Alhamdulillahhh ,rasanya belum terlambat tuk Cik Sue ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan mohon ampun dan maaf atas ketelanjuran kata dan laku sepanjang kita kenal,samada di alam maya atau realiti.Kita manusia yang takkan lari dari kesilapan,dan kemaafan itu tiada noktahnya,kan?
Phewww,baru dapat bernafas sikit tuk cerita raya tahun ni.Punya la susah nak cari mood nak bukak blog,penangan cuti lama sangat kan ,sapa suruh? heee...Takpelah tetap juga nak mencoretkan sedikit cerita buat kenangan.
Banyak beza beraya bujang dan selepas menjadi seorang isteri ni,terutama giliran balik raya.Tapi Alhamdulillah kami tak yah nak gaduh balik raya ke apa,sebab bukan jauh mana pun,yang penting perancangan.Rancang cuti dan perjalanan.
kemain jadi copilot huh.. |
Sempat la seminggu dok berpuasa kat Pahang ,tolong ma abah buat persiapan raya,bawa diorang keluar beli barang dapur dan rumah.Cik Sue pun tetiba rajin tahun ni siap buat popia nestum ngan cornflakes madu.Kebetulan adik ipar baru pun ada balik,siap buat kek sama-sama.
bawa family beli barang |
tu diaaa memborong |
muka puas hati dapat durian hehehe |
Kali pertama hari raya pertama di rumah yang masih asing bagi Cik Sue,tapi syukur ada keluarga mertua yang menerima seadanya,mak dan bapak yang sangat baik melayan menantu baru dia ni menantu bongsu kan heheh.Kakak ipar dan abang-abang ipar serta family diorang pun sangat baik.Yang bestnya raya rumah mertua ni,tetamu memang tak putus,sampai tak sempat nak jalan raya,kejap-kejap buat air,kejap-kejap topup kuih ,memang meriah,sedara-mara ramai.Dah lama Cik Sue tak rasa tetamu penuh rumah cam ni,dulu-dulu zaman abah dok kuarter memang gini la suasana,kekadang sampai 20 kereta serentak yang datang tapi sejak abah dah pencen dan kami pindah dok rumah kampung ,raya tak ramai kawan-kawan datang,hanya saudara-mara je,tu pun tak semestinya raya pertama,ada yang datang seminggu lepas raya,so tak penat sangat.
Rumah mertua memang meriah sampai raya ke 2 dan ke 3 masih ada kumpulan tetamu yang berkunjung.Alhamdulillah memandangkan kami melangsungkan perkahwinan sebelum puasa,Hari Raya ni jadi medan mengenal saudara-mara.Jadi glamer la Cik Sue sebagai pengantin baru dan menantu baru yang bongsu ni ehheheh,sambil beraya sambil collect hadiah kawin mana-mana yang datang masih bawa hadiah tuk kami,terima kasihhhhhh banyak-banyak .
baju nikah buat baju raya hehehhe |
bersama mertua |
anak buah paling kecik,semua dah balik baru nak kawan ngan mak su ye. |
Raya ke 3(Ahad) dah balik umah sendiri,Isnin Mr D dah keje.Mak ngan bapak mertua datang rumah,sib baik Cik Sue isnin selasa belum kerja boleh bawa diorang jalan-jalan raya.
Raya pertama sebagai isteri,tak de yang ketara sangat perubahan,cuma dah ada 2 keluarga,Kena jaga hati 2 keluarga besar,tapi seronok dapat kenal ramai orang dan macam-macam orang,dapat abang dan kakak baru.Persiapan raya tak berapa sebab pakaian pakai baju nikah je,tuk adik,orang tua ,anak saudara bagi duit je,tak sempat nak beli,kekangan masa.Kena pulak Cik Sue dan Mr D baru pindah rumah,sepanjang puasa tu sibuk mengemas je.
Inilah cerita raya Cik Sue yang biasa-biasa je,korang?
bisik-bisik:
Syukur Ya Allah,terima kasih atas kurniaan yang tak terjangka secepat ini,sesungguhnya Kau tahu apa yang ku perlu bukan apa yang ku mahu.Alhamdulillahhh...
5 Comments
hensem incik somi dia. kim salam peles. okbye
ReplyDeleteSelamat Hari Raya sy ucapkan buat cik sue n family, moga terus sukses & ceria2 selalu :)
ReplyDeleteBestkan raya 2 family... Alhamdulillah.. apa tu? ehem.. ehem ke? ;)
ReplyDeletewahhhh~ meriahnya raya dgn suami.hehehe
ReplyDeleteselamat hari raya kaksue.. baru sempat singgah..
ReplyDelete