#Amaran entry panjang dah penuh gambar hehehhe
Hai korang,fuhh seminggu lebih blog bercuti,Cik Sue out of area la katakan,sakan berjalan ye,ok jom baca catatan family trip Cik Sue kali ni.
Hai korang,fuhh seminggu lebih blog bercuti,Cik Sue out of area la katakan,sakan berjalan ye,ok jom baca catatan family trip Cik Sue kali ni.
Sejak-sejak tak kerja ni,bukan semua benda Cik Sue boleh sembarangan guna duit.Kena berpada-pada berbelanja,maklumlah sorang je tukang "kais" yang nak di suap 3 mulut,yang nak di hulur lagi 2 belah hehehhe...
Tapi bagus jugak sebenarnya baru reti dan belajar uruskan kewangan dengan lebih teratur,Alhamdulillahhh dengan izin suami dan hasil simpanan Cik Sue sikit-sikit hasil blog dan jualan pavlova dan sambal, berjaya juga bawa ma abah jalan-jalan bercuti,ziarah saudara mara yang uzur dan balik kampung mereka.
Bagi orang lain mungkin nampak kecil,tapi bagi Cik Sue rasa dah bermakna sangat dah.Ye lah,bukan senang Mr D nak ambil cuti hampir seminggu,rela hati drive keliling dari Selangor-Pahang-Terengganu-Kelantan-balik semula ke Pahang.Bersyukur sangat bila dia tak berkira pun,ye la ni kan keluarga Cik Sue,dan bukan dekat tau nak drive.
Tambah bermakna bila ma abah dan adik-adik tersenyum gembira ,seronok dengan trip kali ni.Senyuman dan keseronokan mereka tu la yang sangat-sangatttt membahagiakan.Cik Sue tak de pendapatan tetap tiap bulan nak bagi mereka,tak de harta duit ribu riban tapi dengan cara macam ni je la yang mampu,gembirakan hati mereka.
Kuantan,Pahang.
Bermula dengan ke Kuantan,rumah adik lelaki sebab nak tengok cucu lelaki pertama ma abah yang lahir 3 bulan lepas.Hari tu masa bersalin ma abah dah pergi tapi tak dapat tengok sebab si Adib ni kena dok "dalam cermin" lahir tak cukup bulan,tu yang datang lagi sama-sama Cik Sue.Sempat juga jalan-jalan ke Teluk Cempedak sebelum ke rumah adik tu,saja bawa Humaira ambil angin petang.
Kuala Terengganu,Terengganu.
Tido satu malam kat rumah adik,pagi-pagi keesokannya kami bertolak ke Terengganu,sempat singgah ke rumah besan ma abah,ziarah mereka,ni mertua adik lelaki yang lagi sorang,yang follow Cik Sue trip kali ni.Mak adik ipar menjamu kami dengan Nasi Dagang original Terengganu,air tangannya sendiri.Kali pertama makan Cik Sue menambah 3 kali tau,memang sedap sangat,dah gerak dalam keta siap nyesal tak minta tapau hehehehe...kemudian singgah ke Kg Losong beli keropok lekor dan ke Masjid Kristal sebab ma nak tengok,dia tak pernah sampai.
Pantai Penarik,Setiu,Terengganu.
Kemudian kami teruskan perjalanan ke Penarik,Setiu,memang Cik Sue dah plan nak tidur semalaman di sini,bawa ma abah jalan-jalan makan udang celup tepung hehehe.Cik Sue sewa Homestay Penarik Baru dengan harga Rm200,memang selesa,nanti Cik Sue cite dalam entry lain ye.Memang berdekatan dengan pantai dan tempat makan,kami lepak dan rileks2 je kat sini,tak mandi laut pun,malamnya adik dan Mr D buat bbq.Makan sambil tengok tv.
Ayer Lanas,Jeli,Kelantan.
Esoknya pula lepas sarapan baki makanan bbq,kami bertolak ke Kg Ayer Lanas,Jeli tuk ziarah kakak abah yang dah uzur,abah yang kini tinggal 6 beradik dari 10 orang,memang susah sikit nak jumpa kecuali berkumpul masa kenduri-kenduri besar.Masing-masing pun duduk jauh-jauh antara satu sama lain.Harapkan anak-anak je la bawa dan jumpakan mereka.Syukur sangat kali ni dapat bawa abah jumpa kakak dia,last diorang jumpa masa kenduri kawin sepupu 2015.
Dulu-dulu masa belajar di Pasir Mas,kalau cuti Cik Sue suka datang sini perkampungan yang agak jauh dari bandar besar,udara segar,kalau pagi-pagi seronok dok kat tangga,tenangggg sangat dengan bunyi unggas.Dan dulu rumah kayu lama,kali ni datang dah renovate buat rumah baru,mak cik pun dah uzur tak larat nak naik tangga,rumah baru ni lantai simen semua atas tanah,senang la sikit.
Tidur satu malam kat sini bagi abah peluang berborak dan lepas rindu ngan kakaknya hehehhe.
Esoknya pagi-pagi dah bangun siap-siap dan sarapan,kami bertolak ke Rantau Panjang,jalan-jalan cuci mata dan usha apa yang patut.Tapi dah tak best sebab bazar yang dulu-dulu zaman belajar kat sana dah di robohkan peniaga pun dah tak ramai,diorang di beri lot kedai atau kiosk dalam bangunan baru.Kemeriahan tawar-menawar di bazar kayu dulu-dulu dah takde.Tapiiii kedai yang Cik Sue selalu beli barang ada lagi la,dannnn sempat gak terrrrrrbeli periuk cap buaya yang ada telinga tu 2 biji heheheheh,dah jadi mak-mak ni tak nampak sangat dah kain baju,nampak periuk belanga lak kikiki.Berkenan nak beli termos besar tapi tak muat space bonet keta la pulak heheheheh,Mr D jelingggg je hhahahahha.Eleh jeling-jeling dapat gak di jaket selai hihiii.
Dah habis pusing,tak lama pun,sebab tak tahan cuaca panas sangat dan dah lapar (Cik Sue lettewww heheheh) kami terus bertolak ke Kota Bharu untuk makan tengahari,dan memandangkan ma abah tak makan pelik-pelik Cik Sue terus cari nasi a dan destinasi popular tentunya Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan Kota Bharu,memang tempat popular ni,nanti Cik Sue detailkan kat entry lain ye.Cik Sue ambil gulai telur itik,ayam percik,ikan bakar tawar,ikan sumbat,ulam dan budu,ikan singgang,air 1 jag dan semua ni makan 7 orang tak sampai rm80 pun,tu pun dah habis makan Mr D tambah order air lagi,
Sempat juga singgah Pasar Siti Khadijah jap ,ma beli kain batik sarung,adik ipar dan adik jalan-jalan beli buah.Cik Sue pula beli rempah gulai kelantan je hehehheh kan dah kata sejak jadi mak-mak ni kurang dah nafsu kat kain baju,nampak keperluan dapur je hehehhe.
Perjalanan di teruskan ke rumah asal abah di Tumpat yang sekarang di duduk oleh keluarga arwah adik abah,sebelum tu sempat singgah kilang proses Serunding Daging/Ayam/Ikan.Cik Sue memang setiap kali balik Kelantan akan beli buat stok,dulu-dulu order ngan kawan tapi dia dah busy ni kebetulan balik pergi la cari sendiri,dok search serunding sedap tengok banyak rekemen kat sini katanya ok dan sedap.Terus waze kilang ni,sampai je rezeki serunding baru masak,panas-panas lagi,freshhh.
Habis jalan-jalan tuk hari tu,kami balik tidur kat rumah di Tumpat,mak cik takde nasib baik sepupu da ,kalau tak jenuh cari hotel lagi hahahhaa.Masing masih kekenyangan mkan macam-macam beli sambil berjalan so Cik Sue tak prepare masak,kalau lapar pun kedai banyak bungkus je heheheh.
Esok hari last kat Kelantan ,pastu lusa nak balik dah,esok nak jalan-jalan lagi.
Bangun pagi-pagi basuh muka gosok gigi kuar cari sarapan,kat sini tak leh lambat,kang sarapan ke mana ,nganga je la hehehe.Tapau nasi kerabu ,nasi berlauk,pulut pagi,menu sama tapi rasa tu lainnnnnnn sangat tau,ada specialitynya.Kami kalau balik memang takkan masak or prepare sarapan,bei je,nak apa semua ada heheh dah la murah ,sedap pulak tu,wat pe susah-susahkan ngeeee.
Siap sarapan,mandi dan siap-siap keluar ke Pengkalan Kubor,destinasi tentulah kawasan bebas cukai tapiiiiii beli coklat lebih seratus kena cukai hahahahha adik kena dia beli banyak.Cik Sue? jalan-jalan je beli nenas madu yang kecik-kecik tu sedap giloooooor,nyesal beli sikit hehehhee.
Siap tunggu yang lain shopping kami terus makan tengahari,Cik Sue dapat tahu restoran ni sebab serach nak cari pengusaha ikan kering,nak beli stok ikan kering yang baru jemur,sekali jumpa restoran ni yang hidangkan ikan bekok (ikan yg di jemur sehari dan isinya nak hancur,bila goreng rasa masin dan lemak-lemak) ala0ala ikan pekasam la tapi ni bubuh garam je dan jemur sehari,pastu goreng garing-garing.Dalam tengahari yang panas tu terasa nikmatnya makan di tambah lauk lain fuhhhhh,bertambah.Nnati kat next entry Cik Sue cite eh.
Lepas makan kami ke Pasar Besar Tumpat yang berpindah ke tempat baru,Cik Sue beli keropok segera ole-ole untuk budak opis Mr D dan kakak ipar kirim.Adik ipar dan ma shopping buah-buah dan makanan kering.Lepas tu terus ke Pantai Geting tuk lepak-lepak petang dan lepaskan dak kecik 2 orang tu main air dan pasir hehhehe seronok Auni dan Humaira.Mulanya nak lepak Pantai Sri Tujuh tapi laluan kereta ke tepi pantai di tutup,tak tahulah kenapa.
Bila lepak pantai ni,ma la yang paling seronok sebab dia memang suka pantai,ambil angin,kutip kulit kerang katanya zaman-zaman takde anak berdating ngan abah tepi pantai la bila balik kampung hehehhe terkenang la tu.Abah pula laut memang dunia dia dari kecil lagi,umur 12 tahun dah ke laut cari rezeki,jaga mak dia dan adik-adik lepas ayahnya meninggal,dari berbot kecil sampai la jadi nelayan pukat tunda keliling semenanjung,bila dapat kerja KTM umur 25++ barulah dia naik ke darat,tu pun tiap tahun tetap akan ke laut,mencandat la,ikut adik beradik ke laut,tetap di hati dia la laut ni,sebab tu jangan kelentong pasal ikan ngan abah hehehehehe.
Berakhirlah percutian jimat kami sekeluarga hehehehe,esok paginya kami bertolak balik ke Pahang,singgah tidur rumah abah dulu di Kuala Lipis satu malam,baru balik Dengkil.Syukur Alhamdulillah di permudahkan urusan dan perjalanan yang lancar,yang penting semua happy dan puas hati.Masing-masing dapat yang di mahukan.Insya Allah andai ada rezki lagi,next family trip pulak.Doakan ye Cik Sue dapat gembirakan abah dan ma lagi.
3 Comments
testting
ReplyDeleteselamat berjalan-jalan! best shoping!
ReplyDeleteSakan sungguh ciksue jalan jalan dengan family.
ReplyDeleteAlang alang berjalan biar puas hati ye tak.
Menarik tempat perjalanan kali mi ciksue.