Surprise Besday dan Anniversary 2016

Cerita bulan puasa hari tapi nak up jugak sebagai kenangan dan penghargaan kawan-kawan yang bersusah datang umah Cik Sue ni buat surprise huhuuu.Alhamdulillah Jun lepas Cik Sue dan Mr D genap setahun harungi hidup sebagai suami isteri susah senang kami hadap sama-sama.Alhamdulillah walau ada pahitnya berkat doa ibu bapa,keluarga dan kawan-kawan ,kami berjaya harungi.Orang kata tahun awal ni la banyak cabaran sebab nak sesuai kan diri dari segi mental dan fizikal kan? nak aturkan hidup kewangan kekeluargaan,nak sesuaikan diri terima keluarga baru,persekitaran baru.Alhamdulillahhhhh syukur yang teramat sangat semuanya berjalan lancar untuk tahun pertama.


2 hari selepas besday,geng Putrajaya pm nak datang berbuka kat rumah,suh masak biasa-biasa je katanya,alamakkkk terkejut gak Cik Sue,nak masak apa ni??? terus bukak peti ais tengok apa yang ada,semua pun bahan-bahan menu biasa-biasa je.Dekat pukul 3 petang baru diorang konpem nak datang.Cepat-cepat masuk dapur tapi masak pun ringkas-ringkas je.






Sekali abe Que Achmad satu family orang pertama sampai,wahhhh terharunya siap bawak brownies Anniversary,sebak plak huhuuuu,dengan Ean hensem yang semakin bijak dan buat Cik Sue melting je hehehhehe...Dan kemudian yang lain-lain sampai,kebetulan Mr D pulak ada kerja balik lambat,ada la teman Cik Sue berbuka.Antara menu kami,masak lemak putih sayur,ikan goreng garing,sambal hitam belimbing,budu dan ulam petai dan nangka muda celur,ayam goreng kunyit,serta sambal sardin request by Uzu.Alhamdulillahhhhh,tetamu itu satu rahmat,meriah umah Cik Sue.






Dah selesai semua lepak-lepak minum teh o panas sementara tunggu Mr D balik,masing-masing kekenyangan dah macam ular sawa heheheh.


Terima kasih korang datang dengan buah tangan macam-macam,lepak-lepak borak-borak macam ni,nanti raya datang lagi eh,kita makan-makan borak-borak,TQ juga surprise tuk besday and anniversary kami,dengan doa-doa kalian,Insya Allah semoga kita terus bersahabat.

bisik-biisik:
Ya Allah ,peliharalah hubungan kami,semoga baik-baik sahaja,peliharalah rumahtanggaku dari mata-mata syaitan,sesungguhnya aku bersyukur atas kurniaan Mu,Insya Allah tahun depan bertiga dah,syukurrrrrr Ya Allah atas kurnian dan rezeki dariMu.Peliharalah kami dalam rahmatMu.
Terima kasih 

Post a Comment

7 Comments

  1. semoga kekal bahagia hingga ke syurga kaksue n abe eddy ..

    ReplyDelete
  2. amboii best nya tapi gambar yanty berborak tu lagi sakan ye hihih semoga kekal bahagia hingga ke syurga buat kaksue n abe eddy .. aamin

    ReplyDelete
  3. jaga hubungan baik sesama kita dan pelihara sebaiknya hubugan dgn Pencipta Allah swt... semoga korang ingat aku yg dah lebih usia ni..haha. Selamat hari raya semua.

    ReplyDelete
  4. aminnn.. moga bahagia hingga jannah ye sue :)
    in shaa Allah...

    ReplyDelete
  5. weiii awat gmbr ty camtu! tp i like this unplan day..7.08 dr opis shoot..masuk umah azan n terus grab air n nasi hahahahahahaaa

    ReplyDelete