Resepi Ketam Masak Butter/Butter Crab mudah cara Cik Sue.


Ketamnya dah lama bertapa dalam peti ais tu,ada la dalam seminggu hehehe,dok fikir la nak masak apa.Nak masak bersambal dah selalu,memang cadang nak ratah je,sebab kalau makan ngan nasi tak feel sangat hehe,Cik Sue and family memang penggemar seafood,tapi bukan Mr D sebab dia tak pandai makan ketam hehehe tak de isi katanya,nasib baik la dapat bini tukan kopek ketam udang,boleh la makan hahahha.

Sekali skrol FB nampak post kawan blogger gambar ketam terus teringat nak makan,google je la resepi ketam yang best-best nak cuba,ni kali pertama cuba buat Ketam Masak Butter ni,belasah je la bahan apa yang ada kat dapur tu.Jom tegok resepi ala Cik Sue,tak de la susah mana,dah boleh makan ala-ala restoran mewah kata Mr D ngeeeeee.



Bahan-bahan :

2 ekor ketam-bersihkan dan potong 2,senang nak makan.
5 ulas bawang putih-cincang halus
1/2 biji bawang holland kuning-dadukan
10-15 helai daun kari
10 biji cili padi (ikut suka kalau nak pedas)
3 sudu @ 30 gm butter (cik sue pakai buttercup je)
1/2 tin susu cair
1 sudu tepung jagung di bancuh dengan air
1 sudu gula
1 keping keju cheesedale atau 2 sudu parutan keju parmesan
garam

Cara :
1. Panaskan sedikit minyak masak dan masukkan butter hingga cair,masukkan bawang putih dan bawang merah.Biar sedikit layu,masukkan daun kari dan cili api.
2. Masukkan susu cair,dengan garam dan gula,biar mendidih dan masukkan bancuhan tepung jagung tuk pekatkan.
3. Kemudian masukkan ketam dan tabur keje parmesan tadi,gaulkan rata.

Mr D makan siap menjilat kuahnya,sedap katanya buat cicah roti pun layan,heheeh bileh buat lagi nanti,tapiiii part ketamnya Cik Sue jugak la kena kopek tuk dia,kalau tak memang dia amik kuah je la huhuuuu.

Resepi ni boleh juga di gunakan untuk udang,sotong atau ayam,kalau ayam tu goreng dulu bagi garing.

Post a Comment

10 Comments

  1. alahai kak sue..sedap ketam ni kak sue...hihi

    ReplyDelete
  2. Sejak sejak ni suka tgk moment sue masak...alahaiii sedap ye...leh cuba nanti resepi sue

    ReplyDelete
  3. Sedapnya sue.akk x pernah masak ni.tak susah sgt pun ye

    ReplyDelete
  4. pernah buat butter tapi tak menjadi..hahaha

    ReplyDelete
  5. Sue ni...terus akak craving nak makan ketaM...huwa..la ni ketam isi x banyak

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. sedapnya menu ni , bolehlah nak cuba nanti. kalau berkesempatan bolehlah support kami di Emily-channel.com

    ReplyDelete
  8. Then, put inside the details of the items your refinancing rates will likely be. mortgage payment calculator canada If you intend to reside in in your overall home for a few years, and then move with a bigger one, then you should make your mortgage plans around your desired equity level at that time. canada mortgage calculator

    ReplyDelete