Syampu Shurah Ariana selesaikan masalah kelemumur wanita bertudung.

Alhamdulillahhh,dah selesai masalah kelemumur Cik Sue baru-baru ni.Tak lah teruk mana tapi gatal juga la kepala,tambah-tambah bila seharian keluar rumah dan tak buka tudung.Ada kawan cadangkan Cik Sue guna Syampu Shurah Ariana ni,memandangkan tak la mahal mana jadi Cik Sue cuba la,mulanya nak beli yang rawatan untuk kelemumur je ,tapi memandangkan Mr D ada masalah rambut gugur dan adik ada masalah rambut kering,Cik Sue borong la satu set terus.Senang cerita ,semua boleh cuba dan tengok berkesan atau tidak.Alhamdulillah rambut Mr D pun dah kurang gugur,dah tak banyak kat bantal bila bangun tidur.Adik je Cik Sue belum tanya ok ke tak syampu ni dengan dia.Eh tapi kalau nak beli satu-satu pun boleh je hehehhe.


Syampu Shurah Ariana


Koleksi syampu Shurah Ariana ni ada 4 jenis dengan fungsi merawat masalah yang berlaianan khusunya untuk wanita berhijab atau bertudung iaitu :

1. Botol Pink - Lembut Dan Bersinar atau Smooth & Silky Hair, dirumuskan dengan pati buah tin dan delima yang membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran. Kandungan bahan antioksidan yang tinggi memelihara kesihatan kulit kepala walaupun berhijab sepanjang hari.

2. Botol Hijau - Anti Kelemumur atau Anti Dandruff, diformulasi dengan bahan aktif Octopirox dan Menthol dapat mengurangkan masalah kelemumur melalui pengawalan minyak berlebihan, mengoptimumkan tahap sebum serta melindungi dari unsur-unsur luar. Kandungan menthol di dalam syampu ini juga membuatkan kulit kepala dan rambut anda kekal sihat, menawan dan segar sepanjang hari.

3. Botol Oren- Rambut Kering & Rosak atau Dry & Damaged Hair, diadun menggunakan ekstrak minyak Argan, minyak Jojoba, Vitamin A, B5 dan E yang berupaya membekalkan nutrisi mencukupi untuk mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut lebih lembut, subur dan bermaya. Vitamin A memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut. Vitamin B5 menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur, membantu mengawal kerosakan rambut akibat terdedah kepada panas dan mengurangkan masalah rambut bercabang. Vitamin E pula mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya.

4. Botol Biru - Kawalan Rambut Gugur atau Hair Fall Control diperkaya dengan protein dan minyak zaitun untuk menguatkan, memperbaiki serta melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat. Kandungan minyak zaitun membantu mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. Bahan anti oksidan pula menyubur dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan kelemumur.




Bagi Cik Sue berbaloi beli syampu ni,harga mampu milik,dan memang menyelesaikan masalah rambut Cik Sue dan Mr D,walaupun Mr D tak berhijab ye hehehe tapi dia kan pakai helmet berulang kerja dengan motor dan bila keluar ke site pakai topi,mungkin itu la penyebab rambutnya rosak dan gugur.Alhamdulillah syampu ni sesuai dengan kami,tapiiii bukan la pakai dua tiga kali je terus nampak perubahan ye,Cik Sue pakai lebih 2 minggu baru terasa perubahannya.Hilang gatal-gatal dan kelemumur dah kurang,jadi akan teruskan pakai lagi sampai habis sebotol ,kalau betul-betul berkesan,Insya Allah akan beli lagi.Cik Sue guna selang sehari dah hampir 2 minggu sekarang.


Syampu ni tak mahal sangat pun,masih mampu beli la dalam keadaan ekonomi begini  RM12.30 untuk 330ml dan RM7.90 untuk 170ml korang boleh dapatkan kat pasaraya atau kedai-kedai terdekat ye.Atau pun kalau nak maklumat lebih lagi tentang syampu ni boleh klik link kat bawah ni ye : 

Facebook Shurah Malaysia : https://www.facebook.com/ShurahMalaysia/

Instagram : https://www.instagram.com/shurahmalaysia/

follow hashtag #shurahmy #shurahariana #shurahmalaysia #shurahpencerah

Untuk pembelian di dalam talian: http://www.jetaine.com/shop/

p/s :
Produk Shurah memang best,halal dan di percayai,dah lama pun kat pasaran,dari zaman Cik Sue sekolah lagi.




Post a Comment

12 Comments

  1. Produk Shurah dijamin halal. Dulu pakai untuk wanita je. Ni lelaki pun boleh pakai. Bolehlah nak cuba sebab seharian pakai tudung kan..

    ReplyDelete
  2. Wah.. Ty tak bertudung pun kekadang rembat guna aje yg mummy punya bila lik Penang. Wakakaka...

    ReplyDelete
  3. sesuai untuk org bertudung erk... nnt boleh try tgk ...

    ReplyDelete
  4. ariana??? teringat kat ariana ross. hehe

    ReplyDelete
  5. saya tak dapat bayangkan Mr.D berhijab..

    terasa lawaknya hehehehe

    ReplyDelete
  6. Kekya suka gak guna syampu shurah..bau dia best..wangi sangat..

    ReplyDelete
  7. K.Sal nak try jugakla...kengkawan opis pun kata bagus syampu Shurah ni..

    ReplyDelete
  8. dkna ada kelemumur...patutla gatal semacam kepala huhuu

    ReplyDelete