Kerana GST?

Dah ramai ke yang bawa bekal ke opis sekarang ni? Maklumlah zaman segalanya ber'cukai' kan,sesak gak nafas di buatnya.Nak beli mineral water sebotol pun bercukai haihhh,terkedu gak.Alhamdulillah gara-gara balik awal dari kerja semalam,dapat la masak n berbekal ke opis hari ni.Simple je makanan asalkan kenyang perut dah la.Bukan kerja menyangkul pun kan.

Menu yang senang di sediakan,,bahan-bahan pun Cik Sue sediakan siap-siap sebelum tidur,pagi tinggal masak je.Sosej Roll dan Spageti Bolognese Simple

sosej roll
Buat Sosej Roll atas permintaan Mr D,sebab hari sebelumnya nak beli kat kedai seketul rm1.50,terus tak jadi nak beli.Kesian dia teringin nak makan,buat je la.Bawa ke opis sikit tuk kawan-kawan,guna 10 keping roti dan 10 batang sosej ,dah masak potong 2,siap boleh bekalkan kat housemate lagi,puas hati makan.

kuah spageti
Spageti lak masak siap-siap malam sebelum tido,paginya panaskan je,bawa ke opis panaskan lagi ngan multifunction lunch box ,makan panas-panas lebih sedap.

breakfast ,spageti dan susu kambing

spageti tu pun banyak lebih,boleh panaskan dan makan sebelum balik rumah,jimat.Bagus dan berbaloi juga ada lunch box ni.

bisik-bisik:
Mari lah kita berjimat cermat untuk kesenangan "mereka"
Semoga Allah memudahkan.

Post a Comment

8 Comments

  1. senang..jimat untuk kesenangan 'mereka' hehe

    ReplyDelete
  2. esok pagi ty collect bekal ye...

    ReplyDelete
  3. elok juga bawa bekal...kebersihan terjamin....makan kat luar kena GST...bersih tu belum tentu....

    ReplyDelete
  4. wah quote boleh tahan juga..hehehhe

    ReplyDelete
  5. Bagus juga GST... dapat merubah kepada hidup yg lebih sihat dan berjimat cermat.

    ReplyDelete
  6. kan..sebab GST ni berat nak shopping dan banyak jimatnya masa beli brg. Nafsu pun control2 juga.

    ReplyDelete
  7. Kerajinan untuk bawak bekal bapaknya ja belum ada. Hehe.. tapi part semakin berjimat tu mmg betul.

    ReplyDelete