Hai korang,macam mana puasa setakat ni? Cik Sue Alhamdulillah masih meneruskan perjuangan walaupun gigil gak lutut mula-mula sebab susukan Humaira puasa kali ni,Awal-awal puasa agak mencabar la,dia punya lapar dan dahaga sampai rasa nak merangkak gak la hahahha,tapi hari ke 13 ni ok dah,dapat rentak dah.Alhamdulillah ,Allah mengizinkan.
Oh ya! Nak cerita dengan korang ni,dari mula puasa hari tu Cik Sue amalkan minum cuka epal (Apple Cider Vinegar),banyak khasiatnya tau.Sebelum ni beli untuk abah je tuk kurangkan kencing manis dia sebab membantu merendahkan paras glukosa dalam darah,Abah dok kata sedap,siap buat kordial buh ais lagi,Cik Sue pun cuba la.Cik Sue amalkan Apple Cider Vinegar with Natural Honey keluaran Surya.
Tapi Cik Sue cuba bukan untuk kencing manis tau,sebab nak kurangkan batuk.Lama dah Cik Sue ni kalau batuk dah macam orang kena batuk kering,tapi bukan la setiap hari.Pastu kejap kena kejap hilang,kekadang kalau batuk depan orang naik segan pulak,sampai pedih dada.Macam nak terkeluar anak tekak.Alhamdulillah,dah seminggu amalkan,mula berkurangan dan kalau batuk pun tak seteruk selalu.
Rupanya banyak khasiat lain Cuka Epal ni,Cik Sue je yang tak nak ambil tahu sebelum ni,sekarang dah tahu memang akan guna dalam kehidupan seharian la heheehe.Setakat yang Cik Sue amalkan dari hari pertama puasa,kurang rasa lapar yang membawa kepada pedih perut.Lapar tu rasa la cuma tak de la rasa pedih perut atau sampai berbunyi-bunyi gitu.Dan rasa lebih bertenaga sepanjang hari,bolehlah uruskan anak,buat kerja rumah,keluar cod sambal,memandu ke kedai cari barang.Kurang rasa lembik letih tu,tak de la melepek sangat berpuasanya.
Dan kesan yang paling Cik Sue rasai,"membuang" bahan kumuh sangattttt la lancar,haaaa penghadaman la.Cik Sue ni dah la ada masalah tu,kekadang 2 hari sekali.Sekarang paling kurang sehari sekali wajib.Lapang je dan sihat je rasa hehheee.
Dan kalau korang nak tahu Cuka Epal ni boleh di gunakan sebagai bahan dalam masakan,contohnya dalam acar,atau ayam masak merah menggantikan asam jawa,ni tips dari Chef Wan tau.Cik Sue pun ada guna buat masak taucu hari tu sedap gak,dalam acar pun dah try,dan lebih sedap.Masam dia lebih ringan rasanya dari guna cuka putih biasa yang boleh pedihkan perut tu.
Cik Sue amalkan 2 sudu campur dengan 180ml air setiap kali berbuka dan sahur tapiiii kekadang rasa tak kaw tambah je sesudu lagi hehehe,baru la sedap,masam-masam manis sebab dia ada madu tau.Tak perlu risau tak de bahan pengawet dan cuka keluaran Surya ni HALAL.Dannnnn yang pastinya tak mahal,itu yang penting hehehhhe,ye la beli mahal-mahal kalau tak berkesan buat apa kan?
Kalau korang nak cuba boleh beli kat Watsons pun ada,murah je RM21 je sebotol.Mampu milik kan? tak pun pi beli kat Lazada atau Shopee.
Kalau nak tahu maklumat lain korang boleh ke FB dan IG diorang ye :
p/s : Dah tinggal separuh botol ni,nak suruh Mr D beli la bawa balik kat abah dan buat stok kat rumah ni.
4 Comments
Memang banyak khasiat cuka epal ni, nanti lepas bersalin nak amalkan jugaklah.
ReplyDeletetengok guardian tak ada, ada di watson rupanya, kawan cakap bau dia macam tak best sangat tapi elok untuk kesihatan, nak try juga nti
ReplyDeleteramai ambik ni ye..macam nak cuba
ReplyDeleteeh betul laa...sejak amalkn mmg xde la rasa pedih² perut ke apa...sbb kita mmg ada gastrik...Alhamdulillah...:)
ReplyDelete