Ramadhan 3 : Resepi Smoothie Pisang dan Kurma

Hai korang,selamat petang,awal pulak menu ramadhan Cik Sue hari ni hehhehe.Rasa segar sikit badan,boleh ke kedai beli barang.Mungkin sebab minuman pembekal tenaga yang Cik Sue buat sahur pagi tadi agaknya.Pisang dan kurma memang elok kan untuk bekalkan tenaga setelah seharian berpuasa.Memandangkan sahur tadi memang tak selera langsung nak makan nasi,Cik Sue buat la smoothie ni,konon-konon dah jemu dok makan pisang dan kurma macam tu je,lagipun Cik Sue bermasalah nak minum susu kosong huhuu.Kalau minum konpem keluar balik la jawabnya jadi kena ada perisa.Dapat la idea blend je semua dan minum.Alhamdulillah sedap ,kena dengan tekak Cik Sue,habis pulak secawan besar minum sorang hehehe. Jom tengok cara buat,mudah je :

Bahan :
3 biji kurma -buang biji
1 biji pisang-potong kecik-kecik
300ml susu segar HL
sedikit kiub ais

Cara :
Blend je semua sama-sama sampai sebati dan ais hancur.Bleh juga tabur serbuk milo kat atasnya bila hidang.


Mudahkan? jom buat,minuman sihat ni tambah-tambah bulan Ramadhan ni.

Post a Comment

7 Comments

  1. Kurma & pisang memang feveret... Tengok entri ni rasa tergugat kejap keimanan... haha...

    ReplyDelete
  2. anis pun tak suka minum susu semata..hihi.. boleh cuba ni.. :)

    ReplyDelete
  3. Camna rasa nya erk.. nanti kalau buat sendiri tkt xditerima tekak. Lepak umah nanri , klau buat bagi rasa erk.

    ReplyDelete
  4. Camna rasa nya erk.. nanti kalau buat sendiri tkt xditerima tekak. Lepak umah nanri , klau buat bagi rasa erk.

    ReplyDelete
  5. macam sedap je...mesti rasa lemak manis tu kan

    ReplyDelete
  6. nampak sedap tapii takut tekak xleh terimaa kurma blend tuu

    ReplyDelete