Jalan Felda Aring dan Kenyir ke Terengganu

20 Mac lepas berpeluang mengikuti konvoi family ke Terengganu untuk majlis akad nikah adik lelaki,Cik Sue drive Goldie Mr D ,memandangkan Cik Silpy tak sihat.Pertama kali drive dan melalui laluan Felda Aring,Gua Musang -Kenyir -Kuala Berang -Kuala Terengganu.Gigih memandu berjam-jam tanpa ganti (nak patah pinggang ngan kaki rasanya)


Nak ikutkan tak de la jauh sangat,lebih kurang 4 jam je tapi di sebabkan konvoi dengan orang yang tak boasa konvoi dan asyik-asyik sesat dalam Felda Aring kerana tersalah simpang,lambatlah jadinya.



Dari Gua Musang akan melalui Felda Aring 1-8 dengan jalan biasa ,nak kata teruk sangat tidaklah tapi ada 1 2 tempat yang masih dalam pembinaan.Lepas keluar dari Felda Aring akan jumpa Jeti Pengkalan Gawi untuk ke Kenyir Resort ,sayang kami tak sempat meninjau,nampak dari luar tempatnya sangat cantik.Tenang sangat air tasik waktu petang,kami juga melalui point tertinggi di banjaran gunung tu boleh nampak tasik di sebalik gunung ,memang cantik.Perjalanan di teruskan dan nampak santuari gajah di sebelah kanan,juga tak sempat singgah nampak dari luar je pekerjanya bersihkan gajah,ada bayaran untuk masuk.Kata abah sebelum ada pusat tu gajah berkeliaran je di tepi jalan,fuhhhhh seram pulak dengar.

nampak banjaran bukit

point tertinggi
Keluar dari Kenyir kami teruskan perjalanan ke Homestay yang adik Cik Sue sewa tuk bermalam,berhampiran rumah bakal isterinya.Kebetulan berdekatan dengan rumah Atuk Saudara,di kawasan Pasir Panjang,kami di jamu kari kambing untuk makan tengahari, perghhh memang menambah-nambah makannya.


hidangan dari atuk saudara-kari kambing,ikan kering,sayur kacang dan acar timun
Petang sampai tu masing- masing kakak dan ahli keluarga sibuk bawa anak-anak ke pantai,jarang-jarang kan jumpa pantai maklumlah kami dok ceruk hutan heheheh.Masing-masing seronok Maghrib baru balik ke rumah.Malam pulak masing-masing keluar shopping kat Kuala Terengganu.Cik Sue? haaaa dok umah ngadap hantaran yang tak siap huwaaaa padahal dah tak larat nak drive berjalan.

siapkan hantaran adik,huhhh suka last minit.
Alhamdulillah keesokkan harinya kami konvoi ke Kg Tok Dih untuk majlis adik,selesai dengan lancarnya.Tahniah adikku ,selamat menempuh alam baru,semoga hidup rukun aman ke akhir hayat,Kak Ngah sentiasa doakan yang terbaik.Abis dah adik lelaki tinggal yang bongsu perempuan sorang lagi.

perantin
Dalam jam 3 petang kami dah bertolak pulang ke Kuala Lipis,ikut jalan yang sama,okeh kali ni tak sesat dah sebab dah tahu jalan ,heheheh...

bisik-bisik:
Alhamdulillah selesai jugak,so tumpu majlis sendiri pulak ye la sangat,hantaran segala bagai tak terusik juga heheheh...tak de mood lagi,feel belum mari la hehehhe...

Post a Comment

5 Comments

  1. alhamdulillah...tak pernah sampai sna lagi...

    ReplyDelete
  2. welkome to aring..
    hehe..
    tempat shark dulu tu 6 tahun :)
    skolah rendah disitu.
    sekarang dah hampir 17 tahun tak jejak lepas pindah.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah semuanya selesai dengan jayanya. Ena tak pernah lagi jejak kaki kat situ.

    ReplyDelete
  4. kg tok dir tu rasanya bukan tok dih...amber ni baru sekali lalu ikut jalan ni...tmksh kerana sudi berkongsi pengalaman

    ReplyDelete
  5. Slm che sue. Tq info brkaitan jln tasek kenyir - gua musang. Saya sedang mencari maklumat brkaitan jln tsebut utk laluan konnvoi motosikal brkuasa tinggi dr KL..cuma saya x dpt maklumat jelas brkaitan jalan melalui cttn di atas. Kalau x kbrtan saya nak tanya bbrpa prkara brkaitan laluan trsebut. (Adi - 0186673731/washup). Tqvm

    ReplyDelete