Cuti merdeka 3 hari yang lepas,kebetulan tak de apa-apa plan.Kena pula masa mak mertua dan abang ipar ajak ke Bagan Datoh dan Sabak Bernam,melawat saudara mara,jenguk kampung halaman mak mertua.Cik Sue kan korang tak tau ke,pantang di ajak berjalan,macam dapat emas seketul hehehehe.Gilerrr tak nak ikut,tambah-tambah kaka ipar kat Bagan Datoh tu masak sedap oi,dok cite pulak macam-macam ada,wajib la Cik Sue ikut tau.
Kami bertolak dah lewat petang sebab Mr D keje sabtu tu,Cik Sue amik dia kat office dan balik amik mak dan bapak kat rumah terus gerak ke Bagan Datoh,sempat berhenti rehat di Tanjung Karang.Dalam jam 10 malam sampai ke rumah kakak ipar di Bagan Datoh,jauh juga masuk ke dalam,betul-betul kampung ni.Dan sampai di hidangkan teh panas dan makan nasi lauk kampung,dengan ulam dan sambal,ikan goreng,haihhhh kekenyangan tido malam tu.
Pagi bangun solat Subuh,menggelupur sekejap kena air kolah yang sejukkkkkk,memang tak ar nak mandi terus hahahhaa,beku oiiii...segar sangat,lepas solat,tolong kakak kat dapur jap,tapi lebih tertarik dengan suasana segar di luar.Pokok kelapa sekitar rumah melambai-lambai di tiup angin,rupanya dekat juga ngan pantai.Malam sampai tak nampak la,amik kamera turun ke tanah jalan-jalan dan snap.
Bulat mata Cik Sue tau nampak pokok-pokok ulam,pucuk-pucuk kayu yang boleh di makan,alahaiii bestnyaaaa,petik je nak makan.Ada pokok koko,belimbing,kelapa,ulam pegaga,ulam raja,mengkudu,ada cili,terung,daun kesum,semuanya keliing rumah je,bayam,sawi tumbuh meliar je.
|
sibuk kacau orang lepak hehehe |
|
lepak-lepak alaaa2 agadis kg yang tak berapa gadis hahahahaha |
Sambil berpusing keliling rumah sempat kutip ulam dan pucuk-pucuk yang elok tuk kesihatan,mak dah panggil masuk sarapan,tapi dua tiga kali laung gak la,hahahha macam-macam peel anak menantu cucunya.
|
kutip buah belimbing |
|
gaya je lebih nak bawa tak pandai hahhaha |
|
hidangan sarapan |
Sedap betul sarapan masakan orang kampung ni,terasa di tekak,mihun goreng ikan bilis,nasi impit kuah kacang,pisang goreng berempah,samosa,laksa asam,kopi o dan teh panas.Siap sarapan,kami terus bersiap-siap nak baik dah,tak puas rasa,segarnya udra dok sini,lapang je rasa,dengan rumah kayu lama ni,betul-betul dok kampung,best lagi rumah kakak ipar ni tak de TV ye tenanggggg je malam-malam,banyak masa ngan family.
|
bekal bawa balik |
|
macam-macam susun dlm bonet kereta ehhehh |
|
kenangan family inlaw,tak cukup lagi ni... |
Dalam perjalanan balik singgah Sabak Bernam,Sekinchan mak bawa berjalan rumah saudara maranya.Seronok,macam-macam di hidangkan,errr makan je ko tau Cik Sue heheheh.
|
damai |
Insya Allah nanti nak datang lagi,dah ajak Mr D,nanti datang dok lama sikit,tak puas heheheh.
Nanti nak makan seafood segar-segar,nak ajak Mr D gi pantai.sukaaaaa...moga di panjangkan umur,di murahkan rezeki dan di panjangkan jodoh.
2 Comments
Bila nak ada kampung suami juga ni. Alahai. Eh.
ReplyDeleteAbang Eddy memang gaya je lebih , ini semua POYO!
Eh nak tenang - tenang , datang la rumah , rumah saya tak ada TV juga.
Seronok tengok suasana kampung.. Cantikk
ReplyDelete