Sebuah Kenangan Abadi :Resepi Masak Lemak Pucuk Miding



Masaknya minggu lepas lagi tapi baru nak update resepi kat blog,terlupa lak hehhehe..untuk rujukan sendiri juga sebenarnya.Masa pergi Pasar Tani Putrajaya cari lauk-pauk ternampak la sayur-sayur kampung ,ada pucuk miding ni,ada cendawan kukur,ada pucuk labu dan macam-macam lagilah Cik Sue ni kalau sayur kampung memang gemar sangat la.

ni la pucuk miding-sumber google
Kalau belah pantai timur pucuk miding macam dalam gambar kat atas tapi rasanya kalau belah Borneo sana kawan-kawan kata pucuk paku yang merah tu ,Cik Sue pun tak sure sangat.Tapi bagi kami yang gambar kat atas ni la pucuk miding.

Terngat zaman kecil-kecil dulu masa duduk dengan arwah mek (nenek),balik menoreh getah,bila tak de sayur kami ke tepi sungai cari pucuk paku yang tumbuh subur tepi Sungai Pahang,selalunya ada juga pucuk miding ni.Arwah mek selalu masak lemak pucuk miding campur dengan ubi keledek tuk makan tengahari,lawankan pulak dengan sambal tempoyak ikan bilis dan ikan selar goreng,fuhhhh itu pun dah cukup buat Cik Sue makan menambah-nambah.Lepas makan,solat dan rehat.Petangnya pulak ke kebun sayur tolong arwah mek,balutkan putik petola,mentimun,peria yang baru mula berputik.Selalunya hasil kebun ni kami jual kat Pekan Sari kat Pekan Lipis setiap Sabtu,Cik Sue la tukang jual hehehhe,siap susun cantik-cantik atas kanvas,seronok sangat.Alfatihah tuk arwah mek,kenangan itu tetap tersemat mengajar erti susah payah mencari rezeki halal.

Jom tengok resepinya :

Bahan :

Secekak pucuk miding
250 ml santan pekat
sedikit carrot potong bulat atau keledek
sedikit bunga kobis
isi ikan kembung yang di bakar
3 biji bawang merah kecil
1/2 sudu lada hitam
2 sudu kelapa parut
garam dan gula

Cara :
1. Tumbuk bawang merah dengan lada hitam,agak lumat dan tumbuk sekali isi ikan serta kelapa parut.
2. Masukkan dalam santan di dalam periuk,biar mendidih dan masukkan sayur lain,kalau menggunakan keledek,masukkan keledek dulu biar empuk baru masukkan sayur lain supaya tak hancur atau terlebih embik sayur lain ye.
3. Setiasa kacau kuah jangan sampai santan berketul,kalau nak kuah sedikit cair boleh tambah air sedikit,masukkan semua sayur dan perasakan dengan garam dan gula.
4.Siap hehehhe..

bisik-bisik: Mudah je sebenarnya,Cik Sue pun kekadang belajar masak try and error je atau melalui pemerhatian hehhe.

Post a Comment

6 Comments

  1. tak pernah makan pucuk miding ni, biasa makan pucuk ubi masak lemak je. Sedap ni kalau ada ikan masing ... perghhh haha

    ReplyDelete
  2. Sdnye Sue...kalau arwah chek k.ma suka sayur air campur keledek..

    ReplyDelete
  3. Pernah makan pucuk Midin goreng belacan kat Sarawak...sedap..siap beli bawak balik yg segar

    ReplyDelete
  4. ui. hahah dah lama xmkn pucuk midin. makan pn sbb mak masak bubur lambok. tu pn kutio2 dkt tepi parit. tp skrg dah takde :(

    ReplyDelete
  5. rasanya macam pernah makan. . . tapi ingat ingat lupa pernah makan ke tak. ahaks.

    ReplyDelete