Percutian Akhir Tahun di Felda Residence Hot Spring Sg Klah,Sungkai,Perak.

Alhamdulillah penghujung tahun lepas berjaya juga ajak Mr D bercuti,Cik Sue dah kesian sangat tengok dia stress dengan kerja yang tak habis-habis,balik rumah pun stress huhuuu.Sebagai isteri tersayang mesti la rasa terganggu juga kan.Balik kerja je monyok,muka tension je.Dan syukur Alhamdulillah sangat bila Big Brother ni beri peluang dan menjemput kami sekeluarga turut serta bercuti di Felda Residence Hot Spring Sg Klah yang di taja oleh pihak Ilham Pintar semoga murah rezki mereka berlipat kali ganda.Nak ikutkan kami ni tak mampu nak bercuti jauh-jauh yang memerlukan kos gini,nak kena mengumpul dulu la jawabnya,jadi plan asalnya paling-paling pun balik kampung je la atau piknik dekat-dekat,maklumlah sorang je tukang "kais" sekarang huhuuu.


Tarikan kolam air panas dalam ladang sawit

Mula-mula tahu nak datang sini Cik Sue agak teruja juga la,sebab jarang nak bercuti dalam kawasan ladang sawit hehehhe,ye la FELDA kan,sinonim dengan sawit,bila google rupanya ada kolam air panas lagi la teruja nak merasainya.Orang kata kolam air panas ni banyak khasiatnya,haruslah tak sabar nak mencubakan.Kami menginap di sini 3 hari 2 malam,memang puas la.Hari pertama sampai Cik Sue dah suka kawasan ni,rasa nyaman je sebab banyak pokok hijau.Lokasinya korang ikut je highway atau lebuhraya ke utara selatan dan exit tol sungkai nanti ada signboard follow je,nak senang waze je henpon canggih kannnn hehehehhee.

excited terlebey explore tempat baru
Kami sampai dalam pukul 1 petang lebih kurang,sepatutnya checkin pukul 3 petang tapi kebetulan bilik dah siap di kemas,staf kat kaunter pendaftaran tu terus bagi kunci,Alhamdulillahhh syukur boleh rehat awal,kekenyangan makan tengahari lauk sedap tengah jalan nak datang mata pun dah layu.Staf pun mesra pelanggan dan tak banyak songeh.

nampak seketul dak kecik tu menikmati percutiannya hahhahah
Alhamdulillah biliknya ok je,kemudahan lengkap dengan seterika dan papannya (penting bagi Cik Sue hahhaha) ada mini peti ais,penting juga sebab Cik Sue suka bawa makanan hehehhe tak habis bolehlah simpan,pengering rambut,pemanas air macam biasa la di sediakan.Bilik juga bersih dan tak de bau-bau yang kurang menyenangkan.Cuma karpet ada kotor sikit-sikit dan dah "mati" orang kata karpetnya,kalau jatuh sakit gak la terutama anak kecil dan baby.Yang lain-lain ok je,sesuai la dengan harga RM180 satu malam.





Oh ya! kalau nak tambal tilam extra kena bayar RM20,tapi tilam nipis yang lipat-lipat tu je la,kalau anak kecil dan ramai baik bawa toto sendiri sebab ruang depan tv tu luas boleh hampar golek-golek tengok tv ye.Selimut extra pun kena bayar rm5-10 lupa dah,tapi kain nipis cam cadar biasa je.Pasal tilam extra tu korang boleh baca kat SINI ye.

2 ketul anak beranak yang excited hehehhe


Kemudahan di Felda Residence Hot Springs.

Di sini penginapan yang di sediakan ada 2 jenis je,iaitu bilik Deluxe dan Villa yang lengkap dengan dapur dan Jakuzi.Villa tu ada yang 1 bilik,2 bilik,3 bilik dan 6 bilik,memang sesuai la nak bawa satu family berehat dengan tenang kat situ.Yang Villa tu siap ada jakuzi kat dalam,jadi aurat keluarga perempuan lebih terjaga la,boleh berendam malam-malam pun ok hehehhe.

Hari pertama sampai petang tu Cik Sue dan family jalan-jalan je dulu pusing-pusing kawasan,melawat kawasan kata orang,malas nak berendam lagi,esoknya la sesi rendam-rendam.Luas juga kawasan ni,sekeliling pun cantik dan bersih,banyak pokok-pokok sawit dan taman permainan kanak-kanak.Memang sesuai untuk keluarga,jangan risau sesat sebab ada peta dan papan tanda ,boleh tengok dan baca ye.

apa-apa tengok peta dulu nak pusing ikut mana hehehe

ini bilik-bilik yang kitaorang duduk.Villa tak sempat amik gambar jauh sikit kedudukan.

Haaa tu cafe depan tu taman permainan.
Sempat pusing-pusing banyak juga kemudahan kat sini,dari bilik ke kawasan kolam air panas tu akan lalu cafe di sebelah kanan,jalan dalam 100 meter dah masuk pagar kawasan kolam nak rendam-rendam.Kolam air panas ni semulajadi tau,jadi tempat berendam di buat ikut tempat mata air panas yang keluar dari perut bumi tu.Dan kolamnya mengikut suhu-suhu tertentu air,Humaira siap berendam dekat kolam suhu 30 darjah celsius tu selamba je hehehee.

kolam bertingkat ni tak leh mandi hiasan je,panas tau airnya.


Mula-mula masuk ada kolam besar ni air dia suam-suam kana-kanak pun boleh mandi dan berendam,mak bapak pun boleh join sekali,makanan tak boleh bawa masuk ye dalam kawasan ni,ada pagar dan pengawal jaga.Jangan risau kalau nak simpan beg atau barang berharga ada loker berkunci di sediakan.Kalau bawa bekal makanan ala-ala piknik tu boleh makan kat pondok atau gazebo kat situ ye.Oh ya ,kolam air panas ni kalau nak piknik pun boleh datang balik hari la,datang pagi-pagi berendam bawa makanan semua.

loker di sediakan
gazebo atau pondok di sediakan.


Yang ni pulak kolam biasa tuk kanak-kanak,air klorin biasa je tapi best la tengok anak-anak main kat sini,lebih terkawal sebab air cetek dan kawasan kecil je.Humaira seronok sangat main kat sini,basah-basah,panjat-panjat.Seronok betul dia ,siap tak mau naik.

Oh ya,air panas sini ada satu kolam suhunya siap boleh rebus telur tau,tapi telur kena beli kat sini.Korang bawa nasi lemak tak yah bawa telur,rebus kat sini je hahaha.Bawa bekal nasi ke makanan siap-siap boleh lepak kat gazebo makan ngan telur rebus.




Untuk mak bapak atau dewasa yang nak ekstrem sikit boleh ke kolam hujungggggg sekali ye,ha ni bukan kolam air panas tapi kolam biasa ada air pancut ala-ala themepark tapi tak sebesar tu la,ada slide semua,kanak-kanak boleh je masuk cuma mak ayah kena pantau la,ada kawasan air agak dalam.


kawasan mainan kanak-kanak pun banyak yang kering.


Tempat makan dan Cafe




Tentang makanan ,kalau menginap kat sini macam kami ada pakej sarapan,kami tak amik makan tengahari dan malam jadi tak tahu la macam mana kan,Untuk sarapan ok la tapi menu tak banyak pilihan,menu biasa-biasa je,macam nasi goreng,mee mihun nasi lemak roti canai air pans dan sejuk,bubur ,manisan .Yang biasa-biasa je macam makan kat kedai jugak.Bukan la taraf 5 bintang punya hotel ye.

Untuk makan tengahari dan malam kalau menginap kat sini ,yang di Villa tak de masalah ada dapur boleh masak je,bawa je bahan-bahan mentah sendiri,peti ais pun ada,senang tambah-tambah yang datang family ramai.Tapi kalau nak makan kat luar pun tak de masalah,cuma jauh sikit nak keluar,kalau malam gelap sikit jalan masuknya.Menjelang maghrib tu agak seram sikit la kawasan hutan kan.Macam Cik Sue menginap kat bilik bawa periuk doraemon kecik tu periuk letrik boleh la panaskan kuah spageti yang bawa dari rumah,lagipun ada peti ais beli makanan dah masak simpan je ,nanti panaskan balik hehehehe.

Berendam di Hari Kedua

Jadi hari kedua,lepas sarapan je kami terus menuju ke kolam nak berendam,pakai baju nak mandi siap-siap,pergi sarapan dan terus ke kolam.Humaira lak dengan baju tidur turun berendam,tak sempat nak beli baju mandi tuk dia,maklumlah kali pertama bawa di main air gini kikiki.Alhamdulillah pengawal tak bising pun ,ok je sebab baby lagi kan agaknya la.




Rendam kaki dulu kolam air panas suhu 30 darjah celcius ni,pagi kan sejuk agi memang syok la berendam hehehhee.Humaira pun masuk berendam kolam ni,nyaman agaknya.Padahal jat rumah memang tak pernah ajar mandi air panas,pagi-pagi hari pun mandikan dengan air sejuk je dari lahir lagi.Kolam ni ada 2 3 biji jadi boleh la pilih nak lepak kat mana tapi kongsi-kongsi la ye,bukan satu kolam tuk korang je.




Lepas tu baru kami ke kolam yang ada slide-slide tu ,best jugak terutama tuk dewasa la,kolam lebih dalam dan ada slide-slide,seronok la nak berenang bagai.Mr D pulak yang terlebih excited ahahahha,dia pun dah lama tak berenang dulu rajin juga pergi kolam awam kat Putrajaya tu.
Humaira pun bukan main lagi dia siap marah bila bawa naik,sampai gigil-gigil sejuk hehehee.







Nak balik tu sempat lagi berendam balik kat kolam air panas,balik bilik je makan dan lena sampai petang hehheehe,memang rileks sangat.Banyak khasiat air panas tu,ada pakcik tu siap tunjukkan cara guna lumut dalam airpanas tu tuk cantikkan kulit lagi tapi Cik Sue tak sempat nak cuba,ramai pulak masa tu kikikiki.

Percutian yang tenang

Alhamdulillah berjaya juga Cik Sue dan keluarga bercuti dan merehatkan minda di hujung tahun.Semoga dapat segarkan otak dan semangat baru di tahun 2018 ni untuk en suami bekerja dan Cik Sue juga di rumah.Ye la ingat suri rumah tak stress ke hahahhahaa.


p/s :
Tapi ni dah rasa cam nak gi bercuti lagi je hahahhaa abislaa tapi percutian bajet je la yang mampu,jauh-jauh atau oversea kena simpan duit la huhuhuuu.

Post a Comment

14 Comments

  1. Musim hujan ni syok pergi..hehe. Lynda pernah pergi tahun 2010. Nampak mcm dah tambahbaik ni.

    ReplyDelete
  2. Anak² kak nina suka darang sini. Enjoy depa! InsyaAllah nanti nak datang lagi ...

    ReplyDelete
  3. bestnya bercuti..hehehe berendam dalam kolam air panas to syok

    ReplyDelete
  4. best best.. seronok betul nampakny asue sekuarga bercuti

    ReplyDelete
  5. dkna pernah p sini zaman bujang dulu tapi jadi urusetia kursus.. feeling nak holiday tu tak de sebab kalut urus orang lain kursus hahahaa

    ReplyDelete
  6. cam best jer g sini, nt nk bawa family holiday ke sini

    ReplyDelete
  7. Kak Sue pernah datang sini dua kali kut, tapi datang mandi manda ja sebab dekat aja ngan rumah mak Abang Man..

    ReplyDelete
  8. seronok Maira ... best kolam depaa

    ReplyDelete
  9. menarik juga yer sungai klah nie..dah lama ada dalam list cuma tak sampai-sampai je lagi hehe

    ReplyDelete
  10. Terima kasih. Saya tak tau tempat ni sebelum baca entry ni. Menarik jugak dgn harga tu saya rasa berbaloi terutama dapat hilangkan stress sekejap.

    Se ketul tu comel tergolek atas katil. Thnka.

    ReplyDelete
  11. The basic insurance needs for anyone owning wallich residences properties is general liability coverage, in case of tenant injury or losses caused by: fire, wind, storms, theft, and malicious damage or vandalism by the dwelling's tenants. Additionally, depending on the location, flood insurance is recommended. marina one residences

    ReplyDelete
  12. Having reliable leads will definitely result in more clients, more sales, and more money made in commissions. Purchasing them, advertising for them, or getting them from your network is all great ways go get leads that all have their own strengths and weaknesses. avenue south residence

    ReplyDelete