Tips / Petua Mencuci Minyak dan Telur Mentah Tumpah.

Hari Ahad semalam,satu hari kat rumah je tak keluar mana-mana,tak balik rumah mak juga.Semata-mata nak mengemas ala-ala monthly cleaning la.Dapur dah macam apa je,dengan sawang,dengan berminyaknya.Dengan lantai tak bermop,alang-alang tak kemana,Mr D pun ada kat rumah,mari la memulakan misi,sambil-sambil buang apa yang patut dan tak perlu tu kan.Humaira pun behave je,tidur ikut time sempat la ibunya buat kerja dengan tenang.

Selalunya bahagian dapur la paling penat nak mencuci.Dengan percikan minyak,habuk sisa makanan,kena pulak tertumpah minyak atau telur pecah kat lantai,alahaiiiii boleh stress di buatnya kan? sambil-sambil mencuci sempat la up status kat Facebook kot-kot ada cari paling mudah dan berkesan nak cuci kan.Tapi dapur Cik Sue cuci tak de la tumpah minyak atau telur pecah pun,cuma terfikir je la.hehehhe..responnya? ha tengok screenshots ni : 


Ada yang kata tekap pakai surat khabar untuk minyak,ada kata lap pakai tisu untuk telur.Tapi part telur tu dah bersih pun kekadang ada bau kan,hewwww tak tahan wooo...Jom tengok petua yang Cik Sue dapat dari ma dan makcik-makcik.

1. Guna pasir.
Taburkan pasir atau tanah yang halus ke atas minyak atau telur,biar serap,kaut letak dalam penyodok sampah atau plastik sampah,lap dengan kain dan sabun.

2. Guna Tisu dan limau.
Tekap tisu dan kaut telur yang tumpah,lap dengan kain bersabun,bilas dengan air yang di perah limau nipis.

Satu lagi ni Cik Sue dapat dari Youtube ,gunakan garam,mungkin fungsinya sama dengan pasir la kot.Boleh tengok video kat bawah ye :


Jom kongsikan kalau korang ada cara lain ye.

Post a Comment

3 Comments

  1. nice sharing sis... boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  2. Sis selalu amalkan setiap kali masak...kena lap keseluruhan dapur termasuk minyak merecik kt dapur tu...kalau lama2 nanti meja dan dinding dapur akan tinggal kesan tak cantik...bagus tips diatas...boleh apply utk lebih cucian mendalam. TQ sue

    ReplyDelete
  3. nad guna tisu gulung kalau minyak tumpah..sampai habis..hahaa..lepas tu lap dengan cif tu

    ReplyDelete