Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah sabtu lepas balik umah ma abah kat Lipis,sempat adakan majlis solat hajat memohon keselamatan dan memudahkan Cik Sue bersalin dan memohon kebaikan untuk baby nanti.Alhamdulillah juga kandungan dah lebih 28 minggu ,tak banyak masalah kesihatan cuma perlu di kawal je,jaga pemakanan.Tradisi keluarga ma abah akan adakan solat hajat dan doa selamat tak kisah la anak ke menantu ke kalau mengandung.Ye lah ini salah satu cara kita memohon dan berdoa untuk segalanya kan,Semoga dimudahkan urusan dan semua dalam perlindungan Allah nanti.
Majlis bermula selepas zohor bila orang surau sampai,tak ramai pun jemput dalam 10 orang je termasuk atuk sedara,pakcik dan jiran.Lepas solat hajat,buat abacaan yasin dan doa selamat.Kat dapur ma ngan mak long dah siapkan santapan tengahari.Menu kali ni Gulai Kuning Ikan Tongkol,Acar,Sambal Lada dan Ayam Goreng Berempah.Simple tapi sedappppp sangat.
Alhamdulillah berjalan lancar,semoga urusan bersalin nanti di permudahkan Allah.Kalau zaman mak su (mak saudara) dulu siap bidan datang buat lenggang perut,golek-golek kelapa la,urut betulkan kedudukan baby semua tapi sekarang dah tak de sebab susah nak cari bidan kampung.Lagipun dah tak de kepercayaan lenggang-lenggang perut ni,dah moden kan,lagipun lebih baik buat doa selamat je.Kang khurafat lak percaya lenggang perut semua tu tuk tentukan jantina la apa la kan.
Korang doakan Cik Sue jugak ye,berdebar dah sebenarnya ni,2 bulan lebih je lagi huuhuu.Harap-harap semuanya lancar dan mudah.
Baca juga : Cara kirim doa depan kaabah
6 Comments
ohhh kak su dh buat eh, rara bulan bulan 10 nt. semoga dipermudahkan kita ye kak.
ReplyDeletesemoga dipermudahkan kak sue
ReplyDeletesemoga dipermudahkan segalanya. kuatkan semangat ye.
ReplyDeletebestnya ada tradisi macam ni. bukan semua ada tradisi macam ni.
salam singgah dari blog diari dandelion ^_^
insyaAllah moga dipermudahkan buat sue dan baby :)
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segalanya kak sue.
ReplyDeletesemoga sis n baby sihat sentiasa....
ReplyDelete