Bloggers Day Out Dan Sambutan Hari Lahir Panda di Zoo Negara

Selepas berjaya dengan Blogger Day Out di Cyberjaya awal tahun,sekali lagi Kelab Blogger Ben Ashaari berkumpul di Zoo Negara pula kali ini.Tanggal 23 Ogos lepas kami beramai-ramai menggegarkan Zoo Negara.Bloggers Day Out dan Sambutan Hari Lahir Panda tajaan Cosmoderm,Zoo Negara dan Food Panda memang meriah dengan gelagat kami dan ahli keluarga besar Kelabbloggerbenashaari.

last masuk zoo negara umur 11 tahun,kali ni pi ngan family kbba dan husband lak,skit lagi bawa anak plak aminnn

sebahagian ahli kelabbloggerbenashaari yang hadir Bloggers Day Out
kafe di sediakan di luar gate zoo negara ,so boleh breakfast dulu ye.

kadar bayaran masuk
Taman Rama-Rama
Selepas mendengar taklimat dari Tour Guide,kami di bawa masuk dan destinasi pertama kami adalah Taman Rama-Rama.Kami berpeluang melihat berbagai spesis rama-rama,siap boleh pegang lagi,bukan kanak-kanak je yang tua pun seronok jugak la hehehhe.








Selepas keluar dari Taman Rama-Rama dan sementara menunggu aktiviti seterusnya kami di bawa melihat spesis hidupan air dan haiwan-haiwan lain.







Antara hidupan yang terdapat di sini.


Akuarium Tunku Abdul Rahman

hidupan air,heppp yg belakang bukan yg depan grrrr...




Sedap plak tengok ikan ni kalau buat masak tempoyak ,erkkk...

Animal Show
Kemudian kami di bawa menyaksikan Animal Show dengan layanan pihak Zoo Negara yang melayan kami bagai VVIP gitu,memang seronok,persembahan live boleh tengok depan-depan,kanak-kanak memang teruja.errr cik sue pun teruja gak hehehhe.

perlumbaan burung nuri

anjing laut

helang

singa laut,errr macam alif aziz lak trainer ni hahahha

haaaa ni binturung,ekor dia punya la kuat bleh wat gayut tu..

tengokkkkkk tiga2 ternganga,betapa terujanya mereka hhhhahaaaa..
Selesai Animal Show,Zoo Negara dah menyediakan makan tengahari untuk kami di Wild Restaurant di bahagian dalam Zoo,restoran ala-ala KFC ye.sedap burgernya,ayam pun sedap.Kalau dah penat jalan boleh jugak naik tram yang di sediakan untuk ke restoran ni.Sambil-sambil boleh tengok haiwan lagi.

sambil makan,ada majlis perasmian dan cabutan bertuah serta
ucapan wakil kelabbloggerbenashaari

amboiiiii sedapnya makannn...

Muzium Lebah.

Selesai makan kami di hidangkan pula dengan madu asli di Muzium Lebah,boleh lihat pembiakan dan pemeliharaan lebah serta spesis yang ada,boleh rasa madu lebah asli yang manis-manis masam,bukan sepahit bermadu ye... hahahhaa...





Giant Panda Conservation Centre.

Yeaaaa...akhirnya sampai ke destinasi terakhir dan utama kami ke Zoo Negara ni,kami akan sambut besday Fu Wa,yeeeee kebetulan dia dah jadi bapa panda,so kira celebrate sekali la kan,kira aci la kan,Selamat hari lahir dan menjadi bapa ye.Tapi sayang kami tak dapat tengok mak panda dan anaknya sebab kena kuarantin,kira macam berpantang la tu,berapa hari tak pasti lak,

penerangan dari staff zoo tentang makanan,habitat dan fakta-fakta berkaitan panda
Sebelum masuk ke rumah panda ni ,kami di ingatkan dengan beberaapa peraturan yang perlu di titik beratkan ,antaranya:

-Jangan bising,atau menjerit-jerit,nanti panda tak mau keluar sebab takut.
-Tak di benarkan bawa stroller baby masuk sebab laluan sempat nanti jem.
-Makanan dan Minuman tidak di benarkan bawa masuk.
-No flash,pastikan kamera henpon dan apa saja kamera tiada flash nanti panda terkejut.
-Jaga anak-anak supaya tidak memanjat.

Peraturan ni kena patuhi tau,nanti sia-sia je masuk bayar mahal-mahal ,panda pula tak mau keluar.

staf yang bertugas

info panda

info tentang panda
Akhirnyaaaaaa besday boy dah keluar,tapi kesian pulak tengok dia,mungkin sunyi pasangan tak de.

nak bermain tapi tak de geng

termenung je diaa huuhuuu


tengah menikmati kek besday dari carrot dan pucuk buluh,alaaa comeyyy

bergambar sebelum masuk tengok panda.

Puas hati akhirnya dapat tengok panda,itu la agenda sebenar kami heheh.Terima kasih banyak Zoo Negara,Cosmoderm,Kosmo,Bernama,Food Panda sebab menaja dan memberi peluang kepada kami.Semoga kita jumpa lagi tuk kembali menggegar hehe.


Sebelum balik kami sempat jalan-jalan lagi sekitar Zoo tuk puaskan hati dan tengok binatang-binatang lain.Memang pengalaman yang seronok bukan sahaja kepada anak-anak tapi kepada yang tua pun.Banya pengetahuan sebenarnya boleh dapat di sini,dan kita akan lebih hargai alam sekitar kita.

Terima kasih banyak semua,jumpa lagi nanti.

Untuk korang yang berminat nak kesini boleh dapatkan info lanjut di :
website : ZoonegaraMalaysia
instagram : Zoonegaraonlineticket
email : saujanajutaria@gmail.com
fon : 0351240109


waktu operasi : 9 pagi - 5 petang 
pertunjukan haiwan : 11 pg - 3 ptg 


Post a Comment

8 Comments

  1. sumpah comel giler panda tuuu... :3

    ReplyDelete
  2. sangat seronok.. rasa nak pi lagi tengok baby panda lak lepas ni.. rasa nk turun je pi peluk panda hihih

    ReplyDelete
  3. sumpah ..comel giler yang pakai tudung turqoise kat restoran kfc tu ... muahahahaha :D

    ReplyDelete
  4. teringin ak p oo negara, tak pernah sampai lagi.. hahaha

    ReplyDelete
  5. kiut panda ....... tp nape xleh pegang?

    ReplyDelete
  6. Gambar 3 org pakat ternganga tgk animal show tu comei! Hahahah

    ReplyDelete
  7. wow bestnya pergi zoo negara. cmna nak join event tu ye awak? teringin jg

    ReplyDelete
  8. alahai comelnyaaa! rasa mcm nk peluk2. tapi takut haiwan berbulu...acaner tuuu. haha

    ReplyDelete