Rasa tak sabar je nak ngap,untuk bulan puasa nanti menu tradisional ni tak sama ye setiap hari,akan bertukar-tukar,jadi akan ada banyak pilihan nanti.Setakat yang Cik Sue cuba,menu tradisional meeka ni memang cukup rasa,bukan ala-ala je tau macam sesetangah tempat,asli rasanya macam mak-mak buat kat rumah.












Selain kuih-muih dan lauk-pauk,ada juga tapai pulut yang dihidangkan di Buffet Ramadhan Cafe Cerita Kambing ni nanti,tak banyak tempat hidangkan tapai pulut tau,dah la sedap cukup rasa mnaisnya.Ada juga hidangan spageti bolognese derta laksa Johor.Cik Sue rekemen korang cuba laksa Johor diorang ni,sedap sangat kat tekak Cik Sue.Dari dulu kalau makan kat kedai ni memang suka laksa Johor diorang.




Menu Hot Pilihan Ramai Kambing dan Beriyani.

Dan pastinya yang menjadi menu utama dan kata pemilik kedai ni menjadi pilihan ramai,serta cepat habis adalah set Beriyani yang di hidangkan dengan Ayam Masak Merah serta Daging Masala serta Kambing Grill dan Kambing Salai.Juga di hidangkan dengan sos black pepper yang sedap,memang cukup lengkap.Khabarnya ramai pelanggan yang ulang datang lagi kerana beriyani dan kambing diorang.Ini dah masuk tahun ke 5 mereka mengadakan Buffet Ramadhan setiap kali berpuasa.Sambutan memang baik setiap tahun,dan Cik Sue akuinya sebab pernah datang.















Buffet berbuka puasa murah dan berbaloi.

Bagaimana pula dengan harga buffet ramadhan ni? jangan risau,berbaloi-baloi sangat dengan menu yang di hidangkan,eh bagi Cik Sue cukup murah dah ni untuk menu sesedap ini.Dengan 33 sajian yang di hidangkan ,itu pun belum tentu habis korang try semua tau,hidangan kat restoran mewah pun dah lebih dari harga ni sepinggan kan,tu pun belum tentu sedap hehehheh.

Dewasa RM33.90
Kanak-kanak (7-10 tahun ) RM17.00

Murahkan? memang sesuai la kalau nak bawa satu family berbuka kat sini,masih mampu lagikan.Nak buat reunion atau gathering buka puasa dengan kawan-kawan pun ok tak la membebankan sangat heheheh.Bermula sekarang dah boleh booking tau untuk buka puasa.


Untuk tempahan boleh hubungi :

Pn Yan 019-2816308
Pn Ana 0122813848
Cik Ain 0136186825

Insta www.instagram.com/cafeceritakambing
Fb ;https://web.facebook.com/Cafe-Cerita-Kambing-جريتا-كمبيغ-Buffet-Ramadhan-Lunch-Buffet


Kami dah cuba,anda bila lagi.

Post a Comment

7 Comments

  1. sue..tlg sue..lapar ni..blanjo la cik nor..hihi

    ReplyDelete
  2. Salam kenal. Allahuakbar, terliur menitik ayaq liur tengok kambing tengah bakar. Kena cuba nanti ni :)

    ReplyDelete
  3. alahaii sedapnya semuaaa..haish nak kene terjah juga..

    ReplyDelete
  4. murahnya harga buffet ni ..makanan pn bnyk :)

    ReplyDelete
  5. Harga nya berpatutan laaa. .. Menu pun banyak pilihan. Bila laaaa nak sampai sini

    ReplyDelete
  6. Kafe ini dekat dengan pejabat saya sahaja. Saya mesti pergi try minggu ini sebab ia nampak sedappppp dengan kontraktor cat pejabat saya sebagai tanda terima kasih.

    ReplyDelete