Tips menjaga kulit dari jerawat : Asuka Acne Gel

Assalamualaikum,hai korang.
Hari ni Cik Sue nak cerita masalah jerawat,ye la jerawat yang tumbuh-tumbuh kat muka ,yang boleh buat para gadis,para mak-mak gadis emo je sepanjang hari,tambah-tambah tumbuh masa ada majlis la,nak photoshot la,nak gi bertandang rumah bakal mertua la eh hehehhe.

Tak semestinya anak dara je tau naik jerawat kat muka,yang dah kahwin pun kekadang masih naik jerawatnya,bagi Cik Sue sebenarnya pemakanan dan kebersihan tu yang penting di jaga.Eceh ye la tu padahal dulu Cik Sue pun siap ada jerawat batu lagi,ala masa tu tak reti nak jaga kulit muka lagi,dok kat kampung lasak bebenor,main panas,tolong tok nenek buat keje kan.Jom Cik Sue kongsikan tips penjagaan muka dari jerawat tumbuh :


TIPS PENJAGAAN KULIT MUKA DARI JERAWAT

1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan BERSIH.

2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang TEBAL di wajah.

3. Bersihkan wajah dengan SEMPURNA setiap kali selepas mengunakan mekap.


4. CUCI wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.

5. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang BERLEBIHAN kerana ia akan menyebabkan iritasi.

6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! MEMICIT jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.

7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang KOTOR. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.

8. Hentikan menggunakan MEKAP ketika wajah masih berjerawat.

9. Sering berganti TUALA pengelap wajah, pastikan tuala tersebut lembut dan bersih

10.Lindungi kulit dari SINAR matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

11. Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang LONGGAR, ringan dan dapat menyerap peluh.

12. Kurangkan memakai SKARF dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu.

13. Dapatkan NASIHAT doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan.

14. Kurangkan MAKANAN yang pedas, berminyak dan berkalori.

Ha,satu lagi ada petua nenek Cik Sue dari dulu,kalau rasa kulit muka naik jerawat atau ada bintik-biktik hitam ,amik daun aloe vera atau orang kampung panggil lidah buaya,amik lendir kat dalamnya dan sapukan kat muka,tapi cam lecehkan? tu yang malas nak buat tu,tu yang muka cam apa je hahhaha,jangan risau sekarang bahan yang sama korang boleh pakai dengan mudah iaitu Asuka Acne Gel.



Gel apa ni? alaaa aloe vera tuk masalah jerawat juga tapi lebih moden la,dalam botol gitu tapi khasiat masih sama dan bahan tetap semulajadi gituuu.

Gel ini berfungsi untuk :

1. Hilangkan jerawat dan mencegah jerawat untuk tumbuh.
2. Jerawat Baru HILANG dlm masa 24 Jam
3. Mencegah Jerawat Baru tumbuh
4. Pudarkan parut jerawat
5. Muka tak berminyak
6. Hilangkan black head
7. Kecutkan pori pori
8. Mengurangkan dark circle dan eye bag
9. Meningkatkan penghidratan dan mengurangkan sensitivi kulit.
10. Pudarkan bintik merah pada wajah.




Kandungan utama dalam gel ini adalah Aloe Vera yang di formulasikan oleh pakar dari Jepun serta mendapat kelulusan KKM Malaysia,Jadi boleh guna tanpa ragu-ragu sebab bahan dia memang semulajadi Aloe Vera.


 Gel ni juga berbau wangi dan lembut pada kulit muka,sama macam kita pakai jelly dari daunnya rasa sejukkk je kat muka kan,ha cam tu la.Nak tahu cara memakainya :

Cara guna :

1. Basuh muka dengan pencuci seperti biasa.
2. Bilas muka dan keringkan dengan tuala bersih.
3. Sapu Asuka Acne Gel dekat kawasan yang berjerawat.Guna 2 kali sehari,pagi dan malam sebelum tidur.






Asuka Acne Gel ni datang dalam 2 jenis botol dan harga,sangat berpatutan dan mampu milik.

60 ml = RM120
20ml = RM 60

murah je kan,jadi kalau korang nak beli segala maklumat boleh klik link kat bawah ni ye :

Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan detail di :

Facebook : Asuka HQ
Instagram : www.instagram.com/asukahq

Untuk pembelian boleh ke FB : GOOD For You Onestop

p/s :
Kalau kat kampung,abis pokok Aloe Vera ma ,Cik Sue ngan adik kerjakan tapi masa rajin je la nak spa-spa muka kononnya hehehhe.

Post a Comment

9 Comments

  1. dulu aku zaman muda remaja ada la jerawat... skrg dah jrg ada jerawat... faktor umur agaknya... rindu lak dgn jerawat.. hahhaa

    ReplyDelete
  2. jerawat datang tak dijemput hahahaa...walaupun depan ni ada pokok aloevera.. rasa malas pulak kalau nk tebang2 hahaa. best juga kalau dah siap proses... sambil baring pun leh sapu.kekekke..

    ReplyDelete
  3. Biasa lau jelly2 gini mesti sejuk..hehehe.Muka kita ni masih ada jugak sesekali jerawat duk hinggap..Boleh try gak ni..

    ReplyDelete
  4. aloe vera ni memang dah lama digunakan untuk kulit wajah.Teringin nak mencuba ;)

    ReplyDelete
  5. Product berasaskan aloe vera memang bagus

    ReplyDelete
  6. jerawat sana sini..sekrg bila period keluar la seketul dua

    ReplyDelete
  7. adakah kulit akan mengelupas selepas menggunakannya?

    ReplyDelete