Philips Pressure Cooker HD2136 : Hadiah Istimewa Encik Suami.

Ini bukan review berbayar eh haaaa.Dah lama sebenarnya teringin periuk tekanan atau pressure cooker ni,sebab Cik Sue suka makan daging dan sangat kecewa bila masak daging tapi liat.Sama juga ayam kampung ke ,ayam pencen ke.Jadi dalam kepala dok fikir kalau ada periuk ni,mudah la lembutkan menu-menu kegemaran Cik Sue tu.

Awal-awal kahwin dulu pernah suarakan kat Mr D berkenan dengan noxxa tapiiiiii hurmmmm agak mahal bagi kami.Tapiiii Cik Sue tak putus asa,dok la survey jenama lainLama jugak la memendam rasa kikiki.Kebetulan lepas raya baru gatal pi godek-godek Lazada,ada pulak sale periuk tekanan ni tapi jenama Philips la,dekat seminggu jugak Cik Sue dok usha ,kaji semuanya.Kemudian baru la bagitahu Mr D dah berkenan.Apa-apa kena tanya en suami dulu,bukan control atau kedekut,yang penting apa-apa bincang walaupun hal kecil hehheehe.

Jadinyaaaaaa,belilah periuk itu.Cik Sue amik yang 5 liter je.Cukup la kami anak beranak,nak guna sendiri je.Bukan nak buat bisnes atau kenduri pun.Warna Silver model HD2136 ,dia ada jugak yang brown 6 liter,7 liter ,ikut poket masing-masing la.

ni la dianya hhehehhe
Ikutkan harga tanpa diskaun kat situ Rm500++ tapi sale dapat la RM299 dengan hadiah bekas tupperware boleh masuk microwave sebiji hehhehe.Order hari Khamis tak silap,Isnin depannya dah sampai.Cepat,yang hantar syarikat NinjaVan,agak baik,siap call dulu.



Tunggu Mr D balik ,bukak depan dia.Pastu dok study user manual macam mana nak guna sambil-sambil search kat google review blogger dan masuk group kat facebook,senang sikit nak tanya apa-apa kan.Dah siap baca semua ,tolak tepi dulu sebab tak tau lagi nak masak apa.Lepas tu haaaaa samai hari ni,boleh kata tiap-tiap guna,sangat la mudah.Kenapa Cik Sue suka periuk ni :

1. Cara penggunaan yang mudah,banyak fungsi dan pelbagai.Tak payah beria-ria nak hafal atau nak tulis step.Kebanyakannya mudah je asalkan kita faham konsep periuk tekanan.

2. Jimat masa.Bila memasak,dah tutup periuk tu sementara tunggu masak,Cik Sue sempat la buat kerja lain atau mandi siapkan anak ke,solat ke.Sebab tak yah risau takut hangus ke apa,cukup masa dia stop sendiri,bukak nanti amik makan je hehhehe.Tambah-tambah ada anak kecik macam CikSue ni,dah beberapa kali hangit lauk gara-gara tinggal "kejap" katanya.huhuuu.

3. Dapur lebih bersih.Yeaaaa yang ni sangat la suka,sebab dah masuk dalam tu semua tutup,tak de la terpercik ke apa ke.Senang.

Apa yang Cik Sue dah masak? Haaaa jom tengok :

Resepi Gulai Darat/Kawah Daging ala Kelantan Dengan Philips Pressure Cooker

Resepinya Cik Sue guna resepi Kak Azlita ni

Caranya :
Letak periuk ,tekan bake,chop,jangan tutup periuk,tumiskan bahan kisar,rempah gulai darat,kerisik dan gula melaka.Tumis sampai naik minyak.
Masukkan daging dan semua bahan lain termasuk santan.Off periuk,tutupkan ,alih knob atas ke seal supaya wap tak keluar.tekan beef dan tekan start.Tinggal je.
Dah siap,bukak masukkan garam dan perasakan,tutup balik.Nak makan dah boleh ambil.
Mudahkan? Cik Sue buat cair sikit sebab Mr D nak makan berkuah.

Gulai darat Daging ala Kelantan


Resepi Pasta Spiral Goreng dengan Philips Pressure Cooker

Ini resepi campak-campak je ni :

Spiral pasta goreng
Bahan
Blend/tumbuk/cincang
Bwg merah
Bwg putih
Tomato
Bwg besar

Bahan lain
-Sayur ikut suka
Biasa buh brokoli/kubis/karet/bungakobis/mushroom/buah zaitun jeruk/cili padi ketuk kalau suka pedas
-tomato puri/sos tomato
-parsley kering dlm botol(kalau ada)
-Pasta spiral tak payah rebus
-Daging cincang/daging burger potong kecik2

Cara
-tekan bake,tekan chop,masukkan minyak,tumis bhan blend,masukkan tomato puri and semua bahan kecuali pasta
-biar daging masak,tambah air skit ye.
-agak2 dah masak daging,masukkan pasta.
-tambah air 2 cawan gaulkan dan tutup ,tekan off,tekan rice tekan start.
-dah masak hidangkan je.



Resepi Sup Kambing ala Mamak.

Cik Sue ikut resepi Cik Mat Gebu,korang search kat blog dia je.
Cara masak Cik Sue tumis je dulu semua dengan mode bake ,chop,pastu off,masukkan daging dan kentang n sayur-sayur ,tutup periuk tekan beef dan start.mudah je.


P/s:
Tq so much muahhhh2 Mr D,kira ini hadiah besday gak la sebab tak bagi hadiah lagi kan hehehhehe.
Alhamdulillah setakat ni dia pun suka,maklumlah sebelum ni susah nak makan daging sebab liat sekarang dah boleh makan dengan senang.Semoga Cik Sue terus rajin ehehhehe.

Post a Comment

13 Comments

  1. nak kna g umoh mek sue ni..dia msk sdap2..hihi

    ReplyDelete
  2. Senang kan Sue dengan periuk Philips pressure cooker nie.. kerja jadi senang dan cepat..

    ReplyDelete
  3. banyak jugak masakan yang boleh guna pakai pressure cooker ni. menarik2

    ReplyDelete
  4. femes la pressure cooker ni.. ramai yang guna

    ReplyDelete
  5. Wahhh murahlah! Lama jugak mengidam nak periuk camni, tapi nak beli Noxxa tak mampu jugak. Kumpul duitlah dulu, nak beli camni jugak!

    ReplyDelete
  6. berbaloi duit membeli nyer kan :-)
    aida now dah jarang masak guna dapo. semua if can nak guna pressure cooker tau.
    alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. wahhhh...sweetnya laki akak... hihihi

    ReplyDelete
  8. Auchh makin bambam abe edy opss haha

    ReplyDelete
  9. nk beli.. tp tapii bila ntah nak masaknya hahaha

    ReplyDelete
  10. Wahh teringin gak ada pressure cooker.. kena kumpul duit ni.. bila nak rasa lagi kaksue masak ni hihi..

    Yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  11. pergh makin rajin masak la ni..hehee

    ReplyDelete