Menu lazat di Cafe Cerita Kambing ,Anggerik Mall,Shah Alam.

Sapa penggemar menu berasaskan kambing? Lamb Chop? Sup Kambing? Beriyani Kambing? Haaaa meh rapat-rapat Cik Sue ada satu kedai menghidangkan menu yang berasaskan kambing di mana anda akan makan sehingga menjilat jari.Kat mana? Di Anggerik Mall Shah Alam je,senang je nak cari waze Anggerik Mall Shah Alam ,masuk dalam mall naik eskelator satu tingkat dan ke sebelah kanan.
Ha korang tengok signboard macam kat atas ni,tu la kedainya,Cafe Cerita Kambing.Kenapa kambing? sebab korang boleh mintak macam-macam menu kambing di sini.Selain makan di sini mereka juga menguruskan perkhidmatan katering di bawah nama Endau Beriyani Catering untuk sebarang majlis.Jom tengok apa yang di hidangkan untuk team Kelab Blogger Ben Ashaari Ahad lepas :

ada mee jawa

ada laksa johor,menggunakan spageti

kuih koci labu,ubi kayu dengan sambal tumis dan kelapa parut


pastinya kambing panggang

ada buah limau juga
ada juga pengat pisang sebagai manisan

Dan pastinya yang Cik Sue nak rasa adalah set beriyani yang ada kambing dan ayamnya.Sangat-sangat Cik Sue rekemen,berbaloi dengan harga ,rasa memang sedap,tak rugi untuk wang anda.


acar timun


ayam masak merah yang Cik Sue dan Mr D sangatttttt gemar
tengah makan siap bisik ngan Mr D nak tapau hehhehee..3 4 kali ulang tambah
dok ratah lauk je.
dannnnnn Kambing Beriyani Masala
sumpahhhhh sedap,ni pun Cik Sue terbayang lagi kesedapannya,alahaiii...
Cafe ini di miliki oleh Chef Zakaria yang menyediakan sendiri menu yang di tempah dengan bantuan isterinya Puan Aziah,sangat peramah orangnya.Dengan keadaan cafe mereka di food court yang bersih dan luas memang selesa untuk menjamu selera.Food Court ni pun tak sesak dan ramai sangat orang,jadi amat selesa untuk datang makan dan berbual dengan kawan-kawan.Korang memang kena try tau.Lgipun di Anggerik Mall ni parking senang,hari minggu RM2 je parking.

laksa johor tuk Cik Sue,sedapppp...kuahnya pekattt.

ni Cik Sue punya pinggan tapi yang first je,
lepas tu bertambah2 hehehh

ruang makan yang luas.

ni la pemilik Cafe Cerita Kambing ni,mesra sangat.
Terima kasih banyak atas layanan kepada kami,puas hati makan dan pastinya Cik Sue akan singgah kalau ke Shah Alam,memang selalu datang sini pun hehehhe,tempat jatuh lagikan di kenang ni kan tempat merangkak hehhehe.


gambar ramai-ramai sebelum balik dengan perut kenyang mata layu.

Untuk sesiapa yang nak dapatkan khidmat katering mereka boleh hubungi mereka ye :



Chef Zakaria : 011 3176 0227
Puan Aziah :  019 2816 308  ( tel )  | 019 3531 320 ( whatsapp )

atau korang boleh ke page Endau Beriyani Caterers


Oh ya! hujung minggu ni ada pesta makanan di Anggerik Mall,bolehlah korang datang ramai-ramai,nanti macam-macam booth makanan ada tau,termasuk Cafe Cerita Kambing ni.tak rugi datang.








Post a Comment

12 Comments

  1. Betul sangat sedap.. suka dengan laksa johor dia terbaik!!!

    ReplyDelete
  2. yes , sedap kambing masala n beriyani terbaik.

    ReplyDelete
  3. alahaiiii lomah jantung den tengok kambing atas meja. Nak jugakkkkkk makan kambing camni ....haha :D

    ReplyDelete
  4. Rindu lauk dan nasi.... Rindu semua la... Huhu

    ReplyDelete
  5. Rindu lauk dan nasi.... Rindu semua la... Huhu

    ReplyDelete
  6. Aduhai Sue!
    Tak boleh tengok kambing... apa pun masakannya memang nak makan sebab suka kambing! Tq for sharing dear!

    ReplyDelete