Majlis Cukur Jambul dan Akikah Humaira

Alhamdulillah ,berjaya jalankan amalan sunnah menyambut kelahiran Humaira.Majlis cukur jambul dan akikah Humaira kami jalankan pada 3 December 2016,lebih kurang 2 minggu selepas lahir.Mesti ramai yang tanya kenapa tergesa-gesa sangat,bukan apa Mak (mertua Cik Sue ) nak abah dan ma cik sue ada sekali sebab minggu ketiga tu abah dan ma nak balik Pahang dah.Kebetulan minggu tu je kumpulan marhaban mak boleh datang.



Syukur Alhamdulillah majlis berlangsung meriah walau simple dan ringkas sahaja.Cik Sue pun tak bermalam kat rumah mak,kami ,ma dan abah datang rumah mak dari Dengkil awal pagi.Majlis mula pukul 11 pagi dengan ketibaan kumpulan marhaban ,selawat dan potong jambul.Oh ya,pagi tu bapak dah ke tempat sembelihan kambing akikah sebagai wakil,lepas sembelih terus hantar ke katering untuk masak sebab tak de sapa nak uruskan kat rumah,kiranya katering hantar lauk yang dah siap je.




Terleka dan sayu pulak dengar marhaban dan qasidah bait-bait ayat Al-Quran ,syair-syair kisah nama dan nasihat-nasihat ibu ayah.Meresap ke hati jugak la.selesai upacara potong jambul dan selawat ,di bacakan doa selamat.Walaupun ringkas ramai juga sedara-mara dan kawan-kawan Mr D kat kampung tu datang.Alhamdulillah juga Humaira sangat memberi kerjasama,diammm je dengar selawat dan qasidah semua.Sayang anak ibu hehhe.

abah potong jambul cucu



Cik Sue pun berpeluang juga la tapi dalam bilik je sebab tengah pantang lagi,huuhuuuu tak merasa daging kambing hehehe Petangnya kitaorang balik semula ke Dengkil sebab esoknya ma ngan abah dah nak balik ke Pahang dengan pak cik datang ambil.

Lega rasa semua dah selesai,terima kasih sangat-sangat kat mak mertua Cik Sue dia la yang uruskan semua,terima kasih banyak mak,semoga mak murah rezeki.Semoga coretan ini Humaira baca dah besar nanti dan ingat apa mbah buat ni ye.

Korang kalau susah nak uruskan sendiri majlis dan malas nak ke hulu ke hilir ambil je pakej dengan
Pakej Aqiqah Online 2020/2021 lebih mudah,korang deal je dengan modal yang ada.

Post a Comment

3 Comments

  1. Kejap je dah besar humaira... be a good girl ye dear..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah moga humaira membesar jadi anak yang solehah dan penyejuk hati ibu dan abah :)

    ReplyDelete