Sejak-sejak nak jadi ibu ni,kena la rajin cari ilmu,nak jaga anak kena la ada ilmu kan.Tapi kekadang keliru jugak,ada pendapat berbeza.Jadi marilah banyak-banyak membaca.Ada juga amalan-amalan orang tua yang di katakan tak elok dan amalan-amalan moden yang di katakan lebih elok,Jom kita tengok penjelasan mengenaik kekeliruan ni ye :
6 Salah Faham Dalam Penjagaan Bayi :
Bayi manusia telah mula belajar menghisap sejak usia kandungan sekitar 19-20 minggu. Lihat saja buktinya pada imej ultrasound bayi anda. Sudah tentu bukan kerana lapar kerana plasenta telah bertugas menyalurkan makanan tanpa henti,kan?. Jadi mengapa masih mahu juga menghisap?. Kerana alam mahu mengajar bayi bahawa menghisap itu menenangkan dan kedudukan bayi yang terhad dalam kandungan memudahkanpeletakan jari bayi ke dalam mulutnya.
Oleh kerana bayi dibawah usia 4 bulan belum mempunyai koordinasi otot yang diperlukan untuk menghisap jarinya sendiri,alternatif yang ada ialah payudara ibu, jari bersih ibu atau puting tiruan. Oleh kerana keinginan bayi untuk menghisap bagi merasa tenang ini boleh mengambil hingga 2-3 jam sehari, menyua payudara kadangkala meletihkan. Jadi, apa yang salahnya dengan beralih kepada puting tiruan bagi memenuhi tuntutan ini?
Seperti bedung,puting hanya digunakan untuk mententeramkan dan membantu bayi rileks untuk tidur. Tiada siapa yang menyuruh menyumbat mulut bayi 24 jam dengan puting atau hingga usia anak layak ke playschool.
Paru-paru bayi memang akan diperiksa tahap baiknya sejurus dilahirkan melalui ujian Apghar. Sengaja membiar bayi menangis tidak akan membuat paru-paru bayi lebih baik.
Gegaran otak atau nama saintifiknya Shaken Baby Syndrome (SBS) TIDAK akan berlaku dalam mana-mana sumber sensasi hayunan yang disebut diatas. Mengapa? SBS memerlukan daya yang jauh lebih kuat dari terjatuh dari katil atau pegangan seseorang secara tak sengaja. Ia memerlukan satu motivasi untuk SBS terjadi dan ianya adalah rasa marah di luar kawalan hingga bayi digoncang secara ganas berulang kali yang menyebabkan kepalanya melantun ke depan dan kebelakang secara total lalu otaknya menghentam tempurung kepala dan berlakunya pendarahan.
Ia amat berbeza bila bentuk sensasi hayunan yang diguna itu adalah untuk tujuan mententeramkan bayi dan bukan dalam emosi marah. Namun, gunakan HANYA buaian bayi boleh laras penuh sahaja atas faktor ciri keselamatan.
Kebenarannya, ramai ibu yang menidurkan bayi secara tiarap kerana ia membantu bayi tidur lebih lena. Apa yang ramai ibu mungkin terlepas pandang ialah tidur tiarap merisikokan sindrom kematian mengejut atau SIDS buat bayi kecil terutama yang belum menguasai kemahiran meniarap dengan sendiri.
Antara teorinya adalah kerana tiarap menekan tulang dada dan tulang rahang bayi lalu menyempitkan ruang udara pernafasan bayi kecil yang masih belum stabil. Ya benar ada sebahagian bayi yang perlu tidur meniarap atas faktor kesihatan namun ia selalunya atas pengesahan doktor.
Maka,jika anda mahu anak tidur lena namun dalam situasi yang lebih selamat, bedunglah bayi anda kerana bedung memberi sensasi dakapan yang mententeramkan sama seperti meniarap. Bezanya ia lebih selamat kerana bila berbedung,bayi tiada masalah untuk tidur secara terlentang.
Kerana suasana sunyi itu membuat bayi resah!. Rahim adalah alam yang sangat bising dengan kekuatan mencecah 70db atau menyamai kuatnya bunyi penyedut hampagas. Mana mungkin bayi yang telah biasa tidur dalam suasana yang bingit boleh lena dalam keadaan sebaliknya?.
Pasanglah bunyian mententeramkan (white noise) untuk menemani bayi tidur. Sebarang bunyi yang satu nada, tidak nyaring (low pitch) dan berdengung amat digemari bayi. Contoh white noise yang popular ialah bunyi penyedut hampagas,bunyi pengering rambut, pengering baju, ombak, hujan atau degupan jantung manusia.
Semua bayi lahir dengan reflek Moro atau bahasa awamnya reflek yang membuat bayi kecil mudah tersentak dan terkejut-kejut. Reflek ini kekal sehingga sekitar usia bayi 4-5 bulan. Jika bayi anda dari kategori 'mudah', hal ini mungkin bukan satu masalah besar. Namun,jika bayi anda adalah bayi dari kategori 'menuntut perhatian tinggi' atau colic (sawan tangis), gangguan dari reflek Moro memberi kesan besar kepada kualiti tidur, kemampuan untuk kekal bertenang lebih lama malah menyukarkan usaha mententeramkan mereka. Bedung bukan sahaja meminimumkan kesan sentakan atau terkejut-terkejut, malah membuat bayi merasa selamat bagai dipeluk dan didakap seperti mana yang dia biasa dapatkan dari balutan dinding rahim dahulu atau ketika dalam pelukan ibu.
Bedung bayi dalam 2 keadaan ini: ketika cuba mententeramkan bayi yang mengamuk dan ketika mahu menidurkan mereka. Ia menyanggah pemikiran bahawa bedung itu menghalang bayi dari bebas dan meneroka dunia. Apakah tentang dunia yang dapat diteroka oleh bayi yang sedang marah dan tidur?.
Ya benar,bedung boleh menyebabkan hip dysplasia atau pembentukan pinggul yang tidak sempurna BILA teknik bedungan itu salah iaitu yang memaksa kaki bayi kekal lurus dan langsung tiada ruang untuk bayi menggerak atau membengkokkan kakinya.
Haaaa,baru la jelas,selama ni tertanya-tanya betul ke tak tanggapan kita kan? sekarang siap dengan fakta,jadi kita tak was-was lagi.Berguna tuk Cik Sue sebagai kali pertama jadi ibu kan,tak de la terkial-kial nanti.Kandungan dah 30 minggu,tak lama dah ni,berdebar pulak rasa,moga-moga di permudahkan urusan bersalin nanti,si kecik pun aktif je,main bola agaknya hehehhehe.
Sumber : Facebook
Sumber : Facebook
9 Comments
good sharing. tp baby Zara mmg tak nk dibedung langsung. kita bedung meronta ronta nk lepaskan diri.. aduhai...
ReplyDeletethanks for sharing, berguna juga utk saya yang tengah pregnant 5 bulan ni and 1st baby inshaAllah. Semoga sue juga dipermudahkan deliver nnt. Amin.
ReplyDeleteDayah cuma nak komen bab puting tu. Dulu dyh dgr kalau bg baby puting nanti gigi nya jongang.
ReplyDeleteMemula mmg takmau bg kat hakim sebab yelah risau kang gigi anak jadik tak cantik.
Tapi lama lama tgk dia dok carik cari hisap adoiiiiii mmg dyh tak berkenan sebab tgn kang kuman kan.. klu masa kat umah je tahan lagi yakin tgn anak bersih tapi bila kat luar tu...... huhu
Last last discuss ngan ayah hakim, kitorang bagi juga la puting rasa senang hati lagi dari tgk dia dok masuk jari je dalam mulut lepas tu air liur meleleh tak tentu pasal.
Alhamdulillah xde pulak jongang gigi hakim
:)
rasa macam baru2 nak jadi ibu bila baca info kat sini..heheeee.. banyak lagi nak kena belajar ni.. tq kak su bg info bagus gini
ReplyDeleteBagus perkongsian sue mommy to be ni tau...betul info bayi menangis bagus utk kuatkan sistem paru-parunya...tp awas kalau baby menangis berterusan sehingga sejam lebih ye...sis ada pengalaman bab ni...
ReplyDeletegood sharing kak..
ReplyDelete
ReplyDeleteBaguslah info ni...
Lamanya tak ada baby, rindu nak ada baby rasanya
Pasal menangis elok tu yaya setuju. Sebab kakak sedara nurse yaya dia kacau baby dia bagi menangis sebab tidur je langsung tak bangun dan tak nangis
ReplyDeleteeh nak adik untuk fariza la..haha..tetibe..bab puting kalau dia nak bagi je..nanti pandai2 la buang..bukan 24 jam..bab nangis nangis lebih sejam memnag risau..
ReplyDelete