Kambing Bakar Sedap di AA Supergrill

Cerita dah lama tapi nak tulis juga sebab sedap,sebab lain senang nak refer tuk cari balik nanti hhahahha...dasar obses kambing bakar! ahaaa....ada yang sama kegemaran dengan Cik Sue tak? dulu punya  la tak suka segala mak nenek pasal kambing,susu ke,daging ke,semua tolak tepi,tapiiiiii..bila dah makin popular makanan berasaskan kambing ni,cuba je la,trend konon,sekaliiiii melekat pulakkk,pantang jumpa sekarang ni.

Meh nak kenalkan satu lagi  menu kambing bakar yang korang akan ulang makan,Cik Sue rekemen korang cuba.Kisahnya Cik Mimin (geng kbba) la suh try,kebetulan menu ni ada kat festival makanan kat Stadium Shah Alam bulan lepas ajak la Mr D terjah.kitaorang pergi dah malam,konon malas berpanas siangnya,alang-alang tu ajak kazen tersayang.
dengan tuan punya kedai

Mula-mua terpusing-pusing juga la nak cari ,ramai orang membanjiri ,biasa la pesta-pesta makanan ni kan.Akhirnya jumpa juga ,tanya pekerja-pekerja yang masak kambing tu mana owner,sekali Mr D dok "eh macam kenalllll" yang owner dia pulak pun " eh macam kenalllll" ah sudahhhhhh....
Lorrrrr rupanya kawan Mr D,keciknya duniaaaaa hahahaha.Kononnya nak kenal owner nak mintak kad,sekali Mr D dah memang kenal,senang keje Cik Sue,sementara tunggu order kitaorang siap,sempat la depa dok borak sakan.

fuhhhhh semerbak
Duduk borak dekat ngan dapur ,bau dah semerbak,alahaiii berbunyi-buni perut.Memang nampak menyelerakan.Sos original homemade dari owner sendiri iaitu En Aslam.Ha,sos saja pun dia jual,dalam botol RM5 je satu,boleh beli tuk makan ngan ayam ke daging ke nak buat kambing sendiri ke kat umah,Cik Sue pun tapau 2 botol.

ni ha sos nya.

Yeahhhh siap pun order kitaorang,dah snap-snap gambar,teruskan jalan-jalan dan cari tempat nak menjamah kambing AA Supergrill ni.Oh ya,kedai AA Supergrill ni kat area Subang Bestari,cuma time ni diorang join festival makanan,jadi Cik Sue terjah je la kat sini,senang.

nahhhhhh...meleleh sos dengan vege yang fresh tu,memang sedap oiii...terliur pulak

ni la tokeynya,yang kecik tu bos gak tu hehehhe...

nah bukti,sampai menjilat jari cik kazen makannnn,punya sedap suh amik gambo Cik Sue makan pun
tak layan dah hahahhaa....

Berbaloi tuk korang cuba,daging kambing yang lembut dan sedap,sos pulak homemade dan cukup rasa hingga menjilat jari time makan,Pasni sambil balik Sg Buloh dah boleh terjah kedai kat Subang Bestari la pulak,yummmyyyy.

ada juga promosi penghantaran tapi kalau jauh-jauh tu call dulu la tanya ye.

Amacam,nampak sedapkan? kalau try lagi terbukti sedap.khabarnya dah ada cawangan dekat Bangi dan Terengganu.Korang nak dapatkan maklumat lanjut call je tokey dia.

AA SUPER GRILL SUBANG BESTARI
 Jalan Nova U5/N, Subang Bestari 
40150 Shah Alam Selangor 

Waktu Operasi 
Isnin-Khamis : 6.30pm-10.30pm 
Jumaat -Sabtu : 6.30pm-12.00am 
Ahad : Tutup 

 Tempahan: +6019 634 0294 (Aslam Zahari) 

Follow di ;

Intagram : @aa.supergrill 
Facebook : AA Super Grill

Tagline: "Mok Kito Maroh Jual Mahal"

bisik-bisik:
nak bodek Mr D singgah kedai kat Subang Bestari pulakkkk wahahhhaa

Post a Comment

1 Comments

  1. ala bestnya! sy pun suka kambing bakar. harga kat sini murah la jugak. kat pasar malam area rumah sy kambing bakar 200g dah rm10. sadis!

    ReplyDelete