Ramadhan 8 : Serawa Durian dan Roti Jala



Ceritanya ada durian lebih Mr D makan minggu lepas kat tepi jalan,durian d24 rm13 sekilo,belah 2 biji sekali tak abis,bakinya masuk tupperware bawa balik rumah.Sekali hari ni nak balik rumah mak kat Sg Buloh,terus teringatkan baki durian dalam peti ais,tanya Mr D nak bawa macam tu je ke? kang tak cukup plak,berapa ulas je pun,alih-alih dia nak makan berkuah.So Cik Sue buatkan serawa je la,fikir-fikir tak de apa lak nak cicah,bancuh je la tepung buat roti jala sempoi-sempoi.Ingat sikit,rupanya banyak gak,sempat la sedekah berkongsi rezeki kat kawan dan bawa balik tuk family.Jom tengok resepi mudah Cik Sue

Serawa Durian
Bahan:
4 ulas durian
250ml santan cair
3 helai daun pandan
2 ketul nise atau gula melaka
3 sudu gula pasir
1/2 sudu garam

Cara:
1. Didihkan santan dengan gula melaka/nise.
2. Masukkan daun pandan,gula pasir,garam.
3. Biar mendidih dan masukkan durian,biar mendidih dan dapat kepekatan kuah yang korang nak.

Ni makan dia saja pun sedap,kalau tak nak manis atau mak ayah ada kencing manis tak yah masukkan gula pasir pun tak pe,manis durian ngan gula melaka tu dah sedap ,ngam dah.Jom buat roti jala lak tuk cicah ngan serawa durian tadi.

Roti Jala
Bahan:
2 cawan tepung
2 cawan santan cair
1 sudu minyak
1/2 sudu garam
1 biji telur
sedikit pewarna kuning

Cara:
1. Cik Sue blend je semua bahan ni dalam blender,senang sebati.
2. Kalau rasa pekat sangat tambah la air,dan test dengan acuan roti jala,keluar elok tak tuk di kirai kat kuali,kalau cair sangat pun tak cantik gak,biar sedang2.
3. Panaskan kuali,dan kiraikan ikut bentuk yang korang suka,4 segi pun boleh,bulat pun boleh.
4. Agak-agak masak angkat dan gulung ketika masih panas.

Alhamdulillah mak dan bapak mertua suka,makan dengan family mertua,licin satu tupperware.Seronok bila makan ramai-ramai dan ada pulak yang gemar.Puas hati.

Selamat Mencuba.

Post a Comment

11 Comments

  1. kite kalau roti jala mmg nak makan ngn gulai.. tapi kalau cakoi mmg nak cari kuah durian.. sue org mana ya? sbb yang biasa mkn roti jala cicah kuah durian mcm org utara..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. sedapnyeeeee sue .... setakat ni anim makan ngan kari je haha

    ReplyDelete
  4. Aida pun. Roti jala cicah kari.
    Tak pernah try fn serawa durian :-)
    But pasti best...

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaa! Cicah roti saja pun sedap ni

    ReplyDelete
  6. Sedapnya. Lama tak buat serawa durian. Kalau guna durian musang king mesti lagi sedap kan? Hahaha

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. Ramadhan tahun ini enaknya apa ya

    ReplyDelete