Ramadhan 2 : Resepi Nasi Goreng Sosej Mudah dan Cepat


Hari ke 2 Ramadhan,melepek sangat Cik Sue,bangun solat pastu baring balik,sepanjang hari pulak tu.Memang tak bergerak ke mana dan tak buat apa seharian.Berpinar-pinar mata,pukul 6.30 petang baru ke dapur cari apa yang boleh di makan,memandangkan Mr D balik kerja lambat,jadi berbuka sorang-sorang la dulu.
Godek-godek peti ais ada baki nasi sahur tadi.Nasi goreng je la paling senang,nak masukkan ayam atau daging nak kena lembutkan dulu dari peti ais lambat la pulak.Ada sosej pun boleh la,be kreatifkan?

Bahan :
Semangkuk nasi sejuk
3-4 biji cili api
sebiji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang sosej potong serong
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
semangkuk kangkung 

Cara :
1. Tumbuk cili api dan bawang tak perlu lumat sangat.
2. Tumis sehingga naik bau,masukkan sos tiram dan kicap manis.Kemudian masukkan sosej dan kangkung.
3.Biarkan kangkung layu sikit dan masukkan nasi,gaul hingga sebati,perasakan dengan garam.

Mudahkan? yang bujang-bujang sesuai la ni nak masak kat rumah sewa kan.Ini je la yang Cik Sue mampu,Alhamdulillah Mr D tak cerewet,makan je apa yang ada.


Post a Comment

8 Comments

  1. Untung dapat suami yang cerewet. Hope bakal suami ena pun tak cerewet.. senang nak masak resepi campak2.. ekekek

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat laki gitu..haha..laki kita nak kene ada nasi kena ada lauk..fuhh

    ReplyDelete
  3. ahaaaa sedap nasi goreng macam ni ...budak-budak tu kalau ada sosej laju je menghabiskan hehe :)

    ReplyDelete
  4. nampak sedap lak..tetiba lapar ha ha ha..lamanya waktu berbukaa...hohohoho

    ReplyDelete
  5. sedap yer sue buat nasi goreng...meriah dgn sosej...nanti nak try resepi sue ni...sedapppp

    ReplyDelete
  6. Jimat masa..tu yg penting hehehe. Sep sket !!

    ReplyDelete
  7. Jimat masa..tu yg penting hehehe. Sep sket !!

    ReplyDelete