Assalamualaikum Salam Jumaat semua,korang sihat? rasa lama pulak Cik Sue tak membebel kat sini.Hurmmm tangan kiri pun ngilu pedih lagi,gigih je buat-buat kuat.Itulah kata orang selagi nyawa tak terancam kita tak hargai hidup ni.Mungkin ramai kawan-kawan yang dah tahu apa jadi ngan Cik Sue dan Mr D minggu lepaskan.Alhamdulillah makin beransur sembuh dan dah boleh bekerja walau ada sikit-sikit lagi luka yang belum kering.
Apa sebenarnya yang berlaku? senang ceritanya terbabas motor huhuu.Kejadiannya Selasa 29 Oktober 2015,dalam perjalanan balik kerja.Kami nak balik rumah ,cuaca baru lepas hujan renyai jalan pun masih lembap lagi,melalui kawasan Jalan Ayer Hitam dari Uniten menghala ke Sg Merab,elok sebelum sampai depan Pusat Latihan CIMB ,motor tak laju pun,tapi lampu jalan tak de dan dah dekat baru perasan anjing dok main tengah jalan.Mr D yang terkejut ,brek emergency sambil lepaskan minyak.Tapi memang dah dekat dan tak sempat buat apa-apa,motor tak boleh di kawal,terbabas.
sisi motor yang terseret bahagian lain lupa nak amik gambar,pedal gear bengkok. |
Cik Sue cuba lompat tapi tak sempat lalu tercampak dari motor dan berguling dua kali dan terus terseret atas tar jalan.Waktu tu Cik Sue hanya fikir nak elakkan terhentak perut serta selamatkan muka dulu.Perut tu baru sembuh kesan eksiden 2010 dulu (kemalangan kereta).Jadi kaki dan lengan menjadi ganti terseret atas tar,sakitnya tuhan je la tahu,Semuanya begitu pantas,tak sampai 5 minit,habis terseret Cik Sue terbaring tengah jalan,sebelah kiri badan kebas dan tak rasa apa-apa,seolah-olah hilang sebelah badan.Gagahkan diri juga terlentang dengan helmet yang belum tertanggal,mula terasa pedih luka di siku dan lutut.Cuba celikkan mata,tiba-tiba nampak cahaya lampu besar menyuluh depan mata,masa tu baru terpikir Ya Allah aku kat tengah jalan,kereta kasih lalu-lalang,Ya Allah selamatkan aku.Mengucap panjang masa tu,dan terpikir kalau lah lori lalu,Allahhhhh...tak tahu nak kata apa.
koyak seluar baju kita kat lutut,sib baik tebal |
jahanam cardigan huwaaaa |
Lepas tu mula dengar suara orang dan sorang perempuan datang dekat dan pegang nadi serta periksa kecederaan.Binggung sekejap.Cik Sue mula tersedar dan boleh ingat bila sayup-sayup dengar suara Mr D,dia datang dekat dan dengan cemas suruh Cik Sue jawab ,masa tu lah memang nampak muka cemas dia,risau,takut semua ada,Cik Sue sendiri masa tu sebak tapi lega sebab nampak diaboleh berdiri di sebelah.Pendekkan cerita ambulan hospital Serdang datang dan bawa kami ke kecemasan Hospital Serdang memandangkan Cik Sue tak boleh bangun serta tak rasa apa-apa di bahagian kiri,bimbang ada yang patah pulak.
Mr D cedera ,ada lagi bahagian lain,tak leh tunjuk aurat Cik Sue pun luka gini gak huhuu |
Dalam ambulan sempat suruh Mr D maklumkan kat Cik Yan my cousin di Shah Alam sebab bos dia agen insuran dan medical card kami.Dan Mr D hanya sempat maklumkan kat grup wasap putrajaya tuk bagitau kawan blogger KBBA.Dalam ambulan memang mengerang la kesakitan,Mr D memang dok sabarkan je tapi Cik Sue tetap berair mata la tambah-tambah tengok laki berdarah sana sini kan depan-depan lak tu,tu pun dia masih risaukan bini,padahal sendiri pun tahap cedera parah hukkk.
Masuk emergency Cik Sue dah pening,bingung,lalok je rasa kepala.Terua doktor buat prosedur yang sepatutnya.Lepas di periksa Cik Sue tak banyak luka tapi kaki dan lengan kiri masih tak leh gerak.Masa dah sedar atas katil memang nangis takut la kejap,dalam hati dok tanya mana lengan aku ni,mana kaki aku ni huwaaaa,Mr D plak tak de ,dok cuci luka,lagi la nangis.
Dah siap masuk air,amik darah dan masukkan ubat,terus rest di katil,kemudian buat xray tuk pastikan tiada patah dan retak.Alhamdulillah memang tiada.Alhamdulilah juga dan terima kasih kawan-kawan yang terawal sampai,sian korang kelam-kabut datang,Fiza Fantagro,Emas Putih,Que Achmad dan Kak Saidila dan suami.Terima kasih banyak korang,malam-malam buta sudi membantu.Terima kasih juga Big bos Kelabbloggerbenashaari,Mr Ben,ambil berat dan tanya khabar,sentiasa ada tuk hulurkan bantuan sampai naik segan dah huuhu,Kawan-kawan Kelabbloggerbenashaari yang dah macam keluarga kedua Cik Sue,love uolsss.
Balik rumah hampir jam 4 pagi,terima kasih lagi tuk Kak Saidila yang bersusah payah menghantar.Siap sediakan makanan stokin baju bagai lagi~mak2 sangat hehehe~.
Akhirnya terbungkang kat rumah mc hampir seminggu.Alhamdulillah luka makin sembuh ,cuma Mr D je luka di kaki infeksi kuman,jadi bengkak,terpaksa ke klinik semula amik antibiotik.
Cik Sue pulak konon-konon ingat dah sihat,nak la pi keje dah lama tak masukkan,try bawa kereta sekali menitik air mata tahan sakit kat lengan rupanya otot dalaman kat lengan terkoyak di dalam,sakitnya macam daging di hiris-hiris dengan pisau lipat tau,nak meraung pun ada,terpaksa la mc lagi.nasib baik bos memahami siap suh dambung cuti je lagi rehat kat rumah,tq bos.
Inilah manusia (Cik Sue la tu) ,rasa insaf bila keadaan nyawa bagai telur di hujung tanduk,masa tu barulah nak ingat mati,sayang nyawa,takut dosa-dosa semua.Ya Allahhh,jauhkanlah aku dari sifat lalai lagi,haa nampak? baru ingat mati,baru takut huhuu.
Alhamdulillahhh Allah masih sudi beri tumoang di buminya ini.Masih memberi peluang bertaubat dan meminta ampun atas segala dosa,kadang kala kecelakaan ini juga adalah teguran cash atas apa yang kita buat yang kekadang kita tak sedar kan?.
Walau penuh berhati-hati dah Mr D menunggang motor,tapi kalau Allah kata nak jadi,jadilah juga kan.Ini orang kata malang tak berbau,kalau tahu dah lama elak.Apa yang Cik Sue dapat dari kecelakaan ini,pentingnya pakaian yang sesuai dan langkah keselamatan ketika menunggang motor.
Kita tak tahu apa akan jadi,ni nasib baik la,Cik Sue jenis yang pakai stokin ,seluar slack kain tebal,siap berjaket,sarung tangan je tak pakai,helmet pun yang jenis kualiti baik.Kalau tak harus lagi teruk lukanya.
Dan pastinya medical card zaman sekarang sangat penting,kita bukan ada duit puluh-puluh ribu dalam simpanan kalau jadi apa-apa tiba-tiba kan? inilah penyelamat dari berhutang kiri kanan menanggung kos perubatan yang meningkat,Alhamdulilah tak silap keputusan buat medical card dan insurans dulu,amik yang jenis pelaburan,untung,akhir-akhir nanti simpanan yang kita bayar bulan-bulan tu dapat kat kita.Di samping dapat kelebihan tuk kos perubatan dapat juga pelaburan.
bisik-bisik:
Dah 2 kali eksiden,1 kereta 1 motor,harap-harap lepas ni tak de dah,mintak di jauhkan.
Sakitnya tuhan je yang tahu,kesannya bukan seminggu dua,berbulan tau.
Dulu eksiden kereta ,bertahun nak sembuh kecederaan dalaman.Ni tisu otot koyak pulak,dah tak leh angkat benda berat,bila laaa nak sembuh huuhuu.
TQ cinta hati,jaga saya sebaiknya,sangat take care,selalu risaukan saya dulu bebanding diri sendiri,okey dah ,jap gi hujan kang.
11 Comments
Semoga cpt sembuh ye Sue..take care..
ReplyDeletealahai..kesiannya sue,nasib baik tak teruk kan..moga cepat sembuh ye.
ReplyDeleteAlhamdulillah,..Sue takde apa2...syukur...jaga diri eh dik...
ReplyDeletecepat sembuh kak sue.. rasa dah okey sikit nanti boleh pi berurut..
ReplyDeleteTerasa pedihnya bila sue cerita tangan dan kaki terseret tu. Tapi syukur alhamdulillah takda yang serius. Tu la .. kita dah hati-hati tapi benda nak jadi memang tak sangka. Apapun sue dan eddy jaga luka tu leklok, jangan ganas sangat nak angkat barang bagai tau. Dah sibat bebetul, baru boleh nak buat apa-apa aktiviti. Moga cepat sembuh ye sue dan eddy :)
ReplyDeletesemoga cepat sembuh..Take care ya!
ReplyDeletesemoga kak sue ngan abg eddy cepat sembuh ya. ^_^
ReplyDeleteget well soon dear..
ReplyDeleteharitu pun accident teruk sampai patah kaki. hati memang trauma naik motor tapi nak buat macam mana ni lah sumber rezeki
ReplyDeleteYa Allah teruk ya sue. Huhu mujur la tak terhentak kepala.
ReplyDeleteSue.. Lain kali klu hujan tgu sejam br gerak balik ye. Sbb akk pernah baca kat mana kk lupa. Dia kata kereta ke motor ke kena tgu sejam br gerak sbb bila hujan kereta motor ada kluarkan minyak . Minyak tu akan buat tayar motor kereta licin walau hujan nk stop . Tu yg bila kita break akan membuang mudah tergolek tu tak kira pki tayar mahal camne pun tetap risiko katanya.
Akk br baca mgu lps lupa kat mana.
Moga cpt sembuh ye. Akk rasa sue cedera teruk sbb cuba thn takut muka dan perut yg pernah cedera tu kena. Akk pernah jatuh kaki pijak lopak tgn pegang brg berat kiri kanan. Masa dh tau nk jatuh tu kawal jgn muka tersembam perut ngandung 5 bln lbh terhentak. Tp kaki akk terseliuh teruk sbb kawal jgn terhentak perut dn punggung smpi dua mgu akk x blh jln. Masa scan baby elok je menonggeng sujud x gerak2 tido elok je. Huhu
Moga cik sue sihat da skang ye.
ReplyDeleteTakut nyer la ...