Hai korang,
Heeee tak leh nak move lagi dari kenangan Kembara Taman Negara Kelabbloggerbenashaari,mohon jangan meluat ye huhuu...Kali ni Cik Sue nak bercerita tentang tempat tinggal kami sepanjang 4 hari di Taman Negara Kuala Tahan.
Kami menginap di Han Rainforest Resort yang pernah di tenggelami banjir besar penghujung 2014 lalu,tapi setelah 2 tahun kini di buka kembali malah lebih cantik dan selesa.
Masa sampai tu dah lewat malam tak nampak sangat kawasan sekitar,nampak bantal je hehehe tapi bila siang keluar untuk aktiviti wahhhh luas kawasannya dan cantik.Yang pasti tidur lena mimpi indah bila bilik selesa membuatkan rasa tak nak bangun,kemas cantik dan bersih.
|
berbagai aktiviti yang di uruskan Han Resort untuk pengunjung mereka.
|
|
bilik yang selesa bersih dan kemas |
Mempunyai hampir 130 bilik pelbagai harga dan jenis,memang cukup sangat kalau nak buat family dah pun kat sini,nak bawa rombongan pun sesuai untuk team building atau kursus motivasi.
Dari bilik jenis premier bertaraf hotel dengan pakej sarapan berharga dari RM180-RM350 hinggalah hostel backpackers berkadar murah dari RM25-RM130 .Sesuai untuk semua golongan.
|
Han Rainforest Resort |
Selain penginapan di bawah Han Travel pula menyediakan khidmat pengangkutan dari Kuala Lumpur terus ke Han Resort dan ke destinasi lain seperti Jetty Kuala Besut dan Cameron Highland.
|
kemudahan pengangkutan |
Resort ni memang lengkaplah mana tidaknya semua ada tersedia kalau sakit kaki trekking hutan siap ada tempat urut lagi.Ada Mini Market,Kedai Cenderahati,Karaoke,Surau,Restoran,dan macam-maam lagi kemudahan.Cik Sue rekem korang nak ke Taman Negara menginaplah di sini,puas hati.
|
mini market |
|
tempat urut tradisional |
|
ruang lepak tetamu |
|
surau |
Baru-baru ini juga Eco Adventures Camp bersebelahan Han Rainforest Resort baru di rasmikan dalam majlis pecah tanah oleh YB Datuk Mas Ermieyati Bt Samsudin ,Timbalan Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia.Tarikan terbaru ini mengandungi berbagai aktiviti fizikal yang menarik untuk di cuba pengunjung yang hadir seperti flying fox,memanah,abseiling,ATV serta banyak lagi termasuk sukan air.
Antara aktiviti yang Cik Sue sempat ikuti di Han Rainforest Resort semasa ke sana:
|
trekking ke Bukit Terisek |
|
berkehmah di pesisir Sungai Tembeling di Kg Dedari |
|
beramah mesra bersama penduduk suku kaum Bateq |
|
merentas offroad hutan dengan 4WD |
|
rapid shooting-bot laju di Sungai Tembeling |
|
kami kbba9 di Han Resort |
Terima kasih banyak Han Rainforest Resort menyediakan kemudahan penginapan untuk kami selama 4 hari 3 malam,sangat memuaskan hati.Kalau korang nak ke Taman Negara Kuala Tahan bolehlah menginap di sini.Pasti tak menyesal.
Nak dapatkan maklumat lanjut korang boleh ke laman web mereka:
http://www.han-rainforestresort.com/
Han Rainforest Resort
Co No : 673437-T / KPL 4647 Kuala Tahan, Jerantut, Pahang, Malaysia 27020
Tel: 09-2667888
Fax: 09-2666982
Email: hanrainforestresort@gmail.com
Latitude: 4.381525, Longtitude: 102.405784
bisik-bisik: rindu sudah kenangan di sana....
2 Comments
best! best! ni setahun takleh move on nih!! hahahaha
ReplyDeleteRindunya. Takde sikit pun rasa takut masuk hutan ,t erfikir binatang buas ke mahkluk halus/ghaib ke. Memang pengalaman menarik yg rasa tak puas tidu kat tepi sungai.
ReplyDelete