Hari Raya Aidil Adha dalam seminggu dua lagi akan menjelang,orang pantai timur selalunya memang meriah kalau raja haji ni,walau cuti sekejap je sanggup mohon cuti nak balik kampung.Cik Sue pulak beraya kat sini je,Mr D kena kerja sebab raya puasa hari tu dah cuti panjang.
Sabtu lepas Cik Sue di jemput menyaksikan rakaman takbir raya untuk siaran TV Hijrah pada hari raya haji nanti yag di jalankan oleh Noraniza Idris Ventures Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Belia Kota Gagasan dan IDCC Shah Alam.Rakaman di jalankan seawal 9 pagi dengan pendaftaran hampir 60 artis rock lama dan popular masa kini.First time tengok artis otai lama-lama ramai gini berhimpun ada yang Cik Sue tak kenal pun hhehehe,tapi diorang baik je merendah diri siap tegur-tegur berborak lagi.
Antara yang hadir adalah Aris Ariwatan,Mel Wings,Rozz Bloodshed,Afee Utopia,Amenk Ababil,Ezam EYE,Nash,Saleem dan ramai lagi artis rock lama.Dan artis masa kini yang hadir adalah Waris,Aweera,Fee Haiqal,Firman,Fadzlee Sufi dan ramai lagi.Walaupun sibuk dengan jadual masing-masing mereka sudi menghadirkan diri untuk rakaman takbir raya ini sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada program Islamic.Syabas untuk mereka.
Bukan senang rupanya nak buat rakaman tv ni walaupun tayangan hanya 5-10 minit tapi berjam juga proses rakamannya,dengan teknikal lagi nak kena setting,alatan dan artis sendiri nak kena tepat dengan bunyi dan kamera,fuhhhhh kalau kurang sabar memang susah,respek Cik Sue dengan krew mereka,ye la 60 artis di kumpulkan bukan sikit-sikit nak urus.
Program rakaman ini di terbitkan oleh Noraniza Idris di bawah syarikat beliau Noraniza Idris Ventures Sdn Bhd yang mana beliau mengharapkan ini adalah usaha murni sebagai nilai murni dan dakwah beliau dalam beralih ke arah program Islamik secara perlahan-lahan.Dan beliau juga akan terus bergerak dalam bidang seni belakang tabir sahaja kelak.Kak Ani juga sangat bersyukur kerana program ini mendapat kerjasama dari semua pihak.Beliau juga sekarang sibuk membuat persedian Siri Jelajah Malaysia untuk tahun keempat bermula September ini untuk membimbing artis pelapis dalam memartabatkan seni dan budaya sesuai dengan gelaran Ratu Irama Malaysia untuk Kak Ani kan.
Cik Sue memang dari dulu minat Kak Ani ni dari zaman dia menyanyi lagu balada lagi,bertambah suka bila dia bawa lagu-lagu Irama Malaysia memang kena sangat.Ingat lagi dulu-dulu kalau Juara Lagu kat TV3 tu sanggup tunggu nak tengok persembahan dia je.Kali ni jumpa berdepan suka tengok cara dia bercakap,lembut sangat,tak sombong,sopan dan ramah menegur walau siapa pun.Cik Sue doakan semoga hajat Kak Ani nak menunaikan rukun Islam kelima tercapai nanti,Aminnnn.
IDCC Shah Alam Pusat Konvensyen serba lengkap.
Kali pertama sebenarnya Cik Sue masuk ke sini,selalu nampak dari tepi jalan je.Terletak di Seksyen 15,Shah Alam,di belakang Dataran Automobil.Ia adalah bangunan 7 tingkat yang mempunyai macam-macam kemudahan kat dalamnya.IDCC ni dah masuk "Malaysian Book Of Records" tahun 2015 tau sebagai Pusat Konvensyen terbesar di Malaysia.
Dewannya mampu menampung 8 ribu ke 10 ribu orang dalam satu masa untuk jamuan buffet atau susunan kerusi khas bagi persembahan atau seminar.Memamng sangat sesuai tuk yang melangsungkan majlis perkahwinan,seminar jamuan korporat dan aktiviti persatuan atau pameran.Dewan besarnya boleh di bahagikan kepada ruangan kecil mengikut keperluan.Satu ciri yang Cik Sue sangat suka,kemudahan tempat letak kereta sebanyak 6 tingkat memang memudahkan pengunjung,sangat mencukup untk kegunaan semua.
Jika ada yang berminat bolehlah hubungi :
www.idcc.com.my
Email enquiry@idcc.com.my
Tel 03-50313333
bisik-bisik:
Tak sabar nak tengok hasil rakaman ni kat tv nanti hehehhe.
3 Comments
selamat hari raya korban
ReplyDeletesama2 kita hayati
Selamat hr raya korban kak sue dan keluarga..
ReplyDeletesekarang ni kalau nak raya jer mesti ada rakaman takbir raya. . .
ReplyDeletesenang la kalau tayang nanti.