Dah lama tak makan petai,samada mentah atau masak.Semalam balik dari klinik sempat singgah mini market kat kawasan rumah,nampak petai teringat udang ada lagi,urmmm buat sambal sedap ni,Mr D memang suka sambal-sambal ni.Ambil satu ikat ada 3 keping,haaa rm1 sekeping phewww...pejam mata je la.Masak sambal paling mudah je,tapi Mr D tak suka Cik Sue pakai cili boh,dia nak cili kering tu blend,sebab cili boh tak sedap katanya,layankan aje.Tak susah pun,potong-potong je cili kering rebus kejap masui blender tambah minyak masak sikit tuk lumatkan biji-biji yang tertinggal masa menggoreng tak yah masukkan minyak dah,nak blend sekali ngan bawang semua pun boleh.Jom tengok cara paling mudah masak sambal ala Cik Sue.
Bahan:
200 gm udang saiz sederhana-bersihkan
3 keping petai-belah dua
segenggam cili kering-rebus dan blend
2 ulas bawang merah-blend
3 ulas bawang putih-blend
1/2 inci halia-blend
1 biji bawang besar holland-hiris
2 sudu air asam jawa
2 sudu sos tomato
1 batang serai-ketuk
garam dan gula
Cara:
1. Tumiskan bahan blend hingga naik bau dan pecah minyak,biar cili kering betul-betul masak ye.
2. Masukkan serai dan petai,masukka air asam jawa dan sos tomato.
3. Masukkan udang,dan sedikit air,gaul sebati dan biarkan mendidih hingga masak,kalau nak pekat biarkan lama sikit dan agak keing sambalnya.
4. Masukkan bawang holland hiris dan perasakan dengan garam dan gula.Mudahkan?
Haaaaa... senang je,kalau dah siapkan bahan masak time sahur pun sempat hehehhe...tapu Cik Sue masak time berbuka lagi,sahur panaskan je hehehhe.
Selamat mencuba.
bisik-bisik: Mr D kalau sambal-sambal tumis cili kering macam ni,hari-hari lauk yang sama pun tak pe,feveret dia ni.
4 Comments
sy baru makan sambal bilis petai. hehe...tapi sy pun xsuka masak pakai cili boh. cili kering yg kita blend sendiri lebih sedap
ReplyDeletetu dia...
ReplyDeleteini kalau dapat nasi panas jadi dah.
dah tak tengok lauk lain.
braper pinggan ler tu abam eddy menambah.
adakah udang tu boleh diganti dengan lain? mungkin ayam atau daging sbb elergic
ReplyDeletehuwaaaa my feveret niiii ...minggu lepas buat sambal ikan petai ikan bilis haha
ReplyDelete