Akhirnya siap juga,tapi......

Yeayyyyy,siap jugak akhirnya sebelum setahun hahahaa,ikutkan Cik Sue kurang-kurang nak peram 3 4 tahun biar jadi pekasamkan? tak pun biar dapat anak sorang dulu ke kan? wahahahah.Dalam kemalasan yang teramat,paksa-paksa siap la juga gambar kahwin sendiri.Ni la dia pesen kalau gatal nak buat sendiri padahal bukan pandai mana pun.Tak pe la,jimat satu hal,kalau jadi apa-apa senang tak yah nak marah or sakit hati kat orang.Marah je diri sendiri,boleh gitu?

Kat mana Cik Sue buat ni,alaaa kat SINI ha,Photobook Malaysia ni selalu buat promosi dalam Lazada contohnya macam kat SINI , macam-macam juga produk dari Photobook Malaysia yang ada,korang boleh pilih ikut kehendak masing-masing.Ada yang semurah RM3 je tapi saiz kecik la,dah di beritahu siap-siap kat situ saiznya,korang ukur la siap-siap.




Bila dah beli dengan lazada pihak photobook akan emel no voucer tuk produk yang kita beli tu,pastu pi kat web dia ,kena daftar dulu,masukkan maklumat semua supaya senang proses penghantaran nanti,pastu korang masuk kat online project tuk buat sendiri photobook korang tu.Ada juga template dia sediakan kalau tak pandai nak susun,Cik Sue pi amik customize sebab nak susun ikut suka hati.

Pastu upload je la gambar korang pastu tarik-tarik je masuk dalam kotak gambarnya.senang je,korang godek je dalam web dia.Pastu dah siap,korang klik je order kat atas sebelah kanan yang bentuk troli tu,pastu ikut step yang di beri.Nanti dekat pembayaran dia akan mintak nombor vaucer yang korang ada,so tulis nombor vaucer yang beli kat Lazada tu ye,tapi pastikan produk korang pilih tu betul seperti vaucer yang korang beli tu,jangan pi order produk lain pulak,pastikan sama tau.




Kat atas ni hasil-hasil yang Cik Sue buat sendiri dengan vaucer berharga RM19.90 dari Lazada ,bersaiz A4. glossy paper,kalau nak ikutkan harganya RM100 ++ ,Jimatkan?
Ni pun ada lagi 3 vaucer rm3 tuk saiz 6" x 6" Cik Sue beli nak print photobook gambar-gambar kenangan semua,best juga bila print ni boleh belek-belek kan dari dok terperam dalam laptop je,lagipun sementara murah,amik je la kan.Tapi dia ada had masa tau,dalam 2 3 bulan juga la.

Tuk yang ini agak puas hati la,tapiiiiiiii silap Cik Sue sendiri ada beberapa gambar yang jadi gelap sebab Cik Sue lupa edit bagi cerah.Tengok dalam laptop dah cantik,cerah clear semua,sekali dah print dalam photobook jadi gelap pulak.Tak pelah,nanti kalau ada promosi lagi akan print semula buat satu-satu ikut majlis,sebab yang ni gabung tiga-tiga majlis.

Korang nak? pi la usha Lazada ,taip je "photobook" kot nak print atu buat photobook anak-anak ke kan.Gambar apa-apa event ke ,pi melancong ke,berbaloi.


Post a Comment

11 Comments

  1. sama la sue..saya pun ada dekat 6-7 voucher photobook tapi tak buat2 lagi..nak buat menda alah ni kena cari mood yang sesuweii..

    ReplyDelete
  2. Saya pon dah ada 2 buku, saiz 6"x6" dan 11"x8"
    Utk 6"x6" free.. cuba2 aja.. tak edit untuk enhance gambar jadi macam gelap T_T
    untuk kali kedua, dah cerah tapi nak cepat siap, byk ruang kosong T_T
    kali ketiga nanti kena luang banyak masa untuk susun elok2 gambar... :D

    ReplyDelete
  3. kat pejabat ni website lazada kena block...ermmm.. kat rumah memang tak sempat la nak buka notebook.. berebut ngan mikhail je hahaa

    ReplyDelete
  4. Thn ni x buat lagi photobook.. Thn lepas dah buat 2 :)

    ReplyDelete
  5. Wahh cantik sue buat. Akak pun peminat photobook, tapi dah lama tak buat. Voucher dah lama beli, nak kena buat ni sebelum expired hehe

    ReplyDelete
  6. sis, nak tanya..photobook akan email kita ker kita tnggu diorg pos vcher tu?sy xpham..huhu

    ReplyDelete
  7. nak jugak buat photobook ..nak kumpul gambar dulu

    ReplyDelete
  8. Salam kunjung.

    Lama tak ada photobook gitu. Dulu pun edisi gambar sendiri orang buat. Menarik betul yang ni. :)

    ReplyDelete