Korang pernah dengar Cendawan Susu Harimau tak? Tau tak rupa
dia cam mana? Ha meh Cik Sue tunjukkan gambarnya ye.Cik Sue dari kecil dah
biasa dengar cendawan yang banyak khasiat ni,maklumlah nenek bidan dan
mengamalkan perubatan tradisional,datuk pula ramai kawan dengan Orang Asli di
kampung, daerah Kuala Lipis sana.Cik Sue kan membesar di kawasan pedalaman
Pahang,memang biasa juga dengan pokok-pokok herba dan ubatan ni.Banyak juga
belajar dengan arwah nenek tapi banyak juga dah lupa sebenarnya hehehe.
bentuk cendawan susu harimau |
Cendawan ni ikut cerita orang tua-tua dapat nama kononnya
harimau susukan anak dia,dan susunya jatuh menitis ke atas tanah,menyerap ke
dalam tanah dan tumbuh la cendawan ni.Ha tak tahu la betul ke tidak cerita
turun temurun dari orang tua kan.Tapi kalua nak tahu cendawan ni tubuh satu je
tau di satu-satu tempat,dia tak tumbuh sekelompok,kata arwah nenek sapa yang
jumpa kalau dalam hutan tu memang bernasib baik la,tu pun kalau ubinya
(bahagian yang dalam tanah) masih elok,kalau tak kosong je, tak guna juga,sebab
yang boleh di buat ubat adalah bahagian ubi dalam tanah tu.Bahagian itu yang
diambil tuk buat ubat ,selalu kecil-kecil nampak nenek parutkan kat belakang
pasu dengan sedikit air dan sapu kat ibu-ibu berpantang yang alami bengkak
susu,elok tuk redakan katanya.
lawatan ke Ligni Biotech |
Tak sangka pula baru-baru ni Cik Sue berpeluang melawat makmal tanaman Cendawan Susu Harimau ni
secara moden dan menggunakan kemudahan teknologi terkini.Malah di proses secara
moden sebagai ubat.Kami di bawa melawat ke Pejabat dan makmal Ligno Biotech Sdn
Bhd di Taman Perindustrian Balakong Jaya 2,Balakong,Selangor.Mereka
mengeluarkan produk kesihatan dari Cendawan Susu Harimau dalam bentuk kapsul
dan teh. Kami di beri penerangan oleh CEO Ligno Biotech iaitu Ng Szu Ting serta
doctor yang menjalankan penyelidikan berkenaan cendawan ini hampir 8 tahun
iaitu Dr Tan Chong Seng ,dari MARDI.
Penerangan dari Ng Szu Ting |
Dr Tan menjalankan kajian |
Dengan kerjasama MARDI dan Ligno Biotech mereka meredah hutan
Tropika dan menemui kaum Orang Asli untuk menjalankan kajian ,menyelidik serta
mengusahakan penanaman cendawan ini.Dengan kajian ini,syarikat Ligno Biotech
adalah pemegang Malaysia Book of Record ,pengeluar pertama Cendawan Ssusu
Harimau,selain pengeluar produk halal dan organik, mereka juga terpilih di
bawah 20 syarikat Bionext.
Proses pembiakan yang di jalankan di sini menggunakan kaedah
tisu kultur,di mana benih atau tisu cendaan susu di biakkan dalam beras yang
sudah di masak dalam periuk tekanan tinggi.Kemudian di simpan di dalam bilik
dengan suhu seperti Hutan Tropika tempat asal ia membiak.Setelah ubinya iaitu
bahagian yang paling berkhasiat tumbuh ,ia akan
di keringkan dengan proses penyejukan dan di tuai untuk di buat produk
berbentuk kapsul dan teh.
proses pembiakan cendawan di dalam makmal |
cendawan yang mula tumbuh |
Rupanya banyak lagi khasiat Cendawan Susu Harimau ni,Orang
Asli dah menggunakan hampir 400 tahun dulu lagi.Kiranya tumbuhan ni dah jadi
warisan negara kan? Sangat bernilai,patutlah dulu-dulu payah kawan-kawan Orang
Asli datuk nak beri cendawan ni.Antara khasiatnya adalah :
1.
Merawat penyakit berkaitan paru-paru serta organ
dalam seperti buah pinggang,hati,limpa serta penyakit seperti asma,semput,batuk,lelah,sinus
dan resdung
2.
Menjadi bahan anti –tumor dan kanser,mengawal
punca kanser.
3.
Mengawal kanser payudara dan berkaitan sakit
wanita selepas bersalin serta sebagai bahan menggalakkan susu ibu.
4.
Juga sebagai bahan anti oksida untuk
badan,menambah tenaga.
5.
Mampu melegakan kesakitan sendi dan tulang.
6.
Sebagai bahan rawatan untuk kesihatan kulit
terutama eczema.
7.
Sebagai makanan tambahan untuk perokok yang
ingin berhenti serta warga tua .
produk dari cendawan ini,teh |
antara produk yang ada |
Macam mana? Menarikkan? Cik Sue memang lebih suka guna
ubatan herba macam ni dari ubat-ubatan yang banyak kandungan dadah segala
tu.Badan nak pakai lama kan? Lagi pun ubatan herba begini lebih organic dan
sesuai dengan badan sebenarnya.Nak tengok tak produk yang di hasilkan dari
cendawan ni,ada dalam bentuk kapsul,pil berperisa koko untuk kanak-kanak dan
teh sebagai minuman.
Macam mana nak dapatkan?
Korang boleh hubungi alamat dan no telefon seperti di bawah ye.oh ya kalau nak
jadi agen pun sangat-sangat di alukan :
Ligno
Biotech Sdn Bhd
No
1 ,Jalan Perindustrian Balakong Jaya 2/2,
Taman
Perindustrian Balakong Jaya 2,
43300
Balakong Jaya,Selangor ,Malaysia
Phone
Fax : 03-89455242
Email : contact@ligno.com.my
Laman web : www.tigerus.com.my
Hotline : 1700 818 242
Bisik-bisik:
Cik Sue pun tengah bagi suami
makan produk yang kapsul tuk resdungnya ,nanti Cik Sue kongsi ye testimoninya.
3 Comments
Banyak khasiat CSH ni.. dah amalkan minum teh dia setiap hari.. bagus la.
ReplyDeletebagus TMM ni.. teh tu wangi , dr selesma rasa ok sikit ...
ReplyDeleteAntara supplement yang buat aku teruja nak ambik. Sebab melibatkan rawatan pada paru-paru.
ReplyDelete