Diy : Tabung dari tin kopi

Korang selalu tak kalau mengemas rumah,ada barang yang sepatutnya di buang atau di dermakan atau di kitar semula tapi masih nak simpan padahal tak buat apa-apa pun,mesti ada kan.Maknanya barang masih elok tapi korang sekadar simpan tak guna dan tak buat apa pun  dengannya.Haaaaa Cik Sue cam tu la,dengan alasan sayang nak buang ,konon suatu hari nak guna,konon nanti nakbuat diy atau nak gubah-gubah buat apa-apa.Berangan je la,rasanya tak sampai 10% pun barang-barang tu bergerak,tapi simpan dah separuh stor macam kedai kitar semula atau kedai besi buruk dah hahahhaha.Sekarang dah nak masuk Ramadhan ,tak lama lagi dah nak raya,Cik Sue pun sibuk misi mengemas rumah,dengan tekad nak mansuhkan/sisihkan/buang/derma/kitar semula barang-barang yang penuh rumah ni.
Kami ni laki bini sama je part ini,suka sangat simpan benda-benda ta berfaedah hahahaa,ada faedahnya tapi tu la kekononnya semua tu buatnya tak jugak hahahha.Dok kemas-kemas ,yang ni je la Cik Sue rajin sikit nak buat,sebab mudah je.Tin serbuk kopi ni Mr D la yang simpan,nak buang sayang,so nak buat tabung je la isi duit Humaira,memandang dia je tak de tabung lagi.

ni ha tinnya,kat dalam dah di bersihkan dah

Tak de la pakai banyak barang pun,masking tape dan printed tape je,kebetulan ada kat mejatulis terus buat.Tin tu Cik Sue lilit dengan masking tape dulu sebab printed tape tu nipis nampak lak tulisan kat tin tu.

lilit dulu ngan masking tape
Dah siap lilit ngan masking tape baru tindihkan dengan printed tape tu,lilit sekeliling jangan sampai nampak masking tape tu ye.Lilit kemas-kemas.

okey dah siap
Okeyyyy dah siap,sepatutnya nak buat lubang tuk masukkan duit kat penutup tin tu,tapi cari alat tak jumpa lak,jadi kita biarkan macam ni dulu,nak isi duit bukak je penutup tin macam biasa.Selain buat tabung boleh gak isi biskut ke,cookies ke,kalau banyak-banyak tin ada ,buat cam ni.Susun jadi bekas kuih raya pun ok apa,baru la rare hahahha,jimat.Kikikiki.

K bye ,nak sambung ngemas,membuang dan mengedit rumah hehehehe.daaaaaa....



Post a Comment

4 Comments