Aidilfitri 2016/1437H -Kurniaan yang tak terhingga.

Raya sebulankan? kannnnn? so boleh lagi la update cerita hari raya kan? hahahha...
Alhamdulillah tahun ke 2 beraya sebagai isteri,anak dan menantu....syukur juga tak de masalah gaduh nak balik raya atau masam-masam muka hehehhe,tapi memang tahun ni giliran belah Pahang ye,memang la manis muka hehehhe,tapi tak kisah pun sebenarnya,apa de hal,family juga kan.

Mulanya hampir-hampir kansel plan beraya kat Pahang,sebab kemungkinan Mr D kena standby on call kerja dia,tapi memang rezeki ada  staf yang tinggal berdekatan sanggup nak ganti dan on call,jadi malam raya la baru kami bertolak balik ke Pahang.Syukur jalan sangat lapang tak de jem merangkak-rangkak pun,perjalanan lancar cumaaaaa Mr D pulak mengantuk sebab balik kerja terus gerak,sib baik la Cik Sue sihat dan boleh ambil alih posisi pemandu sementara Mr D rehat.
Alhamdulillah dalam jam 12 lebih selamat sampai rumah ma abah,memang kepenatan,tapi sempat lagi gosok baju raya nak pakai esok hehehe.
with my mum
Pagi-pagi dah bangun,mandi dah siapkan sarapan sebelum bertolak ke masjid untuk solat sunat hari raya,nak ikutkan 2 tahun dah tak pergi solat sunat raya,biasala perempuan kan hehehe,tapi kali ni berpeluang.Kat rumah pun semua dah siap sedia awal-awal lagi.Cik Sue solat kat masjid Kg Aur Gading,Kuala Lipis ,Pahang,masjid yang tersergam masih sama dari Cik Sue lahir lagi.Dengar takbir dari corok pembesar suara terus hati di paut rasa rindu kat Atuk atau kami panggil Ayoh yang selalu ambil bahagian takbair di pagi raya.Sayu pulak rasa.
Selesai solat dan tahlil,kawasan masjid memang meriah dengan kanak-kanak yang mula beratur sebab ada dermawan yang akan bagi duit raya setiap tahun,memang meriah.Asalkan namanya kanak-kanak semua beratur ,kalau yang tua pun beratur memang kena gelak la hehehhe.
cepat-cepat beratur duit raya
Selesai urusan kat masjid kami balik terus ke rumah,tahun ni tak ke kubur atuk sebab abah tak larat nak jalan masuk ke kawasan perkuburan,kereta tak boleh masuk sampai dalam,ma pun tak bagi Cik Sue pergi takut tersadung akar pokok,kena jaga la kan,bukan sorang dah,bawa "orang lain" juga ehhehe.
Balik rumah selesai bersalaman bermaafan apa lagi isi perut la sambil layan saudara mara,aktiviti biasa rumah ma akan jadi port berkumpul sanak saudara,mak cik pakcik,sepupu sepapat kami,sesi bergambar.Pastu baru la berjalan raya ke rumah saudara-mara berdekatan.





Gambar atas ni masa pi rumah keluarga abg ipar kat Bukit Betong,tertarik rumah kayu lama,suruh adik turun dan amik gambar kami dari bawah heheheh,memang klasik je rasa,dengan nak masuk rumah kena kejar ngan kambingnya hahahha.Kambing tu ada tanduk tau hahaha jenuh nak lari.Tahun ni rajin sikit Cik Sue amik gambar sebab berjalan je,petang baru lepak rumah layan tetamu pulak.

posing depan rumah,baju raya recycle hehehhe.
layan anak-anak buah dan adik
Tapiiiiiii yang tak bestnya malam tu tak de letrik pulak kat rumah abah,haiyoooo dengan panasnya,siap tido tingkap,pintu sliding ternganga lagi tapiii masuk jam 3 pagi semua menggerekot kesejukan hahahha,konpem la rumah dalam hutan,malam memang sejuk semulajadi la,sib baik nyamuk tak banyak sangat,seronok jugak sesekali dengan lilin dan pelita boleh luangkan masa berkualiti berbual dengan ahli keluarga.


Raya kedua ,Cik Sue tak melawa,nak gosok baju tak boleh heheheh letrik takde so ngan tshirt tracksuit je kat dapur,kuar bandar kejap beli bahan nak buat laksa penang,petangnya pi raya jap rumah kawan ma buat open house nasi beriani gam oiiiii,banyak plak mak buyung makan hehehhe,sedappppp maskaan dia,mau taknya tokey katering tu,Mr D plak tak daya nak berjalan raya dah terbungkang tido kat rumah hehehhee.

Raya ketiga dah nak balik Sungai Buloh pulak,giliran belah mertua la pulakkan.Sebab tu Cik Sue kata dapat je raya dua-dua bukan jauh pun 4 jam je kalau tak jam,Insya Allah.Kakak ,adik pak cik mak cik pun dah mula balik belah mertua masing-masing dan ada yang dah mula kerja pun.

bergambar dulu mana ada sebelum balik
persalinan hijau,berjaya racun Mr D beli kurta hehehehe
Dalam perjalanan balik sempat singgah beraya di Sg Ruan ,Raub yang terkenal dengan kebun durian tu,Alhamdulillah hilang mengidam laki bini dapat durian kampung pak cik hidangkan.Dari bulan puasa lagi dok meroyan cari durian kampung kat area bangi ,akhirnya sini juga jodoh,Fuhhhhh habis gak 8 biji tapi kecik-kecik je besar-besar dua tapak tangan je,tapi isi ya ampunnnnn sedapnya,puas hati,tolak tepi terus kuih raya bagai hahahhaha.


Perjalanan di teruskan,nak keluar lebuhraya je tengok kereta bersusun dah sesak,haiyoooo patah balik terus ikut jalan kampung melalui jalan lama ke tol gombak,lalu Kg Janda Baik,Kg Bukit Tinggi dan laluan belakang RNR Genting Sempah,sampai situ baru naik lebuhraya dah lancar sikit,Alhamdulillah jam 11 malam selamat sampai di Sg Buloh.

Raya ke 4 raya di teruskan belah mertua pulak,bawa mak ngan bapak ronda Kg Kuang sampai Sungai Serai membawa ke Paya Jaras berziarah raya rumah saudara mara,time ni la nak kenal yang jarang-jarang nampak muka kan,Cik Sue seronok je,makan macam-macam,Mr D juga la mengeluh raya sakan kataya mau tak dari jam 11 pagi sampai 11 malam baru sampai rumah hahahhaa lembik driver.

persalinan pepel lak,recycle je

rumah wak rais tokey pecal hehehhe
rumah family mertua
Raya ke 5 pulak,berjalan rumah mak saudara Mr D di Saujana Utama,Rawang sambil ziarah dia yang tak sihat,ziarah baby baru sekali,anak sepupu,comeyyy sangat.Pastu terus ke rumah abang ipar,biras kita buatkan Laksa Sarawak special orginal resepi ,dia orang Miri,memang terbaik la,3 kali Cik Sue tambah,puas  hati selama ni makan kat kedai tak cukup hehehhehe.

bersama biras2 ku

ngan anak buah ain comeyyyy hehehhee
Alhamdulillahhhh selesai berhari raya dengan dua keluarga,malamnya dah balik rumah sendiri esoknya Mr D dah kena kerja huhuuuu.Cik Sue pulak menyelesaikan segala kain baju kotor dan mengemas rumah yang di tinggalkan.

Alhamdulillahhhhh syukur sangat kepada Nya atas kurniaan kesihatan yang baik tak de mabuk-mabuk dah boleh makan apa saja.Bagus baby ibu tau heheheh.Dapat pulak beraya sepuas hati dengan dua-dua keluarga,nikmat mana lagi yang Cik Sue nak dustakan?

Itu lah cerita raya saya,penuh dengan kasih sayang dan kegembiraan ,rezeki yang melimpah ruah,rasa terlalu banyak dah nikmat Allah beri,semoga ianya berkekalan dalam silaturrahim yang di bina.





Post a Comment

6 Comments

  1. Meriah raya sue di kampung dan di bandar walaupun serba sederhana. Selamat hari raya "orang baru" ;)

    ReplyDelete
  2. Meriahnya..
    suka tengok baju raya sedondon :)
    selamat hari raya maaf zahir batin kak sue:)

    ReplyDelete
  3. Lagi seronok tahun ni beraya, ada pulak 'si kecik' kat dalam perut tu..hehe..

    ReplyDelete
  4. jaga diri kak sue....jaga kesihatan..jgn buat keje berat2 okey kak sue....

    ReplyDelete
  5. Dugaan betul letrik takde masa malam raya.. btw, selamat hari raya

    ReplyDelete
  6. Tahniah sue...happy dengar khabar baik tu tau...semoga baik2 aje baby dalam tu amin

    ReplyDelete