Anda pembayar zakat
Lembaga Zakat Selangor? Pasti anda ingin tahu kemana di salurkan wang sumbangan zakat anda kan? Alhamdulillah 15 April lepas Cik Sue dan rakan-rakan Kelabbloggerbenashaari di jemput untuk bersama konvoi Jelajah Kasih Bersama Asnaf,yang mana Program Zikra ini diadakan beberapa kali setahun oleh pihak LZS bersama beberapa syarikat korporat dan penyumbang zakat.Bertujuan menjenguk dan memberi info ke mana saluran duit zakat dari LZS di gunakan.
Pagi-pagi lagi Cik Sue dah sampai di Ibu Pejabat LZS di Seksyen 13,Shah Alam,ada pendaftaran dan di hidangkan sarapan sementara yang lain sampai,serta kereta-kereta untuk konvoi bersedia.
|
LZS Shah Alam |
|
Pendaftaran |
|
makan dulu sebelum berkonvoi |
Selesai pendaftaran dan sarapan kami di aturkan menaiki 6 kenderaan mpv sebagai media bersama penyumbang-penyumbang zakat dan staf LZS.
|
bacaan doa sebelum perjalanan |
Destinasi 1 : Kompleks Asrama Anak Asnaf Fakir Dan Miskin Bait Al-HasanahTerletak di Kg Perepat,Kapar,Klang menempatkan hampir 200 pelajar 10-16 tahun.Bertujuan memberi peluang pendidikan kepada anak-anak asnaf di Selangor.Menyediakan suasana yang kondusif dan selesa untuk belajar.Kompleks ini di biayai penuh oleh LZS.
|
taklimat dari staf LZS |
|
kemudahan yang di sediakan |
|
antara penghuni di sini |
|
Kompleks anak-anak asnaf |
Destinasi 2 : Lawatan ke rumah En Jali Kadio-penerima sumbangan rumah-majlis penyerahanan kunci.Menerima bantuan rumah 3 bilik bernilai RM48 ribu dari LZS terletak di Kg Delek Kiri,Klang.
|
bantuan dari LZS |
|
rumah 3 bilik dari LZS
|
|
Majlis penyerahan kunci rumah |
Destinasi 3 : Butik D' Qaseh -Puan Siti Salbiyah Eksan
Bantuan LZS dalam bentuk modal perniagaan kepada Puan Siti yang merupakan ibu tunggal dengan 4 orang anak dan kini menjalankan perusahaan kedai jahitan,mengambil tempahan pelbagai baju,jubah dan lain-lain.
|
Puan Siti di butiknya |
|
mesin jahit yang di gunakan |
|
penyerahan cenderamata |
|
sila-sila sapa yg nak tempah baju |
Destinasi 4 : Ziarah ke rumah En Saharune Abdul Kadir
Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di lahirkan tanpa kaki kiri,menanggung isteri dan 5 anak dengan berniaga sate.LZS membantu dari segi modal perniagaan dan sumbangan kaki palsu.
Destinasi terakhir kami di bawa ke maahad ini yang mana mendidik anak-anak tahfiz yang cemerlang dalam bidang agama dan akademik,dengar khabar beribu yang interview dan memohon untuk masuk setuap tahun namun hanya 300 yang terpilih.LZS juga menyumbang untuk kemudahan anak-anak di sini.
|
kelas alquran |
|
penghafalan alquran |
Di sini kami melihat proses pembelajaran mereka ,dan majlis penutup serta makan tengahari oleh kakitangan di sini.Kemudian kami di hantar semula ke Ibu Pejabat LZS Shah Alam.
Selesailah program Zikra dan jelajah Asnaf kali ini,terima kasih banyak kepada LZS kerna menjemput kami.Dengan ini kita boleh tahu kemana sumbangan zakat kita di salurkan.Insya Allah dengan bantuan kita mereka dapat meneruskan hidup dan mendapat pembelaan yang sama.
Bisik-bisik:
Program kali ni benar-benar membuka mata Cik Sue betapa pentingnya zakat yang kita sumbangkan selain membersihkan pendapatan kita,menjadi tanggungjawab kita ke atas orang-orang miskin di sekeliling kita.Tidak perlu ada alasan untuk membayar zakat zaman ini,ada pelbagai cara malah dengan teknologi canggih tak perlu pun berbaris di kaunter.Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman web LZS ---->
DI SINI
Selain itu anda boleh juga install application e-zakat di google store seperti di bawah :
Application yang mudah,untuk mengira berapa zakat anda dan melaporkan jika ada asnaf yang memerlukan bantuan.
Sepanjang program berair juga mata melihat keadaan orang,sesekali membersihkan hati dari sifat bangga diri,tamak dan berlagak.
2 Comments
program yang sangat bermanfaat dan info yang amat berguna untuk umum mengetahuinya....
ReplyDeletememang satu pengalaman yg berharga dpt ikut program ni.. next time kalau ada lg confirm nak ikut
ReplyDelete