Aktiviti wajib bila balik rumah mertua hari minggu,memasak hidangan kegemaran suami atau resepi-resepi tradisi keluarga suami.Haruslah Cik Sue salin resepi senang nanti nak masak semula kat rumah nanti,atau pun bila encik suami request plak kan.
Kali ni belajar memasak menu masakan Jawa pulak,guna bahan cekur atau dalam Jawanya kencur,macam mana rupa cekur ni,ha macam dalam gambar kat bawah ni ye.Cik Sue tahu dan kenal cekur ni tapi tak pernah guna dalam masakan je.
inila cekur/kencur |
Jom kita tengok bahan dan cara memasaknya ,jommmmm.
Bahan :
400gm ikan sepat atau apa2 ikan sungai-di goreng terlebih dahulu supaya tak hancur isinya
kalau rajin boleh juga salai.
5-6 biji Bawang Merah
4 ulas Bawang Putih
segenggam cekur
10-15 biji cili api (ikut tahap kepedasan masing2 ye)
6 sudu air asam jawa
1 helai daun cekur di carik halus
500ml santan pekat
1/2 cawan air
garam gula secukup rasa
Cara menyediakan :
1. Tumbuk cili api,bawang merah ,bawang putih dan cekur.
2. Masukkan bahan tumbuk dalam separuh santan dan didihkan.
3. Masukkan ikan dan separuh lagi santan masukkan air asam jawa,masukkan daun cekur.
4. Masukkan garam dan gula,perasakan.
Senangkan,simple tapi memang sedap,menambah-nambah makan.Cubalah mana tahu kena dengan selera korang.
2 Comments
Sedapnyaa..nak buat lerr
ReplyDeletemakan dengan nasi panas-panas mesti bertambah-tambah ni.
ReplyDelete