Yeayyyyy,dapat kotak pink lagi,inilah benda yang Cik Sue sangat teruja kalau ia datang,surprise dari Althea selalu menyentuh hati gituuuu,selalu buat Cik Sue rasa di harga sebagai seorang wanita ewahhhh,amenda merepek ni Cik Sue.Ni ha,nak cerita la ni dengan korang,Cik Sue dapat kotak pink lagi yang berisi set penjagaan kulit terbaru dari Althea produk yang di yakini dari Korea ni.Cik Sue memang rekemen kalau korang nak beli produk penjagaan kulit ,badan dan makeup di laman Althea ni,memang best sangat.Eh nak tahu tak apa isi kotak pink kali ni? pi klik link video bawah ni dan tengok ye hehehhehee :
Amacam? menarikkan set skincare terbaru dari Althea ni? Cik Sue teruja sangat sebab packaging atau cara pembungkusan,botolnya sangat la cantik dan menenangkan jiwa,tema putih suci murni memang Cik Sue suka.Bagi Cik Sue kan sebenarnya untuk tampil cantik sebagai seorang wanita yang penting bukan makeup semata,kesihatan kulit tu dulu yang kena jaga dan pastikan bersih,sihat ,tulus mulus ye adik kakak hehehe,kalau kulit dah cantik flawless bak telur rebus di kupas,calit sikit je mekap pun dah cantik berseri.Tak mudah juga sebenarnya bila banyak step atau langkah yang perlu di ikuti untuk menjaga kulit wajah ni,tapi boleh je amalkan asas penjagaan wajah yang asas dan penting je,paling malas la kan ,kena juga cuci dan lembapkan kulit tu.Dan satu lagi bagi Cik Sue air masak kena minum banyak,baru kulit boleh cantik dan pulih dari sebarang masalah.
Haaa ni la dia isi kotak pink yang menggoda hatiku tu,ada 3 set sample pack skincare Bare Essentials terbaru dari Althea.1 cermin ajaib comel ,1 plak seramik Althea (boleh buat lapik mug panas ni hehehhe) 1 Contour Cleanser Bare Essentials, 1 Primer Water Bare Essentials dan 1 Fixer Cream Bare Essential.
Ye,set Bare Essentials ni simple je,ada 3 benda je untuk korang amalkan bagi mendapatkan kulit cantik glowing bak orang Korea,haaaaa tak nak keeee? Guna 3 step ni pun dah cukup,mudah je,kalau malas lagi tak tau la nak habaq cam na.Tapi kalau nak ikutkan set ni dah lengkap dah fungsinya untuk kulit muka kita ni,khasiatnya boleh mencantikkan kulit menjaga dan cukup untuk apa yang kulit perlukan.Set skincare ini lengkap sebagai rutin asas bagi kulit sihat dan berseri,bahannya mudah menyerap ke kulit tanpa menyebabbkan kerengsaan kulit wajah,dannnnn yang paling best harganya berpatutan sangat.Jom kita tengok satu-satu produk dalam set Bare Essentials ni :
Contour Cleanser
RM23.00
Langkah pertama kena la cuci muka dulu,dalam set ni ada pencuci muka yang berfungsi membersihkan sel-sel kulit mati dengan lembut sebab ada bahan ice plant yang dapat mengurangkan kesan kemerahan.Ekstrak Lemon Myrtle pula untuk detoks kulit korang,ni kiranya bahan untuk sental kotoran dan mencerahkan kulit la,oh ya pencuci muka ni juga boleh kecilkan bentuk muka tau,haaa mana yang tak mau muka kembang setaman tu sesuai sangat la guna yang ini hehehhhehe.Cik Sue pula suka pencuci muka ni sebab wangiiiii bau lemon memang jadi kegilaan Cik Sue,lepas cuci muka rasa segar sangat tambah-tambah kalau muka berminyak baru lepas buat kerja.
Primer Water
RM43.00
Langkah kedua pula ,lepas cuci muka,lembapkan wajah dengan primer water pula,ia 2 dalam 1 tau ,toner dan primer dalam satu botol,jimatkan? Berfungsi melembapkan wajah serta menaikkan seri wajah,lebih glowing la nanti dengan bahan snow lotus yang terdapat di dalamnya.Lembut je teksturnya,wangi dan segar je letak kat kulit muka,sapu dengan lembut sampai meyerap semua,tak perlu basuh ye,biar sampai menyerap.
Fixer Cream
RM50.00
Langkah ketiga,lepas primer water dan menyerap,sapukan pula Fixer Cream ni ke wajah korang,ia melembapkan kulit dan memberi penghidratan yang kulit perlukan selama 24 jam.Mengekalkan kelembapan,kesegaran serta kesihatan kulit sepanjang hari.Khasiat green tea memang tak asing lagi untuk kulit wajah kan.
Bestkan? 3 langkah mudah je,ala sebelum tidur pun sempat,kejap je ambil masa tuk dapatkan kulit cantik,sihat dan berseri.Kita orang perempuan ni kena la rajin sikit kalau nak nampak menawan tambah-tambah bila umur dah bertambah kan.Oh ya ,set limited edition macam Cik Sue dapat ni sementara stok masih ada ye,dapatkan di www.althea.kr dengan harga RM116 korang akan dapat plak tu serta cermin cantik (macam dalam gambar kat bawah ni ) tu tau,cepat-cepat dapatkan.
Cik Sue pun dah muka pakai,setakat ni Alhamdulillah suka dan ok je kat kulit muka Cik Sue ni,kita tengok nanti lepas sebulan dua macam mana hasilnya ye.Korang boleh dapatkan maklumat dan beli barangan dari Althea di link kat bawah ni,pi la klik boleh survey mana yang berkenan dan jangan lupa dapatkan Set Bare Essentials ni ye.
Jom cantikkan dan sihatkan kulit kita dengan produk yang bagus semulajadi.Love u Althea.
5 Comments
Wahhh bestnyaa ciksue
ReplyDeleteBila nampak ramai-ramai review produk ni, macam nak try pula.
ReplyDeletejue suka cleanser tu memang cuci mekap senang tau..
ReplyDeletedah separuh pakai ni..best gila
ReplyDeleteSampai ke korea (beli online) mencari produk skincare..
ReplyDelete