Tips Mengawal Kencing Manis Ketika Mengandung (GDM)


Assalamualaikum semua,

Lama tak bersiaran,maklumlah cuti panjang heheh tu nanti la cite lebih-lebih eh.Rasanya belum terlambat nak kongsi pengalaman waktu mengandung hari tu.Alhamdulillah sepanjang mengandung tak de masalah yang kritikal pun cuma masa minum air gula sangkut pula GDM atau Kencing Manis yang di hidapi semasa mengandung sahaja sedangkan waktu tak mengandung normal je.Bacaan tak tinggi mana pun sebenarnya 8.0 lebih-lebih sikit je,tapi sebab faktor umur mungkin sebab tu doktor beri perhatian lebih sikit maklumlahhhh 3 series dah hahhahaa.

Definisi GDM : 
"Diabetes semasa hamil atau biasanya dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak mengetahui ada menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal"



Apa sebenarnya punca GDM ni? 

1. Rintangan Insulin.
Kesan insulin terganggu disebabkan oleh pelbagai hormon (seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen) dihasilkan oleh uri atau plasenta. Semakin plasenta membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi.

2. Kandungan glukosa yang berlebihan dalam darah.
Proses pencernaan glukosa di dalam aliran darah dikawal atur oleh insulin. Kekurangan insulin menyebabkan glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus.

Sebenarnya agak bahaya ibu-ibu mengandung kalau menghidapi GDM ni,yang paling ketara terjadinya pendarahan,pitam dan risiko anak bersaiz besar.Antara risiko lain adalah :

1.Makrosomia (didefinisikan sebagai bayi yang lahir dengan berat 4.0kg atau lebih).Bayi berkemungkinan akan menghadapi kecederaan di bahu semasa kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean.

2.Bayi anda mungkin mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah(hipoglisemia)

3.Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis yang berpanjangan.

4.Bayi anda juga berisiko untuk menjadi obes dan menghidap diabetes jenis 2 apabila dewasa kelak.

5.Ibu berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, diabetik ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit.

6.Mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.

7.Ibu berisiko tinggi mendapat praeklampsia (darah tinggi) dan tumpah darah.


Tapi ibu-ibu jangan risau GDM atau paras gula ni masih boleh di kawal dengan menjaga pemakanan,tapi kalau bacaan terlalu tinggi dan pantauan doktor pun bacaan tak turun kemungkinan doktor akan suruh cucuk insulin untuk mengawal paras gula dalam badan.


Cara Untuk Mengawal Paras Gula Semasa Hamil

1. Elakkan mengambil susu ibu mengandung kerana ia mengandungi kandungan gula yang tinggi contohnya Anmum. Jika memerlukan kalsium boleh dapat dari susu segar,cheese atau supplement.Cik Sue amalkan susu kambing dengan cheesedale yang keping-keping tu.

2. Kawal pengambilan makanan berkanji dan mempunya Glisemic Index yang tinggi seperti nasi putih,kentang,roti putih.Bahagian ni Cik Sue makan roti Wholemeal yang warna coklat tu,sebab roti putih ada gula,tak pe la tak sedap sikit,tambah la sayur ke buat sandwich ke.

3. Lebihkan makan sayur-sayuran ,buah-buahan dan lain-lain makanan yang kaya serat.Yang ini memang penting tuk ibu mengandung terutama bayam,sawi,kangkung,lobak putih,peria.Kalau buah pula doktor nasihatkan Cik Sue makan epal hijau ,belimbing dan jambu batu.


4. Mengamalkan diet yang rendah lemak dengan elakkan lemak tepu seperti mentega,daging berlemak, ayam dengan kulit.Errrr yang ni tak dapek la nak ikut,sebab semua pun Cik Sue belasah je hehhehe.Tapi selalu time nak check bacaan Cik Sue selalu amik oat campur dalam milo tanpa gula.Hari ada checkup Cik Sue tak ambil nasi,gantikan dengan oat atau telur rebus dengan salad campur kan sedikit serbuk kulit kayu manis,Alhamdulillah bacaan stabil hehehhee.



5. Elakkan ambil makan yang bergoreng ,pilih menu yang panggang atau stim atau rebus.

6. Jangan minum minuman 3 in 1, biasakan minum air yang di bancuh sendiri dam di kurangkan kandungan gulanya.

7. PAstikan appoinment klinik sentiasa on time untuk memeriksa keadaan kesihatan keseluruhan ibu.

8. Supplement yang di bekalkan oleh klinik terutamanya Vitamin C ,Asid Folik dan Bcomplex
perlulah di ambil seperti yang diatur.


Apapun yang penting jaga pemakanan,Alhamdulillah Cik Sue berjaya mengawal paras gula setiap kali bacaan di ambil sepanjang mengandung,syukur juga Cik Sue jenis yang boleh telan semua sayur.
Tapi ada satu kesan yang Cik Sue perasan dari GDM semasa mengandung ni,baby lahir ada Prolong Jaundis,dekat 25 hari juga,jenuh ulang alik klinik amik dan pantau bacaan jaundis baby.
Kepada yang tengah mengandung jaga makan jaga kesihatan jangan stress-stress ye.

p/s :

Gdm punya pasal ,sampai sekarang dah boleh minum milo tanpa gula heheheee kalau tak jangan harap la hehhe.


Post a Comment

5 Comments

  1. Thank you sharing info berguna ni. Mana tahu next jodoh ada rezeki kan. Hehehe..

    ReplyDelete
  2. ooohhh saya dulu main bantai minum susu ibu mengandung, konon nak bagi tulang kuat katanya hahahaha. Tapi alhamdulillah takda GDM, cuma urin je kotoq huhu

    ReplyDelete
  3. aSSALAM..
    Alhamdulilah sis dulu tiga tiga anak takde masaalah, bersalin normal dan tiga tiga juga takde masaalah kuning. Syukur sangat, beza gan skrg kan, mcm mcm penyakit dn hal ada huhuhu
    Take care Sue..

    ReplyDelete
  4. Tips yg bagus utk bakal dan tengah mengandung...mmg kena hati2 dlm pengambilan makanan

    ReplyDelete